Memaparkan catatan dengan label Phytocol-ST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Phytocol-ST. Papar semua catatan

Sabtu, 8 November 2014

Oat vs Shaklee

Kadang- kadang kita jumpa orang yang pelbagai ragam. Ada yang dah kata orang tahap kritikal pun masih tak kisah. Macam orang yang menaip ni ha.. Dah tahap 'kritikal' berat ni, tapi still takde disiplin bab makan-makan. Tapi ambil juga la Lecithin & Alfalfa. Takut juga terbabas berlebihan.

Hari tu kawan kat pejabat beritahu yang keputusan kolestrol dia dah maksimum. Nampak dia risau. Kurus je orangnya. Baru awal 30an. Saya bagitahu suruh ambil oat je. Tak suggest pun Shaklee walaupun dia memang beli Shaklee dari saya. 

Manfaat Omega-3 dalam Omega Guard


Bukan tak nak jual, tapi rasanya dia belum perlu. Dulu pun saya ambil oat beberapa bulan untuk turunkan balik kolestrol. 

Tiba-tiba semalam datang jumpa saya nak beli Lecithin. Katanya tak boleh tahan bau oat. Abang iparnya bagitahu Lecithin boleh pecahkan lemak. Betullah tu, tapi lebih baik Omega Guard. Omega Guard boleh melancarkan perjalanan darah. Kalau dah over limit kolestrol baru kita cadangkan Phytocol-ST. 

Nampak kerisauan dia. Padahal baru maksimum. Fikir-fikirkan...

Nota kaki: bulan ni ada promosi Omega Guard. Beli 6 botol, Shaklee bagi free 1 botol lagi. Beli 2 botol, dapat diskaun 5%. Apasal pemurah sangat ni??? 


Selasa, 7 Oktober 2014

Kolestrol

Kolestrol adalah sejenis lemak(lipid) dalam darah. Sel kita sebenarnya memerlukan kolestrol. Kolestrol dihasilkan dalam badan & juga melalui makanan yang kita ambil setiap hari.  Terlalu banyak mengambil kolestrol, akhirnya kolestrol akan mendap pada dinding arteri. Bila umur makin meningkat proses pemendapan akan jadi lebih teruk.. hrmm banyak risiko bila umur meningkat ni.
3 jenis kolestrol dalam badan adalah LDL (kolestrol jahat), HDL (kolestrol baik) & triglycerides - sejenis lemak dihasilkan dalam badan apabila kita makan makanan tinggi karbohidrat & manis. Kalau ambil tak banyak, jadi tenaga.. terlebih perut yang ke depan.  Risiko serangan jantung lagi tinggi bila seseorang tu mempunyai tinggi kandungan LDL & triglycerides.
 
Bayangkan paip sinki yang tersumbat dengan minyak / sisa makanan.. macam tulah salur darah. Darah takkan dapat mengalir dengan sempurna, mengurangkan jumpah darah yang mengalir ke tisu & jantung.

Punca kolestrol:
  • Makanan – Lemak trans, lemak tepu
  • Lebih berat badan
  • Tidak aktif
  • Umur – kolestrol meningkat apabila umur mencecah >20
  • Keluarga / family history
  • Hyprothroidism pun boleh meningkatkan kolestrol (biasa dengar diorang cakap penyakit tiroid)
Langkah penurunan kolestrol:
  • Diet sihat
  • Turunkan berat badan (juga membantu turunkan tekanan darah) - tak bermakna kurus takde kolestrol pulak
  • Exercise
  • Berhenti merokok
  • Tambah phytosterol dalam diet harian

Sumber makanan mengandungi sterol. Banyak sebab, phytosterol hanya wujud dalam jumlah yang sedikit. Jadi kena makan dengan jumlah yang banyak untuk dapat 2000mg tu.

Phytocol-ST adalah produk Shaklee khusus untuk merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Setiap hidangan Phytocol-ST membekalkan 2000mg phytosterol.
Phytosterol adalah sterol & sterol tumbuhan.
Phytosterol bertindak seperti span yang menghalang pemendapan kolestrol LDL. Ia akan menyerap kolestrol & membawa keluar dari badan


Order hari ini..

Normala
+6010-2251708
Shaklee Ayer Keroh, Batu Berendam, Rembia Alor Gajah
Pos laju seluruh Malaysia

Sabtu, 9 Ogos 2014

Ada Apa Dengan Lemak Trans


Lemak Trans
Assalamualaikum..
Kecoh sikit pasal bunting ni.. ramai yang share. Saya nampak di facebook.. lepas tu ada pulak kawan-kawan share di whatsapp. Yang agak mengejutkan bab susu baby tu. Allah.. Nampak gayanya shopping akan jadi lebih lama yer Encik Somi.. kita nak check label :p.. Dah lama juga kita tau tentang beza marjerin (lemak sayur yang melalui proses hidrogenasi) dan mentega (lemak susu). Ada yang kata mitos atau sekadar propaganda… tapi sebenarnya proses penghidrogenasi bertujuan memanjangkan hayat makanan. Agak2 natural ke makanan tu lagi? Kita bukan bercerita soal makanan diperam dengan garam atau di keringkan secara semulajadi tetapi ada bahan kimia lain yang digunakan. Lemak sayuran yang ditambah atom hidrogen menjadi lemak trans atau separa pejal (marjerin).
Lemak trans boleh mengurangkan paras HDL(kolestrol baik) & meningkatkan kadar LDL(kolestrol jahat). Penurunan kadar HDL boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Lemak trans juga boleh menyebabkan insulin menjadi tidak efektif so diabetic please watch out. Sebagai alternatif, gunalah  minyak zaitun, minyak canola, minyak bunga matahari atau minyak jagung. Elakkan menggunakan minyak masak lebih dari sekali. Minyak sawit pun elok juga dengan kandungan vitamin E. Apa-apa pun jangan berlebihan. Baca lagi di sini
Lemak trans masih wujud secara semulajadi.. memang susah nak dielakkan terus, Cuma boleh dikurangkan.  Ada beberapa produk Shaklee yang boleh diambil untuk kurangkan lemak & kolestrol yang merbahaya ni..
Lecithin, Omega Guard & Phytocol-ST.


Lecithin berfungsi sebagai pembakar lemak yang diambil. Nak mantain kurus.. ambil la Lecithin. Selain kurus & pembakar lemak Lecithin membantu masalah pelupa dikalangan ibu2 lepas bersalin.. Mommies mesti perasan. Hari tu, ada adik kat office ni mengadu dia jadi lebih kerap lupa. Sampai dah tinggalkan dapur tak bertutup.. bahaya tu. Saya pun pernah juga camtu hehe.

Pythocol-ST

Omega Guard adalah Omega-3. Minyak ikan dari laut dalam (bukan minyak hati ikan atau fish liver oil). Kebaikan Omega Guard seperti pencegahan penyakit jantung & mengawal kadar kolestrol
Phytocol-ST khusus untuk menurunkan kadar kolestrol. Phytocol-ST membekalkan 2000mg fitosterol bagi pengawalan serangan jantung, stroke, tekanan darah tinggi dan hati berlemak.

Normala
SID 1113002

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...