Memaparkan catatan dengan label B Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B Complex. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2015

Khasiat Untuk Rambut

Salam korang..

Tiada protein.. tiadalah rambut

Ada 22 jenis asid amino yng membentuk protien & rambut mempunyai 19 asid amino. Bermakna rambut adalah kategori protein lengkap. Sayang sangat sebab kita selalu mengabaikan pengambilan protein. Kurang pengambilan protein atau kualiti protein yang kita makan akan menyebabkan rambut mudah rapuh, gugur & kusam (bukan kulit je kusam).
Korang tau tak, manusia mempunyai kira-kira 120 ribu helai rambut & hilang hampir 100 helai setiap hari. Jadi, jangan dok lompat sangat bila rambut gugur.

Jom lihat apa lagi yang penting untuk rambut:


  1. Lecithin - setiap rambut mempunyai folikel sendiri. Di sinilah terletak akar rambut kita. Pernah tak dengar, dulu-dulu orang tua-tua ernah cakap, kalau nak cabut rambut, jangan sampai tecabut akarnya, nanti rambut tak tumbuh semula. Balik kisah folikel rambut ni tadi, di folikel ini tersimpan nutrien penting untuk rambut tumbuh termasuk sebum berminyak. Lecithin membekalkan asid lemak penting untuk melancarkan pertumbuhan rambut dari folikel.
  2. B Complex untuk rambut yang kuat & warna lebih sekata. B Complex selain membantu rambut tumbuh sihat, tidak mudah putus ia juga membantu mengekalkan warna rambut, jadi melambatkan rambut beruban.
  3. Vitamin A / Beta Carotene perlu di ambil bersama B Complex untuk rambut lebih bersinar.

Nutrien lengkap untuk rambut


      4.  Zinc juga membantu mengurangkan jumlah rambut gugur kerana khasiatnya.

Normala
Pengedar Shaklee Melaka


Khamis, 10 September 2015

Cegah Jangkitan Selsema

Masa-masa jerebu ni, ramai yang ada masalah alahan kena jangkitan selsema



  • Ikan terutamanya ikan seperti Salmon, Tuna & makarel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 yang mengurangkan keradangan.
  • Zink sangat mujarab untuk melawan demam selsema. Masalahnya ramai yang tidak mengambil sumber Zink yang secukupnya dari makanan.




  • Cendawan membantu menggalakkan sistema imun & kaya dengan pottasiun, vitamin B & serat
  • Makanan kaya dengan beta-carotene untuk Vitamin A yang meningkatkan sistem imun




  • Selain menyedapkan makanan, alisin di dalam bawang putih membekalkan anti-oksidan 
  • Makanan yang diperkayakan dengan vitamin D seperti susu, jus oren & bijirin



Kalau kita mampu untuk semua jenis makanan ni sehari, takde masalah, tapi hakikatnya tak macam tu. Itulah pentingnya suplemen untuk mencukupkan keperluan vitamin & mineral seharian.


Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi & diperakui selamat dengan lebih 100,000 ujian klinikal setiap tahun. 

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Sabtu, 29 Ogos 2015

Wanita Istimewa

Khas untuk wanita-wanita istimewa, jagalah kesihatan kita sebaik mungkin.

Setiap satu sebagai rencah kehidupan

Kenapa istimewa sangat? Kitalah


  • Pemandu bas sekolah
  • Master Chef
  • Cikgu bahasa, matematik, fizik, engineering
  • Pekerja sepenuh masa
  • Doktor
  • Jururawat
  • Pakar imej
  • Pakar motivasi
  • Pakar kritik
  • Pengurus

Ada lagi?...

Untuk wanita istimewa


Dapatkan suplemen ini dengan segera wahai wanita istimewa!

Normala
Pengedar Shaklee Melaka

Isnin, 24 Ogos 2015

Tingkat metabolisma dengan B Complex

Salam...

