Memaparkan catatan dengan label Norway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norway. Papar semua catatan

Khamis, 13 November 2014

Hari terakhir di Ardal

Assalamualaikum..

3 hari kami di Ardal, hari ke-3 sebelah petang selepas kerja, kami jalan-jalan di sekitar kampung ambil gambar pemandangan.

Epal.. weh. jadi terlebih excited kejap tak pernah tengok pokok epal

Hari terakhir, selepas habis kerja, kami ke Sogndal untuk naik kapal terbang ke Oslo. Flight malam pukul 8.25, pukul 5 dah terpacak kat airport. Airport dia kecil je. Ada 1 pintu. Tiket boleh book di wideroe.no

Atas ferry.. bak kata Chef Wan.. Wonderful.

Perjalanan mendaki ke Sogndal aiport.. 1 lorong. Pemandu kat sini memang berani mati, bawa agak laju juga, bila sampai kat selekoh tak bunyikan hon ke apa ke.. macam dah biasa jer
Kat sini, saya kena check thoroughly sebab masa lalu tu alarm bunyi. Kena sabotaj ke apa ni??? Setiap kali keluar mesti ada tempat yang nak kena check habis- habisan. Ngeri juga. Masa kat bangkok airport dulu habis semua barang diorang keluarkan & laser pointer tu pulak yang jadi masalah. Salah sendiri juga sebab bawa sampai 3. Kebetulan kami kongsi beli & saya pegang tiga-tiga.

Itu jer lah airportnya..dengan gunung..
Masa pegawai tu panggil, saya tengok dia atas bawah. Dia nak check apa ni. Terus dia tanya kalau saya nak pegawai perempuan. Haha. Gila kau.. Diorang nak raba habis tu. Tapak kaki pun dia check. Saya tanya kalau dia boleh bagi pegawai wanita tu check sambil buat muka kesian. Alhamdulillah takde apa-apa. 

Lepas check in, kami lepak kat dalam hampir 3 jam. Eric yang bawa kami dah naik flight pukul 6. Tak de seat kosong untuk kami tukar. Eric ni konsultan sebenarnya, tapi dah 6 bulan dia full time konsultan di Ardal. Setiap minggu dia berulang alik Isnin datang & Jumaat balik.  Sebab tak nak susahkan supplier hantar kami lagi, kami naik je lah kereta dengan Eric ke Sogndal. Rupa-rupanya, Eric ada joint venture company di Perak untuk projek ternakan ikan tilapia. Dah lama juga dia buat bisnes ni. Tiap-tiap tahun sekurang-kurangnya 2 kali Eric mesti datang Malaysia. Partner saya tidur sebab mabuk kereta, mana taknya jalan macam Tapah - Cameron tu, jadi saya duduk depan ambil peluang bersembang & ambil gambar. Kami naik feri untuk melintas fjord lepas tu mendaki untuk ke airport. 

Inilah Eric berlatarkan gunung & langit


Sampai Oslo dah pukul 9.30. Takut juga naik kapal kecil ni. Bila nak berlepas & landing kecut perut. Bunyi dia menakutkan. Rasanya ni kalau naik dari Melaka camtu la agaknya.

Ada lebih dari 10 airport kecil di seluruh Norway kalau tak salah saya masa survey untuk tiket dulu

Sebab esoknya flight pukul  6 pagi, kami buat self check in & lepas tu ambil bas ke hotel. 15 minit je. Tambang 70 krone. 

Hotel yang kami duduk ni terasa macam container.. Tak tau la betul ke tak.. Sebab memang tak nampak apa-apa. Kat luar pun gelap tak berlampu. Macam manapun selesa. Dalam pun luas.

Tidur je lepas mandi & solat. Esok nak bangun awal lagi. Bila trip ni penatnya sebab tidur lambat, bangun awal.


