Memaparkan catatan dengan label Amsterdam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amsterdam. Papar semua catatan

Ahad, 23 Ogos 2015

Amsterdam Part 4 - Zaanse Schaans

Salam.. sambung cerita di Zaanse Schaans.. ni antara rumah yang ada kat situ.

Macam-macam cheese diorang ada. Fenugreek, yang pedas

Cara-cara buat Cheese.. lama juga nak membuatnya

Cheese yang dah siap.. besar-besar sungguh

Kalau tengok harga tu lebih kurang kat Malaysia juga, tapi tak pernah la jumpa cheese besar gedabak macam ni kat Malaysia

Demo buat kasut kayu, boleh beli kat sini. Selain dari yang tradisional, diorang jual juga yang design biasa.

Ni lah rupanya kasut kayu tradisional tu. Tapi yang ni saya  beli di Dam Square

Tu jerlah pengalaman saya di Amsterdam, memandangkan kitorang singgah sehari je. Masuk dalam buku untuk pergi lagi & tengok tempat lain pulak.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Amsterdam Part 3 - Zaanse Schaans



Salam... Sambung entry tertunggak. Entry sebelum di sini

Lepas tinggalkan barang di hotel, kami keluar balik. Hotel yang kami tinggal tu betul-betul bersebelahan dengan laluan tram. Lupa pulak nak ambil gambar.

Ke Central Station dalam 15 ke 20 minit & kami beli tiket keretapi ke Zaanse Schaans. Keretapi berlepas tepat masa & ambil masa dalam 20 minit untuk sampai ke hentian Zoog Kandjit. Harga tiket 6 Euro untuk pergi balik.

Jalan tak susah, ada signboard.

Turun train, kena jalan sikit dalam 10 ke 15 minit



Dah mula nampak

Akhirnya...

Ada padang rumput juga.. tapi takla jumpa lembu. ingat kot boleh tengok lembut macam Dutch Lady tu


Wishlist kitorang.. nak tengok windmill


Rehat kaki jap
Tempat ni besar, jadi masa sampai kat entrance tu, boleh ambil peta kat pondok kawalan dia. Tak payah bayar. Ada lebih dari 15 rumah yang kita boleh masuk. Ada demo buat coklat boleh tengok kat sini, kasut kayu & cheese. 

Yang ni wishlist.. bila nak sampai ni!!


Nanti sambung lagi entry tertunggak ni




.. Bye

Khamis, 20 Ogos 2015

Amsterdam Day 1 part 2

Salam.. sambung entry tertunggak di Amsterdam. Layan gambar. Banyak gambar, tapi upload sikit jer lah.




Yang ni di Schipol Airport tapi tak beli sebab tak pasti halal ke tak
Besar-besar cheese kat sini.. tak pernah tengok sebelum ni
Donne Chicken.. harga Euro5.50




Di Dam Square.. masa ni dalam pukul 6 petang
Yang ni Dam Square juga lebih kurang pukul 8




Dekat are Dam square ni ada banyak kedai cenderamata, cuba cari kedai-kedai kat belakang (bukan main road), lebih murah harga.. tapi murah2 pun in euro. Bila convert sakit juga

Ramainya orang, lansung tak dapat nak ambil gambar.. so saya tak suka tempat ni huhu


Flower market.. ada gerai-gerai yang diorang tak kasi ambil gambar





Jalan-jalan di Amsterdam, kami guna tram dengan 2 day pass. Boleh search GVB (Kalau tak silap.. nanti check balik). Harga 12 euro. Dia kira 48 jam dari masa pertama kita scan. Tak susah nak follow tram diroang, yang penting download siap-siap map dia. 
Dari airport ke central station 5 euro untuk 1 way.

OK.. entry lain kita pergi Zaanse Schaans pulak

Ahad, 19 Oktober 2014

Dapat claim

Assalamualaikum.... cerita apa hari ni? Semalam saya sempat bank in kan cek claim.. Alhamdulillah..Lega dapat claim untuk beg yang delay masa ke Norway hari tu.

Bagi yang belum tau, kalau beg kita delay / hilang kita boleh buat 2 tuntutan sama ada pada airlines ataupun insurans yang kita beli masa kita beli tiket tu. Ada limit juga benda ni. Kalau airlines, macam hari tu kitorang naik KLM maximum yang kita boleh claim ialah USD150 ikut resit kita beli apa. Kiranya setakat untuk beli keperluan asas jer lah.

Hari tu sebab kitorang beli barang agak mahal juga exchange rate di Norway jadi claim dengan insurans jer lah. Saya tak pasti macam mana diorang kira delay hours tu tapi dia kira 4 jam je sedangkan bag kitorang delay 24jam.. Maybe maximum kot dia kira. Surat tu pun kitorang tak tengok sebab admin kat office yang tolong buat claim. Tapi dia ada bagitau, kalau beg hilang lagi rugi sebab, diorang akan kira exactly ikut expenses / resit. Rugilah.. barang hilang memang tak dapat balik pastu dia ada maximum pulak. Kalau delay ni dia bayar ikut jam.

Untungnya saya sebab saya cuma belanja ~500 untuk beli macam facial kit, berus gigi, ubat gigi (kat Europe diorang tak supply semua tu kat hotel yer.. cuma ada shower foam & shampoo jer) dan pakaian sehelai dua.

