Jumaat, 14 November 2014

Panduan Pengambilan Suplemen

Ini sekadar panduan bagi pengunjung blog yang mengambil suplemen Shaklee. Sesetengahnya juga berguna secara am apabila amda mengambil sebarang jenis suplemen:
Vita-lea – mengandungi iron / zat besi. Elakkan mengambilnya dengan minuman bersusu yang akan menghalang penyerapan zat besi. Paling baik diambil bersama-sama vitamin C yang akan membantu penyerapan. Vita-Lea juga mengandungi Alfalfa jadi tidak sesuai diambil bersama GLA & Vitamin E. ambil Vita-Lea selepas makan.
Ostematrix – Sebaiknya, ambil sebelum tidur & boleh diambil bersama susu . Elakkan mengambil bersama multivitamin yang mengandungi iron (Vita-Lea)
Alfalfa – Jangan ambil bersama GLA & Vitamin E kerana Alfalfa akan menghalang penyerapan Vitamin E. GLA Complex juga mengandungi Vitamin E 
Carotomax, Vitamin-E (vitamin larut lemak, A,D,E,K) – ambil selepas makan makanan berlemak bagi membantu penyerapan
Protien (ESP) – sebaiknya ambil waktu perut kosong (pagi)
Kolagen – Ambil waktu perut kosong (pagi) / sebelum tidur
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari
Jangan makan suplemen bersama ubat, sebaiknya jarakkan 1 atau 2 jam
Jangan makan suplemen dengan minuman berkafein & berkarbonat.
Suplemen bukan ubat, jadi perlu diambil berterusan untuk melihat keberkesanannya
Ambil suplemen secara konsiten, masa yang tepat & mengikut keperluan


 Produk Shaklee / Makanan tambahan bukan ubat untuk merawat, mencegah atau mendiagnos sebarang penyakit. Pengguna disarankan mendapatkan rawatan / nasihat dari pakar perubatan jika penyakit berlarutan.
Suplemen adalah sebagai makanan tambahan bagi membantu sistem tubuh kita. Namanya pun makanan tambahan, ia penting bagi menampung kekurangan dari makanan yang kita ambil seharian. Bagi anda yang mengambil ubatan dari hospital / klinik teruskan pengambilan ubat kecuali doktor mengatakan sebaliknya.
Semoga setiap makanan halal dan baik yang masuk ke tubuh kita menjadi asbab kebaikan.
Salam sayang semua 😊



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...