Rabu, 5 November 2014

Suplemen Masa mengandung

Assalamualaikum..
Tiba-tiba je teringat masa mengandung 2 anak yang pertama. Dulu memang tak makan suplemen masa mengandung yang klinik bagi. Malas ke, rasa tak sedapke.. ntahla. Belum ada kesedaran. Ampun anak-anak ibu. Masa mengandungkan anak yang ke-3, saya ambil obimin selama sebulan masa confirm mengandung (masa tu dah 5 minggu). Takut nak ambil lama-lama sebab pengalaman senior yang kata anak diorang besar makan obimin :p.  Lepas tu saya start makan royal jelly tiap-tiap hari. Besar jugalah.. lebih 3.5kg, tapi tak susah melahirkan dia.Alhamdulillah, anak yang ke-3 ni perkembangan dia berbeza dari kakak & abangnya disamping kekal menyusu badan selama hampir 2 tahun. Eh..eh. Bisnes Shaklee pun tak makan Shaklee yer. itu 7 tahun dulu.. belum kenal Shaklee lagi.
Oklah kot yang tak pernah tahu atau tak nak ambil tahu apa kenapa ibu hamil kena makan supplemen, jom baca. Sebelum baca tu, tengok gambar ni dulu.
 
Anencephaly - Salah satu dari akibat Neural Tube Defect
Tadi masa saya dok cari info pasal pre natal supplement, terbaca artikel pasal Neural Tube Defect (NTD) di blog Dr. Zubaidi. Kesiannya. Bayangkan ini anak kita. 9 bulan mengandung, tiba-tiba keluar takde tempurung kepala. Hancur luluh rasanya. Kalau ada yang rasa penyakit ni ada kaitan dengan masalah genetik (ni yang ada dalam kepala otak ni dulu), tau tak 95% baby yang kena kecacatan ni tak de masalah genetik atau ibunya tak pernah ada kes kehamilan yang serupa sebelumnya. Shocking?
Neural tube ni terbentuk sewaktu minggu ke 3 atau 4 kehamilan (hari ke -23 ~ 26 –primehealthchannel). Dari sel-sel sewaktu embrio, yang bergulung & bercantung hujungnya, sel ini akan membentuk neural tube &  membesar menjadi saraf tunjang. Jika kecacatan berlaku, sewaktu perkembangan neural tube, kesannya adalah pada saraf tunjang (NTD - Neural Tube Defects)
Sumber folate dari makanan

Punca utama NTD adalah kurang pengambilan folate & vitamin B12. Biasanya ibu-ibu mula makan suplemen / vitamin selepas buat booking aka buat buku merah kat klinik kan? Masa tu biasanya dah 3 bulan @ 12 minggu. Kalau yang baik sikit, bila buat ujian kehamilan kat klinik, biasanya dalam minggu ke-5 kot-kot doctor bagi. Jarang sangat la orang dah tau dia pregnant sebelum tu. Itu pun belum tentu makan. Mesti pening la, loya la, tak tahan bau lah. Ini cerita diri sendiri lah ni.
Antara tanda-tanda kecacatan NTD ialah kaki lumpuh, sebahagian atau keseluruhan badan lemah, masalah pembelajaran, pendengaran, penglihatan & pergerakan.Ada banyak lagi tanda-tanda lain. Sekali berlaku kecacatan neural tube, tak de u turn ya. Tak boleh repair, tak boleh perbaiki dengan ubat mahupun suplemen yang berharga mahal.
Spina bifida
Pengambilan folate perlu sebelum hamil lagi Supaya tubuh kita mempunyai cukup nutrien, sebaik-baiknya sewaktu merancang untuk hamil ataupun sebaik sahaja berkahwin.
Shaklee mencadangkan B-Complex. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuk B12 & asid folik yang penting untuk perkembangan neural tube. Ambillah setiap hari sebagai keperluan nutrien tubuh bukan saja untuk persediaan kehamilan.

Manfaat Shaklee B-Complex selain menghalang kecacatan sewaktu perkembangan janin:
  • Membantu metabolisma untuk tenaga
  • Meransang pertumbuhan kanak-kanak
  • Kesihatan kulit, rambut & kuku
  • Anti stress serta menguatkan antibodi tubuh
  • Mencegah anemia & penting untuk pembentukan sel darah merah
Baca lagi
Jom amalkan suplemen untuk masa depan.. hari ni mungkin tak nampak keperluannya tapi 10 atau 20 tahun lagi kita akan mensyukuri nikmat kesihatan.
Salam sayang semua. Esok pagi nak tambah 1 lagi suplemen harian untuk basic. B-Complex. Mujur ada sebotol lagi.
Normala
+6010-2251708

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...