Memaparkan catatan dengan label Herb-Lax. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Herb-Lax. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Ogos 2015

Pilihan Cinch

Salam.. Hari ni macam tak sempat nak share banyak. Semalam ada share pasal 'Healthy Fitness'. Boleh baca sini.

Set ni khusus untuk yang ada atau pun yang takde masalah bentuk / berat badan. Ada orang dah kurus tapi nak bagi mantap. Tak nak gelebeh-gelebeh.

Kat bawah ni saya kongsikan Cinch pilihan customer. Nak campur perisa pun boleh. 

Coklat ni pun sedap juga

Hubungi ===> +6010-2251708

Khamis, 6 Ogos 2015

Shaklee YES Healthy Fitness

Salam.. hari ni jom kita sambung tengok lebih details tentang set YES Shaklee. Set 'Healthy Fitness'  . Dalam set ni ada 6 item. Jom tengok satu-satu.


Healthy Fitness Set

Kaya dengan protein. Cinch Shake turut mengandungi Leucine. Biasanya kalau kita berdiet, berat otot akan berkurang. Nanti jadilah yo-yo diet. Bila berhenti diet, berat naik semula. Letih makcik Jemah diet setahun hilang 30kg, 3 bulan dah naik 35kg.. tak terbayang.
Lagi satu dengan Cinch Shake ni, dia bagi kita rasa kenyang. Bila kenyang, makan sikit-sikit jer. kunci diet sebenarnya bukan tak makan, tapi makan sikit-sikit.
Oh ya.. bukan untuk yang nak kurus jer, Cinch ni siapa pun boleh ambil terutamanya kalau nak jaga bentuk badan, kekalkan otot (selalu pergi gym) dan kalau selalu sibuk tak sempat makan.

Cinch ada fiber/serat yang penting untuk usus
Boleh pilih nak Cinch perisa apa. Coklat, Vanilla, Latte. Basically saya suka Latte & coklat. Penyegan sikit minum susu putih ni. 

Cinch Tea Mix:
Ni saya suka, sebab lepas minum rasa fresh sangat. Kalau malam, harus di elakkan minum, nanti kang mata segar pulak :). Cinch Tea Mix ni ada green tea, red tea & White tea.. Teh, selain sebagai anti oksidan yang baik, sangat bagus untuk meningkatkan metabolisma badan.






Pemecah lemak. Lecithin Shaklee diperbuat dari soya. Dengan Lecithin, mengelakkan lemak berlebihan yang kita ambil dari disimpan dalam badan. Dah makan Lecithin tak bermakna kita boleh makan lemak banyak2 yer. Kena ingat diri selalu, kalau nak kurus, 80% pemakanan & 20% senaman.


Lecithin


Punca penyakit dari perut.. iaitu apa yang kita makan. Cuba tengok kekerapan kita membuang najis. Sepatutnya sekurang-kurangnya sekali sehari. Jangan kurang darii tu. Herb-Lax semacam julap asli yang mencuci usus tapi tak menyakitkan. Malam makan, esok pagi boleh buang dengan selesa.



Yang ni sangat penting, sebab bila berdiet, sel badan kita kekurangan zat. Vita-Lea ada 28 jenis vitamin & mineral untuk memastikan tubuh badan kita tidak kehilangan zat yang sepatutnya. Lagipun Vita-Lea ni mengurangkan tabiat mencari jajan.. tak percaya tanya orang sebelah (kalau dia ambil Shaklee lah)
Vita_Lea ni penting untuk semua termasuk yang mengandung atau pun tidak





Tunggu apa lagi? hubungi saya ===> +6010-2251708

Rabu, 29 Oktober 2014

Jom Detoks


Assalamualaikum..

Pernah dengar kawan-kawan kita kata supplemen yang diorang makan tak berkesan? Atau kita sendiri pun pernah rasa. Masa mula-mula ambil supplemen dulu saya pun macam tulah juga. Kadang-kadang tu rasa geram jer, beli macam-macam supplement, tapi tak jadi apa. Badan terus sakit, kepala pening. Rupa-rupanya tertinggal satu step.. saya tak pernah detoks. Dalam usus ni dah bersarang segala benda.. Saya dah lupa bila kali terakhir saya makan ekstra fiber untuk bersihkan usus. fuhhh macam manalah nak serap segala vitamin & supplemen yang saya makan tu.

Jom tengok antara tanda-tanda badan kita dah penuh toksin..

Keletihan yang melampau
Kalau kita rasa letih walaupun cukup tidur, itu mungkin tanda tubuh kita berkerja keras untuk membuang toksin. Minum kopi atau makan mengambil makanan yang manis hanya menambah masalah. Masalah letih mungkin juga sebagai response gangguan hormon pada sistem imun

Lemak degil
Jika sukar menurunkan berat badan walaupun bersenam setiap hari & mengira kalori tetapi berat semakin naik kebarangkalian ada masalah hormon. Anehkan.. tetapi fungsi natural hormon boleh terganggu disebabkan toksin dari makanan / produk penjagaan diri.

Kulit gelap / hitam
Kulit gelap/ hitam macam kat celah-celah peha, bawah lengan, sekeliling pinggang
Nafas busuk
Nafas busuk biasanya berpunca dari masalah pencernaan, tak mustahil juga disebabkan hati sedang berkerja keras membuang toksin.

Sembelit
Usus kita dicipta Allah untuk membuang toksin setiap hari. Apabila sembelit, toksin sedang disimpan. Selain dari masalah sakit perut, sembelit boleh menyebabkan pening kepala,  sakit badan & keletihan

Sensitif pada bau
Jika reaksi anda pada bau  terutamanya wangian, kemungkinan anda sensitive juga pada bahan kimia. Kalau anda rasa sakit perut & pening kepala hanya kerana bau, ini mungkin masalah.

Sakit otot
Biasa sakit-sakit badan / otot sehari selepas senaman / aktiviti lasak? Kebarangkalian toksin sedang menyerang otot & sendi.. lebih-lebih lagi jika anda rasa kesakitan otot yang kerap

Masalah kulit
Jerawat, akne, ruam & masalah kulit lain menandakan pengumpulan toksin. Akne  boleh jadi berkait dengan toksin pada diet atau produk penjagaan kulit. Mata bengkak, eczema, psoriasis menandakan tubuh toksin sudah berada pada paras maksimum



Tips:
Bantu hati untuk detoks dengan mengambil sumber semulajadi seperti teh dandelion, milk thistle, daun parsley & cilantro (DTX Complex – Produk Shaklee khusus untuk detoks hati)
Minum banyak air – 1 liter bagi setiap 25kg
Bersenam membantu melancarkan darah sambil membuang toksin
Berus lidah
Pernafasan – bernafas dalam-dalam membantu membuang toksin melalui paru-paru (alkisahnya)
Gunalah produk penjagaan kulit yang bebas pewangi, sulfate, parabens & sebarang bahan yang berkemungkinan bertoksin
Pilihlah produk organik / semulajadi

Antara produk Shaklee yang disarankan khusus untuk detoks:




 Mengandungi esktrak biji benih Milk Thistle, artichoke, dandelion untuk membantu hati membuang toksin




Herb-lax
Mengandungi senna yang secara alaminya adalah julap. Herb-Lax membantu mencuci usus dari segala kekotoran yang bersarang & termendap pada dinding usus. Bila usus bersih, mudah khasiat diserap. 



Herb-Lax boleh diambil 2 - 3 kali seminggu

Jom detoks

Normala
+6010-2251708


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...