Memaparkan catatan dengan label Meal Shakes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meal Shakes. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Oktober 2015

Promosi Omega Guard

Salam.. harap semua sihat. Hari ini jerebu makin teruk di negeri pantai barat selatan. Sampai pukul 7 petang tadi, bacaan IPU di Melaka dah cecah 157. Tengok Seremban pun dah cecah 176, Rasanya ramai yang tak puas hati dengan bacaan IPU kali ni. Memang nampak lagi teruk. Susah juga nak beritahu anak-anak.

Petang tadi bila saya beritahu tak boleh pergi taman nanti sakit, katanya biarlah sakit. Memang kena pastikan anak-anak ambil lebih Omega Guard. Tak boleh skip. Setakat ni Alhamdulillah, yang asma tu pun tiada masalah. Dah lama tak kena asma. Anak-anak yang ada asma memang kena jaga jangan demam. kalau demam lagi cepat naik asma.

Bulan Oktober ni pun promosi Omega Guard. Wajib stok semula.

Promosi bulan ni je

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Ahad, 6 September 2015

Pisang

Tahu tak zat dalam pisang akan meningkatkan pengeluaran serotonin iaitu sejenis hormon. Kekurangan  hormon serotonin membuatkan seseorang lebih cepat marah & beremosi.

Bersarapan dengan sebiji pisang melindungi dari stress juga baik untuk jantung & usus.

Pisang dengan kulit yang berbintik-bintik hitam tinggi dengan antioksidan

Jangan pandang kulit yang tak cantik, khasiat lebih tinggi tau!

Boleh campur pisang dengan oat atau smoothie pisang bersama ESP pun sedap juga. Kalau untuk kanak ganti jer dengan Meal Shakes. Resepi ada kat sini

Kalau takde ESP & Meal Shakes kat dapur, boleh calling-calling saya:

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Sabtu, 29 Ogos 2015

Anemia

Pernah tak rasa macam selalu letih, nak pitam. Cuba periksa doktor, kot-kot ada Anemia atau kurang darah merah.. jom tengok simptom Anemia yang terjadi akibat kurang zat besi (iron):


  • Rasa lemah dan mudah letih
  • Pening kepala
  • Pemarah
  • Pucat
  • Sesak nafas
  • Sukar memberi tumpuan

Keperluan zat besi seharian

Bagi bayi / Kanak-kanak:

  • Cerewet
  • Kurang fokus
  • Tumbesaran perlahan berbanding kanak-kanak sebaya
  • Pertumbuhan juga lambat (berjalan, bercakap)

Anemia tak boleh dibiar.. kalau mengandung lagilah.

Vita-Lea membekalkan 18mg iron bagi setiap hidangan

Kanak-kanak boleh ambil Vita-Lea For Children

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka



Isnin, 24 Ogos 2015

2 Petua Untuk Sembelit

Berikut cara yagn dicadangkan saya cedok dari majalah iSihat.

Cara 1: Campurkan jus lemon & minyak zaitun. Minum campuran tersebut



Lemon - Melncarkan pencernaan & mencairkan lemak. Selain itu lemon kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan imuniti tubuh bagi menentang penyakit. Lemon dalam air panas/suam berupaya mengikut kajian mengurangkan risiko kanser




Minyak zaitun membantu meredakan keradangan pada usus serta membantu melancarkan proses pencernaan.



Cara 2: 1/4 sudu garam, larutkan dengan air & minum air tadi


Garam juga membantu melarutkan lemak & melancarkan pencernaan.


Madu

Makanan sunnah ini terkenal dengan sifat antibakteria & mempunyai enzim-enzim penting untuk tubuh. Untuk bayi / kanak-kanak boleh cuba bancuh dengan air.

Selain itu pengambilan Ostematrix setiap malam sebelum tidur juga boleh membantu masalah sembelit. Bagi kanak-kanak, amalkan Meal Shakes yang merupakan multivitamin terbaik.

Multivitamin & mineral Meal Shakes

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka


Selasa, 18 Ogos 2015

Smoothie Shaklee

Semalam belek-belek RAPI baru, ada resepi smoothie dengan ESP & Meal Shakes. Tepek sinilah... Boleh rujuk kemudian.