Isnin, 3 November 2014

Norway Day 3 - Ardalstangen

Assalamualaikum..
Sambung cerita hari ke-2 di Ardalstangen, Norway. Petang tu lepas habis kerja, kitorang di bawa naik gunung. Nama tempat ni Seimsdal. Kalau winter, tempat ni antara yang popular untuk diorang main ski.
Jalan naik memang berliku.. biasalah kan. Lalu terowong yang agak panjang & agak curam juga, tapi bila dah sampai kat tempat tu, aduii rasa macam tak terakam dengan kamera. Kalaulah boleh transfer apa yang terlihat di mata ni. Cantik sangat.. dengan warna daun pokok yang tengah nak bertukar, air jernih. Saya bayangkan, agaknya kalau saya datang dalam tempoh lagi 2 ke 3 minggu, mesti pemandangan lagi la cantik. Masa tu mesti hampir separuh daun-daun dah bertukar warna sebelum jengah ke November kan? Sambil turun balik tu, kami singgah sekejap ambil gambar kat jeram.. ada air terjun yang comel & cantik. SubhanaAllah yang mencipta. 
Jom tengok gambar…
 
Nak naik tu kena lalu terowong.. gelap dalam tu. Satu lorong je

Ni tempat ski masa winter... daun pokok dah mula bertukar.. cantik.
Berry.. katanya raspberry. tengah fikir kenapa tak serupa, mungkin kecil lagi kot
Ni kat belakang kabin

Comel kan?? Nak berendam memang tak sanggup la.. 10deg C tu

 Tak lama pun kat atas.. dah dekat pukul 7. Turun balik. Nak dinner.






Jumaat, 24 Oktober 2014

Norway Day 3 - Ardalstangen

Assalamualaikum.. sambung entry tertunggak pasal trip ke Norway bulan lepas. Nak tulis pasal travel kena ada feeling, baru taipan cerita tu lancar (bahasa apakah ini :P)
Hari ke-3 di Norway & hari ke-2 di Årdalstangen.. tu ejaan yang betul A dengan bulat kat atas. Norwegian language. Sebutannya.. Ordal.
 Dalam tempoh 2 hari kat sini saya tukar 2 kali arah kiblat.. tak tau nak kata apa. Ada apps tapi asyik tukar-tukar saya sendiri tak pasti kenapa. Masa sampai tu matahari baru nak terbenam, tapi sebab kawasan ni lembah, sekeliling gunung jadi Cuma nampak cahaya matahari kat puncak gunung. Saya agak-agak dari situ sebab apps pun macam tak berapa stabil. Tapi malam tu arah lain pulak kat phone. Tengok luar tak nampak bintang.. ingatkan betulla siang semalam tu dah salah arah, rupanya pagi ni tengok arah matahari terbit, ada yang tak kena….Aduhai. Inilah dianya bila ‘bergantung’ pada telefon pintar.. confuse, apps tu pakai wifi kot yer. Nak kena godek la pasni sebelum travel.

Snap dari ruang makan masa sarapan

 Hari ni hari kerja… Kat Norway waktu kerja diorang mula pukul 7pagi, jadi kami pergi office pukul 8 la. Hotel ni sebelah fjord kan.. pagi-pagi sambil sarapan tengok air & gunung memang cantik. Nyaman jer.. dengan cuaca sejuk bawah 10 deg. 

Sebelum pergi office.. sempat lagi tu hehe


Tengahari tu kami lunch kat kilang je.. How I wish to have office like this..haha berangan tak habis-habis.

Kalau korang perasan, kat langit yang biru tu ada bayang-bayang lampu.. saya ambil gambar ni waktu lunch dari kantin diorang.. cool kan? makan sambil tengok view yang yang cantik, sejuk mata memandang

sekeliling kantin diorang ni memang kaca - tengok gunung pulak. salah seorang staff kat situ tinggal kat rumah area tu & ada ladang rapsberries.. nangis tak dapat pi tengok

Lagi :P

Lunch saya.. orang putih style. Ingatkan dapat makan fresh salmon rupanya tak hihi.. ni 1st time makan jeruk buah zaitun, biasa makan yang dah jadi topping pizza jer


Nanti saya sambung cerita sebelah petang kami ke Seimsdal.. tempat orang main ski masa winter.