Kalau entry sebelum ni saya ada cerita pasal Ostematrix bila diambil sebeluim tidur membantu tidur lena & melegakan sengal-sengal badan bila bangun tidur, B Complex boleh ambil pada sebelah pagi. Biasanya disarankan selepas sarapan.

B Complex adalah gabungan 8 jenis vitamin B(ini merupakan vitamin B yang lengkap) & merupakan vitamin larut air yang akan dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing apabila berlebihan. Dengan kata lain, B Complex hendaklah di ambil setiap hari sebab tubuh tidak akan menyimpannya.


  1. B1
  2. B2
  3. B3
  4. B5
  5. B6
  6. B12
  7. Biotin
  8. asid folik

Kebanyakan B Complex di pasaran hanya mengandungi 7 jenis Vitamin B

Asid folik dalam B Complex Shaklee dicipta oleh para saintis Shaklee secara semulajadi yang merupakan penemuan pertama di dunia. Ia mempunyai kadar keboleh serapan (bioavailability) yang tinggi & berkualiti. Kebiasaaanya asid folik semulajadi sukar diserap. 99% asid folik di pasaran adalah sintetik.

Manfaat B Complex:

  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga jadi anda kurang letih & tidak lesu
  • Anti tekanan, kurang sakit kepala, tekanan, kemurungan & insomnia
  • Untuk tumbesaran yang sihat & normal bagi bayi & kanak2. Membantu pembinaan DNA seterusnya sel baru terbentuk. *Tahu tak kenapa ibu mengandung dibekalkan dengan B Complex? Sebab B Complex boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan otak / tulang belakang
  • Rambut – membaiki kesihatan rambut & kulit kepala bagi mengurangkan masalah rambut gugur, kelemumur, beruban
  • Mata – mencegah katarak, keletihan mata & daya fokus Anemia –
  • B complex membantu pembentukan sel darah merah serta kesihatan tubuh yang lebih baik seperti mencegah migrain, muntah2
  • Senggugut – meredakan kerisauan yang selalunya merupakan kawan baik wanita waktu period
B Complex pun sesuai diambil pelajar yang sibuk

Bagi yang selalu keletihan, ambil B Complex bersama Vita-Lea Iron Formula
Nota: B Complex meransang metabolisma & menyebabkan tubuh meghasilkan haba. Kena minum banyak air atau boleh juga ambil teh herba. 1 biji sehari.


Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka


Jumaat, 14 Ogos 2015

Stress Penyebab Ulser

Salam.. Saya share di sini zikir untuk mengurangkan stress.

Ringkas & biasa kita dengar di TV / Radio. Sama-sama amalkan


Berikut tanda- tanda awal stress / tekanan:

  • Degupan jantung laju
  • Banyak berpeluh
  • Risau / bimbang
  • Loya
  • Nafas laju / cepat
  • Selalu rasa tidak sihat
  • Cirit-birit / rasa hendak buang air kecil
  • Sukar tidur
  • Rasa sejuk pada kaki dan tangan
  • Selera makan berubah
  • Selalu letih
  • Gangguan seksual
  • Kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Murung / perubahan sikap
  • Penyakit seperti lelah / sakit kepala / timbul ruam kulit

Kesan dari tekanan:

  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit semakin teruk / jerawat
  • Hilang fungsi seksual & pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit / sembelit
  • Serangan migrain
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan

anpa kita sedar, stress boleh membawa kesan pada sistem jantung, sistem penghadaman & rangka otot. Kenali tanda-tanda perubahan padaq diri kita. Jangan takut berkongsi masalah atau ketidak selesaan kita pada orang yang kita boleh percayai. Berjumpalah dengan doktor & dapatkan rawatan awal sebelum stress terus menekan diri kita.

Selain zikir & doa, amalkan pemgambilan makan yang mengandungi Vitamin B ataupun amalkan B Complex.