ESP


Strawberry Shaklee Smoothie

3/4 cawan yogurt rendah lemak perisa Vanilla
1 sudu jus lemon
1 sudu ESP Shaklee
Daun pudina

kisar semua bahan & hias dengan Pudina
* untuk orang dewasa

Meal Shakes


Banana Meal Shakes Smoothie

1 biji pisang
1 cawan susu segar
1 sudu Meal Shakes
1 cawan ais

Kisar semua bahan & siap
* sesuai untuk kanak-kanak

Fakta ESP Shaklee:

  • Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) & diproses dicbawah suhu rendah
  • 1 tin ESP dihasilkan dari 30kg kacang soya
  • Mengandungi 22 jenis asid amino & satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia

Manfaat Meal Shakes

  1. Nutrisi lengkap
  2. Membekal nutrisi kepada sel tubuhbantu tumbesaran
  3. Antioksida
  4. Mengembalikkan seri wajah
  5. Detoksifikasi


Jumaat, 28 November 2014

Ekzema

Assalamualaikum.. Ha ingat cerita pasal ekzema hari tu. Keadaan anak saya hari ni.

Tadi masa sapu Herbal Blend perasan dah tak merah


Kalau compare dengan hari tu...


Ni gambar sebelum


Masa post hari tu, masih nampak merah-merah lagi. Hari ni dah makin baik. Dah takde merah-merah. 

Untuk anak tersayang


Kalau anda nak dibantu.. Hubungi saya di nombor di bawah.

Normala





Rabu, 12 November 2014

Multivitamin untuk Ulser

Lepas ke majlis konvokesyen prasekolah peringkat negeri Melaka tadi pergi klinik. Si kecik ni dok merungut lidah & lelangit dia sakit. Malam tadi tengok macam ada bintik-bintik dalam mulut & lidah nampak macam ada luka. Sebenarnya dah 3 atau 4 hari juga dia bagitau, tapi macam sikit je.


Tanda-tanda awal HFMD sebelum naik bintik-bintik pada mulut, tangan atau kaki

 Bila tengok ada naik bintik-bintik tu, risau juga kot-kot kena penyakit kaki, tangan & mulut tu - HFMD. Belek juga kaki tangan dia, takde apa-apa. Tak demam.

Kalau kanak-kanak kena ulser, pastikan air liur tidak meleleh & kena pada badan, boleh merebak.


Jumpa doktor tadi, doktor cakap bukan HFMD...lega. Macam ulser juga kata doktor. Doktor bagi krim sapu & multivitamin. Ulser mulut biasanya sembuh sendiri. Walaubagaimanapun akalu berlarutan lebih dari 3 minggu, lebih baik berjumpa doktor untuk nasihat.

Ulser mulut tidak berjangkit & puncanya tidak diketahui. Ada yang kata makanan. Doktor pun tadi tanya apa yang dia makan. Menurut laman webmd, kekurangan zink, iron & vitamin boleh juga menyebabkan ulser mulut.
Shaklee Chewable Vita-C dengan rasa citrus
Meal Shakes yang glamour

Kalau multivitamin, kita lebihkan sikit Meal Shakes & vitamin C. Dalam Meal Shakes ada cukup multi vitamin & mineral yang diperlukan untuk anak-anak ataupun orang dewasa & warga emas yang mempunyai masalah untuk mengambil vitamin dalam bentuk tablet & pil.






Ahad, 9 November 2014

Anak Ada Ekzema

Assalamulaikum..

Akhirnya paip dah di baiki :) Terpaksa juga tarik paip baru dari luar. Bocor nya kat dalam dinding tu & tak pasti kat mana. Dari 1 lubang, dah jadi 2 lubang air keluar. Patutla melembang (ni orang Perak tau la apa maksudnya ni) air kat dapur. Nak tak nak kena repair juga. Maka melayanglah duit hampir 600 ringgit. Tu rezeki diorang lah tu. Okaylah.. selesai semua, lega. Dah boleh buat kerja, kalau tidak berkecah kat dapur dengan air.