Ahad, 19 Oktober 2014

Dapat claim

Assalamualaikum.... cerita apa hari ni? Semalam saya sempat bank in kan cek claim.. Alhamdulillah..Lega dapat claim untuk beg yang delay masa ke Norway hari tu.

Bagi yang belum tau, kalau beg kita delay / hilang kita boleh buat 2 tuntutan sama ada pada airlines ataupun insurans yang kita beli masa kita beli tiket tu. Ada limit juga benda ni. Kalau airlines, macam hari tu kitorang naik KLM maximum yang kita boleh claim ialah USD150 ikut resit kita beli apa. Kiranya setakat untuk beli keperluan asas jer lah.

Hari tu sebab kitorang beli barang agak mahal juga exchange rate di Norway jadi claim dengan insurans jer lah. Saya tak pasti macam mana diorang kira delay hours tu tapi dia kira 4 jam je sedangkan bag kitorang delay 24jam.. Maybe maximum kot dia kira. Surat tu pun kitorang tak tengok sebab admin kat office yang tolong buat claim. Tapi dia ada bagitau, kalau beg hilang lagi rugi sebab, diorang akan kira exactly ikut expenses / resit. Rugilah.. barang hilang memang tak dapat balik pastu dia ada maximum pulak. Kalau delay ni dia bayar ikut jam.

Untungnya saya sebab saya cuma belanja ~500 untuk beli macam facial kit, berus gigi, ubat gigi (kat Europe diorang tak supply semua tu kat hotel yer.. cuma ada shower foam & shampoo jer) dan pakaian sehelai dua.

Ok.. kalau korang terkena macam ni apa nak buat?
  • Buat report immediately kat kaunter servis airliner, biasanya memang dekat jer dengan tempat ambil luggage tu
  • Masa buat report tu, diorang akan minta details, beg jenis macam mana, warna apa, saiz.
  • Report yang dia bagi tu pastikan simpan baik-baik. Kalau kita nak call balik ke, File # tu penting.
  • Kalau dah terima beg tu, pastikan ada surat. Macam kes kitorang, sebab bag hantar ke hotel & kitorang dah checkout dari hotel  so surat tu takde.Mungkin sebab tu diorang kira 4 jam kot hrmm.

Kalau nak claim pada insurans pulak, kena kepilkan dokumen kat bawah:
  • boarding pass
  • surat laporan pada airliner 
  • resit kalau kita ada beli barang

Sekarang ni tengah fikir duit claim tu nak buat apa. Lepas ni nak beli Vivix sebotol........ :)

Rabu, 15 Oktober 2014

Norway - Oslo to Ardalstangen

Assalamualaikum..

Hari ke-2 di Norway. Bangun pagi rasa macam tak percaya lagi yang fizikal ni dah sampai. Malam tadi pukul 10 lepas mandi & solat, gagahkan hati turun ke lobby. Manalah tau kot2 bag dah sampai. Sambil tu nak ambil user name & password wifi lagi satu untuk laptop. Teringat plak yang slide untuk opening meeting belum buat… Aiseh, kalau letak laptop dalam beg, adalah excuse.. huhu. Confirm belum sampai. Book teksi untuk pagi ke office. Masuk bilik tidur. 

Subuh agak awal.. masa tu. Pukul 3 ke 4 masa tu. Tapi matahari terbit hampir pukul 7 juga. So lepas bangun subuh tu buat kerjalah. Check out terus pergi office sampaila tengahari. 