B-Complex Shaklee Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B
Agak stress sikit entry kali ni kan? Ok relax.. :)

Rabu, 5 November 2014

Suplemen Masa mengandung

Assalamualaikum..
Tiba-tiba je teringat masa mengandung 2 anak yang pertama. Dulu memang tak makan suplemen masa mengandung yang klinik bagi. Malas ke, rasa tak sedapke.. ntahla. Belum ada kesedaran. Ampun anak-anak ibu. Masa mengandungkan anak yang ke-3, saya ambil obimin selama sebulan masa confirm mengandung (masa tu dah 5 minggu). Takut nak ambil lama-lama sebab pengalaman senior yang kata anak diorang besar makan obimin :p.  Lepas tu saya start makan royal jelly tiap-tiap hari. Besar jugalah.. lebih 3.5kg, tapi tak susah melahirkan dia.Alhamdulillah, anak yang ke-3 ni perkembangan dia berbeza dari kakak & abangnya disamping kekal menyusu badan selama hampir 2 tahun. Eh..eh. Bisnes Shaklee pun tak makan Shaklee yer. itu 7 tahun dulu.. belum kenal Shaklee lagi.
Oklah kot yang tak pernah tahu atau tak nak ambil tahu apa kenapa ibu hamil kena makan supplemen, jom baca. Sebelum baca tu, tengok gambar ni dulu.
 
Anencephaly - Salah satu dari akibat Neural Tube Defect
Tadi masa saya dok cari info pasal pre natal supplement, terbaca artikel pasal Neural Tube Defect (NTD) di blog Dr. Zubaidi. Kesiannya. Bayangkan ini anak kita. 9 bulan mengandung, tiba-tiba keluar takde tempurung kepala. Hancur luluh rasanya. Kalau ada yang rasa penyakit ni ada kaitan dengan masalah genetik (ni yang ada dalam kepala otak ni dulu), tau tak 95% baby yang kena kecacatan ni tak de masalah genetik atau ibunya tak pernah ada kes kehamilan yang serupa sebelumnya. Shocking?
Neural tube ni terbentuk sewaktu minggu ke 3 atau 4 kehamilan (hari ke -23 ~ 26 –primehealthchannel). Dari sel-sel sewaktu embrio, yang bergulung & bercantung hujungnya, sel ini akan membentuk neural tube &  membesar menjadi saraf tunjang. Jika kecacatan berlaku, sewaktu perkembangan neural tube, kesannya adalah pada saraf tunjang (NTD - Neural Tube Defects)
Sumber folate dari makanan

Punca utama NTD adalah kurang pengambilan folate & vitamin B12. Biasanya ibu-ibu mula makan suplemen / vitamin selepas buat booking aka buat buku merah kat klinik kan? Masa tu biasanya dah 3 bulan @ 12 minggu. Kalau yang baik sikit, bila buat ujian kehamilan kat klinik, biasanya dalam minggu ke-5 kot-kot doctor bagi. Jarang sangat la orang dah tau dia pregnant sebelum tu. Itu pun belum tentu makan. Mesti pening la, loya la, tak tahan bau lah. Ini cerita diri sendiri lah ni.
Antara tanda-tanda kecacatan NTD ialah kaki lumpuh, sebahagian atau keseluruhan badan lemah, masalah pembelajaran, pendengaran, penglihatan & pergerakan.Ada banyak lagi tanda-tanda lain. Sekali berlaku kecacatan neural tube, tak de u turn ya. Tak boleh repair, tak boleh perbaiki dengan ubat mahupun suplemen yang berharga mahal.
Spina bifida
Pengambilan folate perlu sebelum hamil lagi Supaya tubuh kita mempunyai cukup nutrien, sebaik-baiknya sewaktu merancang untuk hamil ataupun sebaik sahaja berkahwin.
Shaklee mencadangkan B-Complex. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuk B12 & asid folik yang penting untuk perkembangan neural tube. Ambillah setiap hari sebagai keperluan nutrien tubuh bukan saja untuk persediaan kehamilan.