Cerita pasal air ni, nak kongsilah pasal ekzema. Masa kecil dulu, pernah kena bisul kat tangan. Penuh satu tapak tangan. Tak pasti pulak ekzema ke apa. Masa kena tu baru 5 atau 6 tahun. Mak kata air kotor. Rupanya itu petanda ekzema.
Anak yang ke-2 & ke-3 pun sama ada ekzema. Kes genetiklah ni. Yang paling teruk sekali diorang kena 5 tahun lepas. Bisul naik atas kepala sampai berdarah-darah. Masa tu macam-macam petua cuba. Bawa pergi pakar kulit, memang doktor advise untuk sentiasa lembabkan kulit dia. Kalau berpeluh sikit mulalah tergaru-garu.

Kesan-kesan macam melepuh yang besar-besar tu dah semakin baik. Parut pun takde
 Bagi yang ada ekzema atau alahan kulit ni & kena elakkan penggunaan sabun (mengeringkan kulit). Bila jumpa pakar, doktor bagi 4 jenis krim yang nak kena sapu setiap kali semasa & selepas mandi. Give up juga melayannya.

Herbal Blend yang pernah habis stok se Malaysia


Dengan produk Shaklee, senang cerita. Selain bagi Meal Shakes & Omega Guard,  saya guna Herbal Blend, Sapu je kat kulit diorang. Lepas sapu Herbal Blend, tak sampai 1 minit, biasanya gatal-gatal akan hilang. Kulit rasa lembab. Jadi diorang akan kurang menggaru. Lagipun kalau guna krim yang klinik bagi nak kena tengok, kena pastikan diorang tak masuk mulut ke apa sebab steroid & bahan kimia. Tapi dengan Herbal Blend sapu je. Kadang tu diorang sapu sendiri.

Ni suplemen  & krim wajib untuk anak-anak di rumah

Herbal Blend pun boleh guna untuk merawat kulit kering macam tumit pecah, siku, lutut, mengurangkan gatal sewaktu terkena chicken pox, penyakit kulit seperti kurap, sebagai krim untuk mengurangkan ruam lampin atau gatal-gatal akibat berpeluh.

Normala








Isnin, 20 Oktober 2014

Tips - Kahak & Asma

Assalamualaikum.. Saya doakan semuanya sihat hari ni. Musim demam juga sekarang ni. Cuaca tak menentu.  Opps.. bukan saya demam kali ni, tapi anak. Selsema, berkahak. . Saya paling tak suka kalau berkahak. Biasanya lepas demam / selsema, mesti ada kahak. 
Susah nak bernafas. Kita sendiri pun rasa susah nak tidur, kalau boleh nak sedut keluar, inikan pulak anak-anak. Belum pandai nak urus diri sendiri apatah lagi penyakit sendiri
Tips ni saya petik dari wikiHow.com tentang cara-cara nak atasi masalah kahak
Melalui makanan:
1)      Teh yang dicampur dengan jus lemon & madu – kandungan asid dalam lemon mencairkan kahak & madu akan melegakan tekak yang tak selesa (teringat pulak Honey Lemon Tea kat Secret Recipe... segarnya)

Minum madu setiap pagi dengan air suam sebaik bangun dari tidur

2).     Makanan pedas – boleh cuba wasabi / lada hitam
3)      Minum air suam – teh atau sup

Air panas / wap dari air panas melegakan tekak. Boleh juga sedut wap dari air yang diletakkan dengan sedikit vicks


4)      Berkumur dengan air garam (bancuh ½ sudu garam bersama air suam)

Kalau ada garam bukit lagi baik ni..


5)      Makan roti bakar – yang saya tak pernah cuba, katanya roti bakar akan membantu menarik kahak yang melekat pada dinding kerongkong sewaktu kita menelan secara lembut & dikumuhkan
6)      Minum la banyak air – Kahak terjadi spontan menghalang pencemaran luar / bakteria (menunjukkan dah mula ada jangkitan) & system imun sedang berkerja keras. Secara logiknya tubub kita memerlukan cukup air untuk melawan jangkitan / serangan luar
7)      Minum sesudu cuka epal

Cuba elakkan:
Merokok – Haram & tak baik untuk kesihatan pun disamping merokok meningkatkan kebarangkalian penyakit berkaitan paru-paru. Kesian kat orang sekeliling anda.
Produk tenusu – khusus untuk mereka yang alah pada lemak tenusu
Bau  dari asap / bahan kimia