Sebab visit supplier, memang diorang dah sediakan minibus untuk angkut kitorang berlima. Memang plan nak naik kereta sebab nak tengok pemandangan.Sebab ramai so diorang bawa minibus.. tapi minibus dia bukanla macam bas.. lebih kurang macam van yang besar. Sepanjang jalan tu memang tak boleh tidur. Macam mana nak tidur.. banyak sangat nak tengok. Pemandangan kiri kanan cantik sangat. Sekejap tasik sebelah kiri.. sekejap sebelah kanan. Asyik ambil gambar. Masuk terowong pun nak ambil gambar. Bukan cantik.. saja gatal tangan. Dalam terowong tu 1 lorong jer untuk 2 way.. jadi ada meeting point untuk kita berhenti kalau bertembung. Dalam tu memang gelap.. takde lampu macam Terowong Menora tu

Ambil gambar dari dalam minibus

Walaupun kami tak beli phonecard, tapi masih ada roaming. Cuma terpaksa offkan cellular, kalau tak masak nak membayarnya & bila ada call, maafla, memang tak jawab. Satu yang saya perasan, phone network kat sini memang bagus. Beberapa terowong yang kami lalu sepanjang 5 jam perjalanan, semua line connection masih ada. Ikut kata Carsten (customer service yang jadi driver kami :p), majority memang takde masalah, kecuali yang ada beberapa terowong yang naik ke bukit. Itu pun lepas terowong tu memang ada.

Ni masa mula mendaki

Jalan macam ular, memanjat bukit lagi. Yang menariknya ada tasik kat atas bukit. Rupanya diorang manfaatkan air dari gunung ni buat hydropower. Jadinya kadar caj penggunaan elektrik diorang sangat rendah… 

Tasik.. memang banyak sepanjang perjalanan. Yang best tu sipa ada reflection lagi


Kami sampai di Ardal hampir pukul 6.30 petang. Lepas check in, dapat bilik kat tingkat 1. Kena naik tangga.. takde lif. Brother yang jaga kaunter to offer nak bawakan beg.. tapi segan la pulak. Pastu, dia pun sorang-sorang jer keje. Mujur la aras 1. Kalau lebih dari tu, memang saya tebalkan muka lah.
Sebelum naik ke bilik.. ada pendiang api la. Harus ambil gambar ni. Takpe-takpe ada 3 malam lagi kat sini. Lagipun dah lewat. Dah nak masuk waktu maghrib.

Rasa macam nak beli satu rumah kat sini.... ada pulak jari menyibuk kat hujung tu



Finally we are here in Ardal.. terus menghadap Fjord. Opps model dalam gambar bukan saya.. itu buddy saya

5 jam perjalanan untuk sampai ke Ardal dari Oslo. Tak rasa letih pun (yer lah tu)

Bye..

Isnin, 13 Oktober 2014

Oslo, Norway - Part 2

Assalamualaikum..

Oslo.. Baca part 1 kat sini yer.
Jalan-jalan kat bandar, cuma boleh tengok bangunan atau taman. Oslo ni kat tepi laut, cantik juga boleh tengok laut biru. Kalau ada duit lebih, bolehla naik kapal / bot. Diorang ni bab2 menjaga bangunan lama memang bagusla.. Banyak bangunan kurun 18 / 19 masih cantik. Kami sampai awal, hari ahad pulak tu. Memang tak ramai orang dekat area hotel tu. Masa tu fikir mungkin sebab hotel ni agak jauh dari Bandar kot. Adalah 4 ~5 orang yang sedang jogging. Kedai pun takde yang bukak. Cuma ada 7E je. Kami beli tiket tram dekat sini. Mujurlah brother tu rajin melayan kami. Tanya macam-macam. Itu pun, muka dia berubah juga.. mana taknya dia sorang, orang dok keluar masuk, yang kami ni pulak bertanya lagi, nak kira duit lagi. Petang tu kami singgah lagi kar 7E tu. Baru saya tau dia orang Palestin.
Cathedral - Old Church. Betul2 depan laluan tram
Antara misi kami nak beli phone card. Mengenangkan nak tinggal kat Norway seminggu, wajibla ada phone card. Kalau tak camne nak ber whatsapp ngan family. Tak boleh call, tak de masalah. Yang penting ada internet. Takkan nak tunggu balik hotel jer kan. Dah la ada 'different time'. Norway lambat 6 jam dari Malaysia (GMT +2). Sayang 1000x sayang.. tak ada. Susahnya. Masa jalan2 tu pun tak nampak ada kedai yang jual phone card. Masa kat Taiwan dulu bersepah.. Kat Thailand pun banyak. Sini takde. Kat 7E tu brother tu kata diorang cuma jual top up jer. Sebelum terbang hari tu memang ada tengok kat satu website ni, diorang jual online yang boleh pakai untuk semua Negara Eropah, tapi mahal sangat. Dekat 100USD.. mana cukup budget. Sedangkan allocation untuk phone call Cuma 5 US dollar jer sehari.. so lupakan.
Menuju ke Akhersus Fortress
OK.. jom tengok-tengok tempat yang kami jalan2 hari tu. Sebelum pergi memang kami dah google siap-siap. Dari Central station ke Opera House menyusur jer jalan tepi laut sampai ke Karl Johans Gate akhirnya kita balik ke Central Station untuk ambil tram. Kalau korang ada masa lebih boleh chek kat sini untuk tengok tempat-tempat lain dekat Oslo. Yang menarik tu ada Harry Porter Train.. hehe.. lupakan, memang tak ada masa kami ni.


