Khamis, 25 September 2014

B Complex

Stress Vitamin atau Happy Vitamin? Tahu tak dua2 tu merujuk pada Vitamin B complex. Perasan tak sewaktu mengandung kita diberi B Complex? Adik2 yang sedang belajar. Kalau pergi farmasi biasanya akan disarankan ambil B Complex selain dari Vitamin C.

Cuba tengok apa kebaikan B Complex ni;
Membantu menukarkan makanan kepada tenaga jadi anda kurang letih & tidak lesu
Anti tekanan, kurang sakit kepala, tekanan, kemurungan & insomnia
Untuk tumbesaran yang sihat & normal bagi bayi & kanak2. Membantu pembinaan DNA seterusnya sel baru terbentuk. *Tahu tak kenapa ibu mengandung dibekalkan dengan B Complex? Sebab B Complex boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan otak / tulang belakang
Rambut – membaiki kesihatan rambut & kulit kepala bagi mengurangkan masalah rambut gugur, kelemumur, beruban
Mata – mencegah katarak, keletihan mata & daya fokus Anemia –
B complex membantu pembentukan sel darah merah serta kesihatan tubuh yang lebih baik seperti mencegah migrain, muntah2
Senggugut – meredakan kerisauan yang selalunya merupakan kawan baik wanita waktu period

Bagi yang memang mengambil B Complex, pastikan ada kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik & biotin. Kesemua elemen ni kena ambil serentak barulah tubuh boleh dapat menyerap khasiatnya dengan baik.

Vitamin B Complex adalah vitamin larut air seperti juga Vitamin C. Kalau terlebih makan pun, akhirnya akan dibuang sewaktu buang air / perkumuhan. Jadi kena ambil tiap2 hari. Bukan seminggu sekali.

Normala
+6010-2251708

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...