Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan

Rabu, 16 September 2015

Kalsium Ostematrix



Ini salah satu produk hebat yang tak boleh tak ada di rumah. Tablet kalsium Ostematrix ni memang menambat hati ramai orang. Ada yang terus je cakap, nak terus ambil walaupun belum habis botol pertama.



Jom tengok manfaat Ostematrix:


  1. Untuk tulang, kuku, gigi & menghalang gejala osteoporosis
  2. kejang (cramp)/ kebas (semut2) 
  3. Membantu tidur lebih lena
  4. Sewaktu haid, mengambil kalsium bersama magnesium sewaktu haid didapati mengurangkan sakit & membantu proses buang air kecil mengikut kajian
  5. Bersifat alkali, untuk imbangan dalam badan
  6. Menghindar gastrik
  7. Sumber vitamin D, menghalang penyakit riket

1 biji ostematrix adalah bersamaan dengan kalsium dari segelas susu. Ambil 4 biji setiap malam sebelum tidur untuk keperluan kalsium harian sebanyak 1000mg.



Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Khamis, 10 September 2015

Cegah Jangkitan Selsema

Masa-masa jerebu ni, ramai yang ada masalah alahan kena jangkitan selsema



  • Ikan terutamanya ikan seperti Salmon, Tuna & makarel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 yang mengurangkan keradangan.
  • Zink sangat mujarab untuk melawan demam selsema. Masalahnya ramai yang tidak mengambil sumber Zink yang secukupnya dari makanan.




  • Cendawan membantu menggalakkan sistema imun & kaya dengan pottasiun, vitamin B & serat
  • Makanan kaya dengan beta-carotene untuk Vitamin A yang meningkatkan sistem imun




  • Selain menyedapkan makanan, alisin di dalam bawang putih membekalkan anti-oksidan 
  • Makanan yang diperkayakan dengan vitamin D seperti susu, jus oren & bijirin



Kalau kita mampu untuk semua jenis makanan ni sehari, takde masalah, tapi hakikatnya tak macam tu. Itulah pentingnya suplemen untuk mencukupkan keperluan vitamin & mineral seharian.


Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi & diperakui selamat dengan lebih 100,000 ujian klinikal setiap tahun. 

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Sabtu, 29 Ogos 2015

Wanita Istimewa

Khas untuk wanita-wanita istimewa, jagalah kesihatan kita sebaik mungkin.

Setiap satu sebagai rencah kehidupan

Kenapa istimewa sangat? Kitalah


  • Pemandu bas sekolah
  • Master Chef
  • Cikgu bahasa, matematik, fizik, engineering
  • Pekerja sepenuh masa
  • Doktor
  • Jururawat
  • Pakar imej
  • Pakar motivasi
  • Pakar kritik
  • Pengurus

Ada lagi?...

Untuk wanita istimewa


Dapatkan suplemen ini dengan segera wahai wanita istimewa!

Normala
Pengedar Shaklee Melaka

Isnin, 24 Ogos 2015

2 Petua Untuk Sembelit

Berikut cara yagn dicadangkan saya cedok dari majalah iSihat.

Cara 1: Campurkan jus lemon & minyak zaitun. Minum campuran tersebut



Lemon - Melncarkan pencernaan & mencairkan lemak. Selain itu lemon kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan imuniti tubuh bagi menentang penyakit. Lemon dalam air panas/suam berupaya mengikut kajian mengurangkan risiko kanser




Minyak zaitun membantu meredakan keradangan pada usus serta membantu melancarkan proses pencernaan.



Cara 2: 1/4 sudu garam, larutkan dengan air & minum air tadi


Garam juga membantu melarutkan lemak & melancarkan pencernaan.


Madu

Makanan sunnah ini terkenal dengan sifat antibakteria & mempunyai enzim-enzim penting untuk tubuh. Untuk bayi / kanak-kanak boleh cuba bancuh dengan air.

Selain itu pengambilan Ostematrix setiap malam sebelum tidur juga boleh membantu masalah sembelit. Bagi kanak-kanak, amalkan Meal Shakes yang merupakan multivitamin terbaik.

Multivitamin & mineral Meal Shakes

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka


Sabtu, 22 Ogos 2015

Tidur tak lena

Salam..

Pernah tak rasa lesu bila bangun tidur? Tak cukup tidur antara puncanya. Kadang-kadang kita rasa sakit-sakit badan bila baru bangun dari tidur. 


Kalau dapat tidur lena macam ni, 2 ke 3 jam pun dah cukup sebenarnya



Kalau ada rasa seperti ini, patut cuba ambil suplemen Ostematrix ni.