Antara hobi diorang ni duduk tengah panas.. jarang-jarang jumpa matahari kan. Tempat kami tengok bayang-bayang tu pun tau.. Malaysian ok haha, takut gelap.

Dalam Akhersus Forress

View dari atas kubu.. biru mata hitam ku :)

Antara yang banyak kat Norway ni patung orang bogel.. Seni kata mereka. Itu seni dari pandangan diorangla.

Viking & Trolls... Norway legends

Karl Johans Gate - popular street. Tapi hari tu ahad. Kata salah seorang local yang kami jumpa, Ahad hari wajib semua kedai tutup sebab nak galakkan semua orang pergi gereja

 Selain dari gambar kat atas kami pergi juga ke National Theatre, City Hall & ada beberapa bangunan lagi. Tapi majoriti tengok dari luar je. Suka tengok bangunan dia. Hajat nak pergi satu taman / part dekat dengan hotel, tapi kes beg hilang tu menyebabkan kitorang terpaksa berulang alik ke Oslo cari kedai yang buka nak beli baju & keperluan diri.. Mana ada kedai baju buka hari ahad.. sudahnya beli la t-shirt kat kedai cenderamata. Maka hari ini dalam sejarahlah kami esoknya pergi kerja pakai t-shirt 'I Love Norway'.
2 @3 kali kami jumpa clown yang berbeza.. 



Keseluruhannya, saya puas hati & bersyukur sangat sebab Norwegian ni peramah orangya.. ada yang offer diri bila tengok kami macam orang pening sambil pusing-pusing map.
Esoknya kami dah ke Ardalstangen.. perjalanan 5 jam dengan minibus, jalan macam Cameron Highland tapi pemandangan nya.. SubhanaAllah. Nanti kita cerita lagi yer. Terima kasih uantuk yang sudi baca..



Sabtu, 11 Oktober 2014

Oslo, Norway - Part 1

Assalamualaikum..

Oslo.. Masa tahu kami nak ke Norway,  kami dah mula survey, google pasal Norway. Bila dah confirm flight timing, kira2 ada masa untuk tengok2 Oslo.

Yang peliknya tak banyak review / blog yang cerita pasal Oslo @ Norway. Amsterdam memang banyak. Terpaksalah refer pada TripAdvisor & Norway local tourist website.
Oslo City - kecik jer. kalau rajin, jalan kaki pun lepas
Pagi tu ~9 sampai di Gardermoen Airport. Lepas tu buat report dekat customer service tentang luggage yang tak sampai. Pasal tu saya dah cerita dalam post yang lepas.. boleh baca di sini