Manfaat Shaklee B-Complex selain menghalang kecacatan sewaktu perkembangan janin:
  • Membantu metabolisma untuk tenaga
  • Meransang pertumbuhan kanak-kanak
  • Kesihatan kulit, rambut & kuku
  • Anti stress serta menguatkan antibodi tubuh
  • Mencegah anemia & penting untuk pembentukan sel darah merah
Baca lagi
Jom amalkan suplemen untuk masa depan.. hari ni mungkin tak nampak keperluannya tapi 10 atau 20 tahun lagi kita akan mensyukuri nikmat kesihatan.
Salam sayang semua. Esok pagi nak tambah 1 lagi suplemen harian untuk basic. B-Complex. Mujur ada sebotol lagi.
Normala
+6010-2251708

Rabu, 15 Oktober 2014

Shaklee Family Wellness Set

Assalamualaikum..Entry kali ni nak cerita pasal Shaklee Family Wellness Set.. Sebelum tu Cerita di Norway saya dah update untuk hari ke-2. Boleh la baca perjalanan saya ke Ardaltangen kalau sudi.. mana tau kalau u all nak pergi Norway nanti :)



Dalam set ni ada 4 produk asas untuk macro nutrient & micro nutrient. Macro nutrient maksudnya nutrien penting yang perlu dalam jumlah yang agak besar macam protin. Micro nutrient pulak tentulah vitamin-vitamin pelengkap macam Vitamin B & C.

Dalam Shaklee Family Wellness Set ni ada 4 produk iaitu:



Kenapa nak ambil semua ni?

  • Membantu meningkatkan kesihatan
  • Lebih bertenaga almaklumlah kita sekarang ni kerja lebih 'masa'
  • Menguatkan sistem imun
  • Khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang & otot yang sihat


Sekarang ni memang tak boleh nak nafikan keperluan supplemen / makanan tambahan. Kalau kita boleh tanam sayur sendiri, tangkap ikan sendiri (kena tengok juga tangkap kat mana) tak payah la ambil supplemen. Keluar sejengkal dari rumah jer, berlumba-lumba kuman bakteria bagai masuk dalam badan.

Nak cuba? 

Normala

Khamis, 25 September 2014

B Complex

Stress Vitamin atau Happy Vitamin? Tahu tak dua2 tu merujuk pada Vitamin B complex. Perasan tak sewaktu mengandung kita diberi B Complex? Adik2 yang sedang belajar. Kalau pergi farmasi biasanya akan disarankan ambil B Complex selain dari Vitamin C.

Cuba tengok apa kebaikan B Complex ni;
Membantu menukarkan makanan kepada tenaga jadi anda kurang letih & tidak lesu
Anti tekanan, kurang sakit kepala, tekanan, kemurungan & insomnia
Untuk tumbesaran yang sihat & normal bagi bayi & kanak2. Membantu pembinaan DNA seterusnya sel baru terbentuk. *Tahu tak kenapa ibu mengandung dibekalkan dengan B Complex? Sebab B Complex boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan otak / tulang belakang
Rambut – membaiki kesihatan rambut & kulit kepala bagi mengurangkan masalah rambut gugur, kelemumur, beruban
Mata – mencegah katarak, keletihan mata & daya fokus Anemia –
B complex membantu pembentukan sel darah merah serta kesihatan tubuh yang lebih baik seperti mencegah migrain, muntah2
Senggugut – meredakan kerisauan yang selalunya merupakan kawan baik wanita waktu period

Bagi yang memang mengambil B Complex, pastikan ada kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik & biotin. Kesemua elemen ni kena ambil serentak barulah tubuh boleh dapat menyerap khasiatnya dengan baik.

Vitamin B Complex adalah vitamin larut air seperti juga Vitamin C. Kalau terlebih makan pun, akhirnya akan dibuang sewaktu buang air / perkumuhan. Jadi kena ambil tiap2 hari. Bukan seminggu sekali.

Normala
+6010-2251708
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...