4 biji setiap malam untuk tidur yang lena


Manfaat Ostematrix:

  • Melegakan sembelit
  • Membantu wanita mudah bersalin
  • Menguatkan tulang
  • Cegah obesiti
  • Elakkan kanser kolon
  • Melenakan tidur malam
  • Mencegah batu karang
  • Membantu kesihatan gigi & gusi
  • Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran & kemurungan


Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Khamis, 13 Ogos 2015

Shaklee YES - Set Berpantang Shaklee

Salam.. Untuk entry kali ni, jom tengok Set Berpantang Shaklee. Bagi ibu yang telah bersalin, ini panduan khusus buat anda bagi memilih khasiat terbaik untuk memulihkan diri selepas 9 bulan mengandung dalam masa yang sama menyusu bayi baru lahir dengan kebaikan semulajadi.

Kenapa saya sarankan ibu-ibu selepas bersalin ambil produk ni?

  • Membantu memulihkan luka ibu selepas bersalin
  • Memberikan keperluan protien yang cukup untuk pembentukan & pemuliharaan tisu tubuh ibu & susu bagi anak
  • Membantu menambah & memekatkan susu ibu
  • Membantu mengembalikan bentuk badan ibu seperti selepas bersalin
  • Mencantikkan kulit
  • Mengelakkan osteoporosis
  • Membekalkan keperluan DHA untuk perkembangan otak bayi
  • Membekalkan 100% keperluan vitamin & mineral penting untuk kesihatan keseluruhan
  • Membantu ibu lebih bertenaga
  • Melawaskan pembuangan / mengelak sembelit

Hubungi +6010-2251708 untuk dapatkan produk ini


Set ini terdiri dari:

  1. ESP 
  2. Alfalfa
  3. Vita-Lea
  4. Omega Guard
  5. Ostematrix
  6. Vita C SR



Isnin, 10 Ogos 2015

Shaklee YES - Set Hamil

Salam.. Selain Healthy Fitness & Healthy Young, ada dua lagi set yang wajib kena ambil dengan penjimatan berbaloi ni. Yang ni untuk bakal mak pula.. Set Hamil.

Set YES Pre-Natal


Dalam set ni pun ada 6 produk:

ESP
- Sumber protien 
- Tiada kolestrol untuk Kesihatan jantung
- Mengekal otot, memperbaiki tisu
- Mengekalkan paras gula dalam darah
-Rendah glisemik, membantu ibu hamil kurang lapar pada selang waktu makan(sebagai snack)

MInyak Ikan dlam Omega Guard bebas dari racun / logam berat seperti plumbum & merkuri


Omega Guard
- mengandungi EPA & DHA keperluan untuk perkembangan otak janin

Selain untuk sistem imun & kulit, Vitamin C juga penting untuk tulang & gigi


Vita –C Plus 
- menguatkan imun
- kulit yang cantik

B-Complex
- Mengandungi 8 Vitamin B
-  Membantu tubuh menukar protien, lemak & karbohidrat kepada tenaga
- Membantu pembentukan sel darah merah 
- Mengurangkan symptom morning sickness

Vita-Lea
-  Memastikan ibu mengandung mendapat kesemua khasiat yang tidak diperoleh melalui makanan
Vit B untuk metabolisma badan
-  Asid folic pertumbuhan bayi
-  Iron mengelak anemia/ kekurangan darah merah
-           

Ostematrix
- sumber kalsium untuk tulang & gigi
- Mengelakkan kekejangan (cramp)
- tidur lena
- tidak sembelit / melawaskan pembuangan


& yang lagi penting, semua produk ni boleh ambil waktu berpantang. Jimat kan?


Hubungi saya +6010-2251708

Rabu, 4 Februari 2015

Tak cukup tidur??

Assalamualaikum... Lama tak bersiaran. Ke laut..ke darat... Apa-apa pun boleh lah ye. Terima sepenuh hati. Redah & redha. :P

Sempena entry comeback ni saya nak cerita pasal Ostematrix. Ini antara produk awal yang saya ambil. Asal-asal dulu saya ambil Ostematrix sebab risau tulang rapuh. Saya tak minum susu. Lepas tu gusi asyik berdarah. Takut juga kalau-kalau gigi hilang semua. Bukan apa dalam sejarah keluarga, mak dah pakai gigi palsu masa umur pertengahan 20an. Masalah gusi jadi doktor nasihat cabut semua gigi.

Tapi sekarang... Selepas hampir 9 bulan saya ambil Ostematrix bukan soal kalsium je. Sejak saya ambil Ostematrix ni, kalau ada yang mengadu penat atau tak cukup tidur, automatik Ostematrix yang terpacul dari mulut saya. Macam mana pun saya akan advise kawan ambil Ostematrix bersama-sama dengan Vita-Lea & B Complex. 