Kitorg pun jalan keluar. Tiba2 teringat pulak... Ni dah keluar, tapi kenapa takde immigration check. Salah pintu  ke? Tak mungkin lah kan. Risaula pulak.. Tempat orang. Nanti tak boleh keluar. Nampak information, terus tanya. Ooo transit Amsterdam rupanya. Oklah.. Nanti jangan diorang buat leceh pulak nanti masa nak balik dah lah.
Tangan takde duit Norway. So kitorang tukar duit dulu. Tukar 100USD, dapat 616 Norwegian Krone, tapi dia bagi 560 je. Tengok resit... 50 krone dia tolak, entah tax ke komisen. Banyaknya..
Ambil teksi, terus pergi hotel. Driver teksi tu orang Germany. Bayar teksi pakai kad kredit, tapi terlupa pulak nak ambil resit. Untuk perjalanan 40 minit lalu highway tu kena 190USD. Dekat 500 ringgit. that's why takde orang pergi.. Sebenarnya boleh naik train ke Oslo Central Station. Asalnya mengenang ada beg bagai tu minta supplier book teksi. Dah booking kena naikla kan.
Kalau naik train dari airport terus ke sini
Ingat Sydney jer ada Opera House?


Itik dia besar-besar

Sampai jer hotel, sebab awal lagi, dapat 1 je bilik kosong. Jadila.. Boleh letak laptop. Berat nak bawa jalan2. Keluar balik. Tak berapa jauh dari hotel ada laluan tram. 60krone untuk pergi & balik. Yang peliknya diorang cakap kat kitorang tak payah scan.. & takde orang pun yang control / check.
sambil enjoy kopi.. kira duit syiling.. :P

Ni kat depan Opera House tu.. Tengok matahri terik sampai tak boleh buka mata. Spec hitam pun tak bawa sebab tak terfikir
Suhu hari tu takla sejuk sangat. Kalau nak ikutkan ~19 - 20deg C. Tapi matahari terik, jadi tak terasa sejuk. Boleh pakai baju biasa la. Tak payah jaket pun. Cuma terasa sejuk bila kena angin je.

 Oklah.. nanti sambung part2. tengok tempat2 lain pulak. Opera House ni tempat kedua yang kami pergi kat Oslo City. Tempatnya betul2 belakang Oslo Central Station. Jalan sikit kebelakang, lalu satu taman, dah sampai.

Rabu, 1 Oktober 2014

Fjord..Norway



Fjord.. pertama kali dengar masa tengok cerita Frozen (lalalala). Apa nak kata, mak budak pun dah macam budak juga. Fjord ni macam sungai tapi bukan sungai. Ia macam satu laluan air dengan tebing yang curam dari gunung. Tebing / curam ni terbina secara semulajadi dari glacier
Airnya masin yang membawa ke laut terbuka. Bila pergi Norway baru ni dapatla tengok Fjord yang sebenar. Naik kereta di sepanjang tebing fjord tu sangat mengujakan. Tapi pergi kira early autumn kan jadi tak la beku. Tak beku pun pagi-pagi 6 ke 8 deg C.. Saya pergi Ardalstangen, fjordnya sepanjang ~200km untuk sampai ke laut. Jom enjoy gambar :)

Yang macam rekahan tu adalah fjord.. gambar satelit from En. Google


On the way to Ardal.. tengok air tu biru & jernih
Kalau musim salmon naik, kat sini ada orang memancing kata diorang



Reflection yang cantikkan?
Satu-satunya hotel yang ada di Ardal.. agak mahal ~ 161USD untuk 1 malam.

Matahari sedang turun


Ni masa nak balik berkereta menyusur fjord dari Ardal ke Sogndal Airport

Naik feri pulak merentasi fjord ke Sogndal

 Alam yang tak terusik walaupun Norway adalah negara paling maju di dunia. Jumlah penduduk baru 5 ke 6 juta orang. Sangat cantik..



Sabtu, 27 September 2014

Cerita Pasal Transit

Assalamulaikum..

Entry kali ni saya nak cerita pasal transit. Bukan bas transit.. tapi transit sewaktu dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Ni cerita pertama kali uhuk..uhuk.