Shaklee pun ada juga produk yang boleh membantu..
Omega-3 seperti Omega Guard membantu pesakit asma yang biasanya berpunca dari kahak yang banyak terutamanya kanak-kanak
Anak-anak suka makan camtu jer.. diorang boleh kunyah kapsul & minum air

Pengalaman saya dengan anak yang ada asma, biasanya kahak memang banyak. Takde cara lain nak hilangkan kahak kena ambil nebulizer. Sejak 5 bulan lepas, saya bagi dia Meal Shakes & Omega Guard tiap-tiap hari. Kali ni dia cepat kebah. Dalam tempoh 2 hari jer. Takde bagi antibiotik pun. Saya cuma bagi double dose. Biasa makan 1 kapsul, jadi 2 kapsul sehari. 
Ada banyak cara nak sediakan Meal Shakes untuk anak-anak. Boleh jer campur dengan minuman coklat atau di buat smoothies / ice blended


Meal Shakes tetap macam biasa. Dia suka Meal Shakes dia shake dengan susu coklat untuk sarapan. Malam sebelum tidur, bagi dia makan ubat sapu vicks kat dada dia. Alhamdulillah tengok dia cepat sembuh memang seronok sangat. Kalau dulu, mesti ponteng sekolah 2 hari, tu pun tak betul-betul baik. Dah 2 kali dalam 2 bulan ni dia kena selsema & kahak. Dua-dua kali pun takde ambil antibiotik. 
Kat rumah memang dah tak boleh miss 2 benda ni untuk anak-anak.Ibunya yang happy.
 Normala

Ahad, 28 September 2014

Sarapan Mudah

Pukul berapa anak-anak kita rehat untuk minum pagi? Kalau ibu-ibu yang biasa tunggu anak-anak di sekolah (ni biasanya kes awal tahun la ni) mesti tahu.Kalau sekolah anak-anak saya waktu rehatnya pukul 10. Rasanya majoriti sekolah, waktu rehatnya pukul 10 sebab saya ingat pernah Menteri Pelajaran menyarankan untuk benarkan pelajar darjah 1 berehat lebih awal iaitu 9 pagi. Cuba bayangkan kalau anak-anak pergi sekolah tak bersarapan. Kesiannya.

Yang jadi masalah, selalunya budak-budak ni (anak-anak saya pun) tak mahu sangat ambil makanan waktu pagi. Kalau nasib baik mungkin ambil bijirin & susu. Itu pun puas suruh. Kalau ibu-ibu tercari-cari cara nak menyediakan sarapan mudah untuk anak-anak sebelum ke sekolah, baca sampai habis yer.

Meal Shakes Shaklee ni susu sebenarnya. cuma sediakan secawan jer sarapan mudah ni, memang saya tak risau dah. Saya cuma perlu sediakan susu kotak (coklat / putih). Biasanya saya shake kan satu cawan susu dengan 1 sudu kecil Meal Shakes Shaklee ni. 1 minit siap. Kalau diorang nak makan bijirin pun saya campurkan Meal Shakes ni dalam susu & kacau sekejap, lepas tu boleh masukkan bijirin yang diorang suka.




Kebaikan Meal Shakes Shaklee:
  • Nutrisi Lengkap - 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu untuk membantu sistem tubuh menyerap vitamin & mineral dengan baik
  • Protin - bagi membina sel2 tubuh 
  • Asid folik, biotin, kalsium & magnesium untuk pertumbuhan
  • Anti oksida dengan vitamin ACE, zink & selenium bagi melawan jangkitan & bersifat anti penuaan
  • Vitamin B yang lengkap jadi wajah lebih berseri serta zat besi untuk pembentukan sel darah merah
  • Serat larut membantu proses detoks & membersih usus serta mengelakkan sembelit
Bab rasa memang takde masalah. Anak sulung saya tak suka susu sebenarnya. Dah lama berhenti minum susu, tapi dia boleh terima rasa susu coklat yang campur dengan Meal Shakes Shaklee ni. Lega rasa bila tengok sejak 2-3 bulan lepas dia mula minum susu semula.