Nak tau kenapa? Tidur. Selalu kita letih sebab tak cukup tidur. Kadang tidur lama tapi tetap penat. Maknanya tidur kita tak berkualiti. Jumlah tidur yang disarankan 6 ke 8 jam untuk orang dewasa. Tapi ada orang bila bangun pagi tetap segar walaupun tidur cuma 2 ke 3 jam sehari.

Tapi kenapa Ostematrix?? Ostematrix meransang tidur yang lena. Bila tidur kita lena badan confirm akan rasa segar pagi esoknya. Rasa tak sakit-sakit badan bila bangun pagi? Ambil Ostematrix.. Insyaallah tak rasa macam tu. 



Saya tak pernah tinggal Ostematrix sejak hari pertama ambil. Malah waktu saya out station pun mesti bawa Ostematrix. Penting sangat.

Jadi kalau rasa macam selalu penat tu... Ambillah Ostematrix ye. Pasti tak menyesal.

Bulan ni promosi Ostematrix.. Saya dah bayangkan nak buat stok untuk mak sekali. Mak pun dah tak boleh tinggal Ostematrix ni ;-)

Normala
+6010-2251708 
Pengedar Shaklee Melaka

Sabtu, 22 November 2014

Simpul biawak

Assalamualaikum... Siapa biasa kena simpul biawak aka cramp? Sakitkan? Kalau dulu-dulu masa belajar kena biasanya masa exercise. Puncanya tentulah jurulatih kata sebab tak buat stretching sebelum bersenam.

Paling teruk kena masa pregnant. Bila kena tengah malam, habis digegar orang sebelah hehe. Dia punya sakit.. Allah saja yang tahu. Padahal bukan tak pernah kena, tapi kena time pregnant tu lagi teruk rasanya.

Simpul biawak ni selalu menyerang waktu sejuk & berkait dengan masalah otot yang menegang. Kekurangan kalsium & mineral magnesium di waktu mengandung terutamanya pada penghujung kandungan. 

Cuba luruskan kaki dengan menarik hujung jari kaki ke depan. Boleh minta tolong orang sebelah ye. Jangan bagi dia tidur je walhal kita tengah sakit.

Selain betis, boleh juga cramp pada tapak kaki


Lagi satu petua, waktu mengandung ni pakai la stokin. Dulu masa mengandung anak ke-2 saya mula pakai stokin bila tahu je mengandung. Punyala serik kena masa mengandung sulung tu. Memang kurang la kena, tapi kadang-kadang tu kena juga.

Tips untuk mengelakkan terjadi simpul biawak:

  • Minum banyak air
  • Elakkan alkohol (haram for muslim)
  • Makan makanan berkhasiat yang kaya dengan mineral seperti kalsium, pottasium & magnesium (terutamanya bagi wanita mengandung) 
  • Lakukan senaman regangan setiap hari
  • Ambil multivitamin

Shaklee produk

Ostematrix juga membantu tidur yang lena
Ostematrix membantu melegakan masalah simpul biawak. Ostematrix mengandungi kalsium & magnesium yang diperlukan tubuh terutamanya bagi ibu mengandung. Gejala kekurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis yang mungkin kita cuma sedar bila dah terlalu lewat.

Normala

Khamis, 20 November 2014

Nak ambil suplemen apa??


Assalamualaikum….
Masih tertanya-tanya nak ambil suplemen apa?? Berikut jawapan Dr. Oz yang terbit di web Oprah. Dah lama rasa tak tengok rancangan Dr. Oz Show… miss it.


Suplemen
Keperluan / Manfaat
Multivitamin
  • Membekalkan keperluan vitamin yang kurang / tidak diambil secara terus
  • Sekurang-kurangnya 10 jenis vitamin (A,C,D,E,K) & mineral (Pottasium, Zink, Iodin). Iodin penting untuk jantung, tiroid & organ penting lain
 
Omega-3 / Minyak Ikan
  • Meransang otak, melindungi jantung & arteri, melawan kedutan & melancarkan sendi.
  • 60% tisu otak dibentuk dari asid lemak.
  • DHA mengikut kajian juga penting sebagai anti stress
  • Berikut 3 jenis asid lemak Omega-3 dan sumbernya
  • ALA (Alpha Linelinic Acid) terdapat pada walnut
  • DHA (Docosahexaenoic Acid, EPA (Eicosapentaenoic Acid). DHA & EPA paling banyak didapati dari minyak ikan
  • Asid lemak Omega-3 tidak dihasilkan tubuh

Kalsium & magnesium
  • Mengelakkan osteoporosis
  • Memastikan kesihatan tulang & otot (kalau yang pregnant penting ni untuk elakkan simpul biawak / cramp)
  • Magnesium mengelakkan sembelit yang disebabkan oleh kalsium (jadi minum susu sahaja tak cukup!)
  • Ambil kalsium dengan sekurang-kurangnya 1 gelas air
  • Elakkan 1-2 jam dari waktu pengambilan multivitamin.
 