Hari tu kan saya pergi Taiwan, jadi minggu lepas Allah murahkan rezeki saya sekali lagi. Dapatla berkunjung ke Eropah (macam la pergi seluruh Eropah tu :p). Tujuan asal tu nak ke Norway. Tak pernah sampai negara Eropah, tup-tup terus pergi atas sekali. Suami pun terkejut, apsal jauh sangat? Dah rezeki nak pergikan.. apa kira jauh ke dekat. Tetapla suamiku kena ambil cuti seminggu untuk jaga my precious yang 3 orang tu. Okay.. confirm. cari punya cari takde penerbangan terus. Kena transit... ookayy. Apala susah sangat kan?

Kitorang pun pilih Amsterdam (sebab tu jer yang kena dengan budget level2 kitorang haha). Boleh juga nak transit kat Bangkok, tapi tak berminat, sebab dah penah pergi (haha berlagak). Tiket pun confirm. Penerbangan ke Amsterdam dalam 12jam sebelah malam & sampai kat sana ~6 pagi (waktu Amsterdam). ~12 jam perjalanan. Waktu transit pulak 1 jam. Next flight pukul 6.55 pagi ke Oslo.

Sehari sebelum, boss cakap kalau nak transit lebih baik ambil 2 jam ke atas. huh.. tiket dah beli. Takpe la. Takkan la kena tinggal kan.. Kawan cakap, kalau lambat nanti diorang prepare kereta tu ambil kitorang bawa. yer lah tu. Masa sampai tu memang la sebelum pukul 6. Masa nak menunggu turun tu ambil masa dekat 10 ke 15 minit juga. Kami turun Gate C di Schipol Amsterdam Airport & kena menapak ke Gate E. Ingat dekat. Sambil jalan sambil cari wifi nak bagitau dah selamat sampai Amsterdam.. jeling2 signboard lagi 20minit. Memang lajula jalan. boarding 6.30 pagi. Cuak dah.

Sampai jer kat Gate E, mak aii ramainya orang. Masa tu dah 6.25. beratur panjang. Takde signboard untuk yang transit. Sudahnya nampak kaunter tingkap imigresen kat sebelah kanan. terus jer menerjah ke situ. Pegawai tu baru cakap kat sorang mamat orang putih ni. Bila saya tanya, dia selamba jer cakap.. 'same with you, the other side'. Aik belum tunjuk pun lagi boarding pass. Mujur juga boarding pass dah dapat kat KLIA. We wish we were in KLIA haha. Dah dia cakap tu, kitorang pun dengan muka terpinga2 dengan pantas follow mamat tu, excuse me.. excuse me habis kitorang redah line orang nak ke sebelah kiri. Gasak korang la, lepas ni tak jumpa dah. Sampai jer kat situ orang punya la ramai. Semua kena tahan & kitorang dengar macam pegawai tu cakap Oslo leaving.. leaving. Ah sudah. Angkat boarding pass (tak cakap dah).. dia terus bagi kitorang masuk. Kena lalu imigresen check lagi. Buka semua beg, keluarkan laptop.

Akhirnya berjaya juga kitorang transit di Amsterdam & naik kapal terbang ke Oslo.. lega. Dan bila sampai di Oslo.. luggage takde. Diorang cakap masih kat Amsterdam. Punya la penat berlari, beg tak naik rupanya & beg cuma dapat balik esok tengah harinya. Kalut. Tak bawa baju spare. Ada laptop jer nak keje esok. Kan dah kena beli baju baru.

Gambar hiasan masa penerbangan ke Oslo dar Amsterdam. Masa tu matahari baru naik. Tengok awan tu macam kapas. SubhanAllah cantik kan?

Nak bagi tips la untuk yang first time transit cam kitorang:
  • Pastikan waktu transit > 2jam, paling baik 3 jam.
  • Bawa baju / keperluan untuk sehari dalam beg asing yang kita boleh bawa naik ke kabin sekali & 
  • sila google baik2 tempat yang kita nak pergi tu. Kat Oslo semua kedai tutup pada hari Ahad kecuali  groceries / cafe & some tourist kiosk / shop. hahaha gulp!

Bye korang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...