Memaparkan catatan dengan label Taipei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taipei. Papar semua catatan

Rabu, 24 September 2014

Taiwan 2014 - Day 2 part 3

Last entry on Taiwan... Finally haha.

Selepas YehLiu kami singgah dekat satu kedai ni. Katanya kedai ni jual barang2 yang tak lepas kastam (entahla lepas kastam ke tak lepas kastam.. dah lupa). Sebenarnya bagi saya barang kat kedai macam kedai biasa jer.. tak dela apa yang menarik. Saya beli payung (sebab hari dah mula hujan & saya lupa bawa payung :P).. & T-Shirt.
Lepas tu, Mr. Lai bawa kami panjat bukit.. naik kereta la. Kawasan ni katanya berasal dari lombong tembaga. Yang tinggal terowong paip & bangunan lama. Macam tak mantain sangat. Tapi dari atas boleh Nampak air laut tu macam ada 2 warna. Katanya sebab ‘copper’ kat dasar laut.
Air terjun tu pun ada warna emas.. sebab tu diorang panggil “Gold Fall”.
'Gold Fall'

Destinasi terakhir kami di Taiwan hari tu sebelum balik ke hotel ialah Jiufen. Tanah tinggi. Dulu2 itu kawasan pekerja lombong menghabiskan masa diorang waktu malam. Jalan naik ke atas tu kecil sempit. Lebih kurang dalam 1 meter lebar jer. Kiri kanan kedai & tempat ni memang sesak. Cantik tempat ni, tapi saya tak berapa suka sebab sesak sangat. Sebelum balik tu sempatla beli beberapa  fridge magnet & tanglung kecil untuk anak2. Siap ada lampu.



Ni pemandangan dari atas . Lebih kurang pukul 6

Kami tinggalkan JuiFen dalam pukul 6.45 & sampai hotel di TaoYuan lebih kurang pukul 7.30malam.
Esoknya isnin dah mula kerja.. Seminggu di Taiwan di HshinChu dan TaiChung.


Rabu, 9 Julai 2014

Taiwan 2014 Day 2 Part 1

Assalamualaikum, Ini adalah sambungan dari entry saya yang lepas. Boleh baca di sini. So esoknya saya bangun agak awal ~3.45 pagi sbb subuh kat sana pukul 3.35pagi. Penat masih bersisa. Lepas jer subuh terus debummm ;p. Jaga balik dalam pukul 6 camtu. Matahari dah meninggi.. ala-ala kul 9 kat Malaysia. So breakfast kami saya agak sederhanalah. makan roti & buah jer. Pukul 8 driver taxi yang kami dah tempah kahs untuk trip ni datang. Mr. lai.. agak berumur maybe dalam 50tahun kot. anak2 dia pun dah besar2. Untung kitorg coz pergi dgn dia & kawan saya yg chinese ni ada so adalah translator hehe. Nak harapkan saya, wo yau..wo yau jer lah. So.. 1st destination (;P saya tak ingat nama tempat ni.. nanti saya gi tengok balik haha) tempat ni macam memorial hall. tiap2 pagi tentera yg bertugas akan tukar shift, so masa ni diorg akan kawad kat sini. tapi interesting la cara diorg buat tu. Dia lebih pada bagi respect pemerintah terdahulu & mengenang susahnya diorang nak dapat kemerdekaan. we all spend masa lebih kurang 30 minutes jer kat sini. Lepas tu, Mr. Lai bawa kitorang pergi satu rumah tradisional lama macam rumah melaka. tapi besar. Biasalah kalau tengok cerita cina lama kan rumah diorg besar2. jalan2 amik gambar. cantik rumah dia. yg paling cantik kat kolam dia. ~1/2 jam kat sini, kami gerak lagi. Kira Taiwan nikan pulau, so perjalanan kami menyusur lebuhraya tepi pantai. jalan bengkang-bengkok macam kat cameron. Kitorg sampai ke Yehliu Geopark dalam pukul 12 camtu. Next entry saya sambung yer..

Isnin, 7 Julai 2014

Taiwan 2014 Day 1 - Part 3

Assalamualaikum, Sambung cerita saya pada hari pertama di Taipei. Hotel yang kitorg stay hari tu cuma 5 minit je dari Dongmeng station. Lepas rehat & solat, kitorg kembali ke MRT station. Kali ni kitorg nak ke night market. Kira pasar malam la tu. Nama pun night market hehe. Jadinya.. Untuk ke Ximending night market cuma ambil masa dalam 15minit. Sekejap. Memang convenient. Kat sini kalau nak guna pengangkutan awam hatta tandas pun sila beratur yer. No cilok2. Ada line yang di sediakan bagi tempat menunggu. Kalau guna eskalator pulak sila berada di sebelah kanan. Ha kenapa?? Sebelah kiri di khaskan untuk mereka yang nak bergerak bukan menunggu eskalator sampai atas.