Ok.. kalau korang terkena macam ni apa nak buat?
  • Buat report immediately kat kaunter servis airliner, biasanya memang dekat jer dengan tempat ambil luggage tu
  • Masa buat report tu, diorang akan minta details, beg jenis macam mana, warna apa, saiz.
  • Report yang dia bagi tu pastikan simpan baik-baik. Kalau kita nak call balik ke, File # tu penting.
  • Kalau dah terima beg tu, pastikan ada surat. Macam kes kitorang, sebab bag hantar ke hotel & kitorang dah checkout dari hotel  so surat tu takde.Mungkin sebab tu diorang kira 4 jam kot hrmm.

Kalau nak claim pada insurans pulak, kena kepilkan dokumen kat bawah:
  • boarding pass
  • surat laporan pada airliner 
  • resit kalau kita ada beli barang

Sekarang ni tengah fikir duit claim tu nak buat apa. Lepas ni nak beli Vivix sebotol........ :)

Sabtu, 27 September 2014

Cerita Pasal Transit

Assalamulaikum..

Entry kali ni saya nak cerita pasal transit. Bukan bas transit.. tapi transit sewaktu dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Ni cerita pertama kali uhuk..uhuk.

Hari tu kan saya pergi Taiwan, jadi minggu lepas Allah murahkan rezeki saya sekali lagi. Dapatla berkunjung ke Eropah (macam la pergi seluruh Eropah tu :p). Tujuan asal tu nak ke Norway. Tak pernah sampai negara Eropah, tup-tup terus pergi atas sekali. Suami pun terkejut, apsal jauh sangat? Dah rezeki nak pergikan.. apa kira jauh ke dekat. Tetapla suamiku kena ambil cuti seminggu untuk jaga my precious yang 3 orang tu. Okay.. confirm. cari punya cari takde penerbangan terus. Kena transit... ookayy. Apala susah sangat kan?

Kitorang pun pilih Amsterdam (sebab tu jer yang kena dengan budget level2 kitorang haha). Boleh juga nak transit kat Bangkok, tapi tak berminat, sebab dah penah pergi (haha berlagak). Tiket pun confirm. Penerbangan ke Amsterdam dalam 12jam sebelah malam & sampai kat sana ~6 pagi (waktu Amsterdam). ~12 jam perjalanan. Waktu transit pulak 1 jam. Next flight pukul 6.55 pagi ke Oslo.

Sehari sebelum, boss cakap kalau nak transit lebih baik ambil 2 jam ke atas. huh.. tiket dah beli. Takpe la. Takkan la kena tinggal kan.. Kawan cakap, kalau lambat nanti diorang prepare kereta tu ambil kitorang bawa. yer lah tu. Masa sampai tu memang la sebelum pukul 6. Masa nak menunggu turun tu ambil masa dekat 10 ke 15 minit juga. Kami turun Gate C di Schipol Amsterdam Airport & kena menapak ke Gate E. Ingat dekat. Sambil jalan sambil cari wifi nak bagitau dah selamat sampai Amsterdam.. jeling2 signboard lagi 20minit. Memang lajula jalan. boarding 6.30 pagi. Cuak dah.

Sampai jer kat Gate E, mak aii ramainya orang. Masa tu dah 6.25. beratur panjang. Takde signboard untuk yang transit. Sudahnya nampak kaunter tingkap imigresen kat sebelah kanan. terus jer menerjah ke situ. Pegawai tu baru cakap kat sorang mamat orang putih ni. Bila saya tanya, dia selamba jer cakap.. 'same with you, the other side'. Aik belum tunjuk pun lagi boarding pass. Mujur juga boarding pass dah dapat kat KLIA. We wish we were in KLIA haha. Dah dia cakap tu, kitorang pun dengan muka terpinga2 dengan pantas follow mamat tu, excuse me.. excuse me habis kitorang redah line orang nak ke sebelah kiri. Gasak korang la, lepas ni tak jumpa dah. Sampai jer kat situ orang punya la ramai. Semua kena tahan & kitorang dengar macam pegawai tu cakap Oslo leaving.. leaving. Ah sudah. Angkat boarding pass (tak cakap dah).. dia terus bagi kitorang masuk. Kena lalu imigresen check lagi. Buka semua beg, keluarkan laptop.

Akhirnya berjaya juga kitorang transit di Amsterdam & naik kapal terbang ke Oslo.. lega. Dan bila sampai di Oslo.. luggage takde. Diorang cakap masih kat Amsterdam. Punya la penat berlari, beg tak naik rupanya & beg cuma dapat balik esok tengah harinya. Kalut. Tak bawa baju spare. Ada laptop jer nak keje esok. Kan dah kena beli baju baru.

Gambar hiasan masa penerbangan ke Oslo dar Amsterdam. Masa tu matahari baru naik. Tengok awan tu macam kapas. SubhanAllah cantik kan?

Nak bagi tips la untuk yang first time transit cam kitorang:
  • Pastikan waktu transit > 2jam, paling baik 3 jam.
  • Bawa baju / keperluan untuk sehari dalam beg asing yang kita boleh bawa naik ke kabin sekali & 
  • sila google baik2 tempat yang kita nak pergi tu. Kat Oslo semua kedai tutup pada hari Ahad kecuali  groceries / cafe & some tourist kiosk / shop. hahaha gulp!

Bye korang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...