 
 



So apa lagi… jom tengok apa yang ada kat dapur kita. Ada ke tak? Menurut Dr. Oz, ini yang asas. Lain daripada tu, tengok la keperluan kita, yang nak kurus, kurang makan protien, faktor umur atau ada masalah kesihatan lain. Tiap-tiap hari wajib ambil tu bukan sebulan sekali yer.. 

3 suplemen asas yang disarankan
 
Promosi Omega Guard bulan ni.. rugi tak beli. 1 botol cukup untuk sebulan.
  • Beli 2 botol diskaun 5%.
  • Beli 6 botol free 1 botol, free membership, bonus RM32++

Ahad, 12 Oktober 2014

Advance Joint Health Tablet

Assalamualaikum..

Biasa tak bila bergerak, nak mula bangun dari duduk rasa sakit / sengal pada lutut? Pinggang?.. Belum lagi leher. Siang tadi pergi jenguk 'Home Fair". Baru tau kata ada tilam yang diorang buat dari 'Memory Foam'. Span bio sebenarnya buat dari minyak sawit. Memang selesa kalau baring.

Cerita pasal tulang ni kan.. bayi bila lahir ada 270 tulang.. bila dah dewasa cuma tinggal 206 bahagian tulang. Bayangkan bahagian tualng ni kalau tak de sendi yang menyambung. Macam mana agaknya nak membongkok, duduk.. Nak gerakkan jari untuk pegang sudu pun tak tau la macam mana. Indah ciptaan Allah.

Struktur sendi yang terdiri daripada tulang, rawan(cartilage), ligamen & cecair sinova

Tulang rawan melindungi tulang kita dari bergesel manakal cecair sinova melicinkan pergerakan. Sesuatu yang tak dapat dielak.. umur. Selagi namanya manusia, umur dah tentu meningkat. Secara semulajadinya tulang rawan akan menyusut. Tekanan/bebanan fizikal turut menyebabkan tulang rawan menyusut lebih cepat.

Kesan dari ketidakselesaan sendi


Produk Shaklee khusus untuk meningkatkan keselesaan sendi & pergerakan


Kandungan AJHT

AJHT sebaiknya diambil bersama vitamin C yang membantu membina kolagen (struktur utama rawan) & kalsium bagi memperbaiki kesihatan tulang.


Hubungi +6010-2251708

Khamis, 25 September 2014

Hemorrhoids (Buasir)

Hemorrhoids?? Buasir... bengkak pada salur darah Hemorrhoids ni ada 2. Dalaman & luaran Dalaman – Bengkak salur darah pada bahagian dalam anus (biasanya boleh menyebabkan pendarahan) Luaran – Bengkak salur darah pada bahagian bukaan anus (bengkak salur darah ini terkeluar & menyebabkan ketidakselesaan pada pengidap).

Gambar yang menunjukkan perbezaan antara buasir luaran & dalaman


Buasir terjadi apabila ada tekanan pada salur darah. Mengandung & bersalin adalah antara punca2 terjadinya buasir. Untuk kes sembelit yang teruk, meneran menyebabkan tekanan pada salur darah yang bengkak ni & berdarah. Cara yang terbaik untuk mengelakkan sembelit yang membawa kepada buasir tentulah dengan menjaga pemakanan. Kurangkanlah makanan berminyak, dan pedas, ambillah lebih fiber (sayuran, buahan), tapi tak dinafikan sebenarnya pengambilan sayur dikalangan kita sebenarnya jauh dari mencukupi.

Set suplemen bagi membantu masalah buasir

Bagi yang nak ambil supplemen, boleh cuba 3 produk Shaklee ni: Zinc Complex – merawat luka dari dalam, luka cepat sembuh (baik juga untuk ibu selepas bersalin) Ostematrix – Selain sumber Kalsium & Vitamin D, Ostematrik melancarkan pembuangan air besar & mengelak sembelit. Jadi takdelah proses meneran yang teruk tu.. insya Allah. Omega Guard – kaya dengan Omega-3 yang memang terbukti secara klinikal mengelakkan keradangan. Ambil Omega Guard untuk menyurutkan bengkak pada salur darah disamping memperbaiki kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Nak??

Normala
+6010-2251708
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...