Kat Ximen, ada historical building. So kitorg jalan2. Banyak gerai makanan. Tapi tak boleh beli. My friend je beli. Saya cuma beli jus peria + madu. Peria dia lain macam sikit. Besar warna kuning. Rasa tak la pahit. Tak juga manis sebab madu tu. Just nice.
Peria kuning yang dibuat jus.. sedap. so kalau u all pergi Taiwan, jangan lupa try :)

Dari Ximen, kitorg ke 101. Tahun lepas saya tgk dari Dr. Sun Yat Sen Memorial Hall jer. Tak de apa la sangat. Lagipun dah pukul 10 mlm kan. Ambil gambar then kitorang ambil train balik hotel. Memandangkan last meal saya atas flight td malam ni saya rendam mee segera 😊. Zzzzzzz

Esok nya more interesting. Subuh awal.. Pukul 3.35 pg.

Ahad, 6 Julai 2014

Taiwan 2014 Day 1 - Part 2

Assalamualaikum... Sambung cerita saya di Taiwan.

Walaupun trip kali ni on company bussiness purpose, tapi we all sepatutnya start travel hari ahad. Kiranya kitorg gerak sehari awal sebab nak ambil peluang free ticket & jalan2 tengok tempat orang. So we all amik bus dari airport untuk ke Taipei Main Station. Taipei Main station ni adalah macam kompleks yang berhubung dengan Taipei MRT, Bus station & Speed Rail (Taiwan bullet train).

So we all sampai kat Main station dalam pukul 4. Orang punyalah ramai. Saya lupa nak snap gambar kat sini sebab terlalu penat. I should be more alert next time to record photo & details so boleh citer kat sini. Boleh juga jadi panduan utk next trip / kawan2 yang berhajat nak pergi. Sebenarnya penat juga coz pick up pagi tadi pukul 4.30 kat rumah. Dalam flight pun tak boleh tidur. So saya spend time tengok cerita The Journey. Memang best la citer tu. Even takde subtitle but I enjoyed it.
MRT

My friend yang memang saya tugaskan untuk survey transport kat sini memang ready. Nak naik MRT  pun tak de masalah. Kat sini ada 3 line kalau saya tak salah(lebih sebenarnya). Kena tengok betul2. Ticket tak mahal. Dalam 20 ke 30 dollar jer camtu. Kami nak gerak ke Dongmeng station. Kena tukar 1 train.

Sampai kat Mengdong DongMeng dalam pukul 5. Menapak lagi ngan beg yang berat. Kira hari saya dah lebih dari 10,000km. More than that. Perut pun dah lapar. Sampai hotel dalam pukul 6. Dekat2 la. Cepat2 solat jamak. Sekarang summer. Maghrib ~ 6.50 ptg.

Kami menginap kat Citizen Hotel. Rate okla. Dlm RM190 cam tu.tambah 1 bed + breakfast total RM270. So bagi 3..90 rgt sorang. Utk 1 mlm je. Kalau nak pergi lama, cari yg murah lagi. Agoda / Booking.com.

Okok... Next part kita sambung cerita ke night market. Gambar still berterabur. Nanti ada masa saya add. Bye!

Sabtu, 5 Julai 2014

Taiwan 2014 Day 1 - Part 1

Seminggu sebelum puasa saya ke Taiwan. Sebenarnya trip ni adalah atas urusan kerja. Tahun lepas saya pergi berdua dengan kawan kerja saya selepas raya. Masa tu kitorg bertembung dengan ribut tropika. Akibatnya rakan sekerja saya dari Filipina terpaksa batalkan penerbangan dia.

So tahun ni kami plan audit ni sebelum masuk July. Nak pulak puasa so that's it. Tahun ni saya pergi bertiga. Tu pun kawan sy yg berwarganegara Filipina nyaris tak dapat pergi. Visa dia approved hari Jumaat pukul 4.30 & kitorg nak fly Sabtu. Huhu.

Flight pagi pukul 9pagi dengan MH366. Pick up pulak huru- hara coz driver tu tak tau ada additional sorang lagi. Beratur panjangla kitorg kat KLIA nak check in.

Alhamdulillah, kitorg sampai juga ke Taoyuan International Airport. Lepas jer imigresen, benda pertama yang kitorg buat cari phone card. Agak lancar coz my friend dah survey siap. Memandangkan kitorang akan berada di Taiwan untuk 8 hari so beli unlimited internet sim card. 500 taiwan Dollar untuk 10 hari. Lebih kurang RM55. Kira okla. Speed memang cantik. Ber FB & whatsapp jerlah. Hehe. Nak telefon  tak terdaya. Mahal. Yang ni nanti balik boleh claim 😆.

Ok takat tu jer. Nanti saya sambung part 2 untuk hari pertama kami di Taiwan tahun ni. Bye!!

Opss bulan ni promo Shaklee Vivix. Nak order boleh pm saya.

Normala
016-6631708
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...