Lagipun Meal Shakes Shaklee ni bukan untuk anak-anak jer. Pesakit yang tak boleh makan pejal, atlet yang perlukan tenaga segera ataupun orang tua yang memerlukan khasiat tambahan tapi ringkas.

Sempena promosi Meal Shakes Shaklee ni, wajiblah beli. Masa nilah harga murah. Beli 3 percuma 1. Memang murah sangat. Lagipun 10% dari jualan akan disumbangkan pada badan kebajikan.

Apalagi.. jom.
Normala
+6010-2251708

Rabu, 24 September 2014

Coklat

Hot Choc with chocolate chips biscuit.. Untuk minum petang
Hot Choc drink with chocolate chip cookies 


Ni cara nak buat hot choc yang simple tapi marvellous. Rasa memang sedap & berbeza dari yang biasa saya minum. Almaklumlah selalu guna yang 3 in 1 :p

Hari tu masa singgah transit di Belanda, sempatla jenguk Zaanse Schaans, lebih kurang 20 minit dari Amsterdam Central Station menaiki keretapi. Antara rumah2 yang kami masuk, adalah Cacao Lab. Ada demo buat coklat.  Yang mengejutkan! Mesti ada yang tak percaya. Coklat putih tu sebenarnya adalah lemak semata2. Bila coklat dihasilkan, diorang asingkan guna teknik pemanasan. Jadi terhasillah coklat (yang warna coklat) dan coklat putih (lemak koko). Huhuu.. Terkejut sekejap. Lemak koko ni nanti di campur gula & jadilah coklat putih (white chocolate) yang biasa ada tu. Tapi takla pulak merbahaya kalau ambil sikit jer sebab asalnya pun dari tumbuhan. Cuma kandungan gula tu awas hehe.

Oklah.. Ni nak share cara2 buat hot choc yang sedap. Kebetulan masa tu dah seminggu kat Norway, asyik2 tengok kopi. Sekali ada, so memang tak lepas peluang la kan? Kawan saya cakap lagi sedap dari yang jual kat kedai kopi mahal tu. Tak taula.. Tak pernah masuk. Tak tau pulak diorang ada jual air koko.

Membebel pulak. Salinla yer;

1 sudu serbuk koko
1 sudu gula perang (suka hati boleh kurangkan)
1 cawan kecil susu (susu segar / kotak, susu pekat manis tak aci). Cawan dia saiz cawan ubat tu jer.

Koko, gula & susu campur & kacau sebati sampai berkilat tekstur dia.
Pastu campur dengan susu panas. Kalau nak sejuk campur yang sejuk & aisla. Nak shake pun boleh. Boleh campur dengan ESP @ MealShakes. Masa kat situ kena bayar 2 euro baru dapat susu panas tu hehe.. Tapi best.

Tu cara tradisional untuk keluar minyak/lemak pada koko

Tengok yang perempuan tu pegang coklat & yang putih tu adalah lemak koko


Nanti nak cerita pasal trip ke Norway & Amsterdam. Best. Lagi best kalau family dapat ikut sekali hari tu. Bye

Selasa, 8 Julai 2014

Meal Shakes

Assalamualaikum.. Sahur apa pagi ni? Ni adalah antara produk Shaklee kegemaran keluarga saya.. Meal Shakes. Anak2 saya.. (saya ada 3 org anak) tiap2 pagi saya buatkan air milo. tu jer yang diorg boleh minum. Susah hati saya sebelum ni sebelum semua dah tak nak minum susu. Bila beli susu selalu terbuang camtu jer. Milo juga yang diorg minum. Campur pun tak nak. Sekarang ni saya campur dgn Meal Shakes.. 1 sudu kecil jer. Diorg pun ok jer.. tak de la complain rasa susu ker, nak muntah ke. hrmm.. hari kelmarin, terlambat punya pasal.. saya terletak sikit jer untuk sahur. maybe sebab takde rasa, anak sulung saya tanya " Ibu tak letak Meal Shakes ke??" hehe.. sorrylah.. terletak sikit lah tu.

Bagi yang belum cuba Meal Shakes untuk anak, jom try. Order di sini.

Ohw.. saya belum sambung pasal cerita saya di Taiwan.. secepat yang mungkin yer. ;p

Normala
SID: 1113002
+6010-2251708





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...