Memaparkan catatan dengan label Basic H. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Basic H. Papar semua catatan

Khamis, 17 September 2015

Jimat Dengan Basic H

Semalam cuti Hari Malaysia, kitorang buat operasi pembersihan rumah. Habuk yang dah seinci kat atas almari tu kena bersihkan. Tak tahan hidung ni. Dah lah alergi.
Saya panggil orang tolong bersihkan rumah. Sebenarnya ni pertama kali saya panggil orang tolong. Biasa buat sendiri. Faham-faham lah bila buat sendiri nak cepat, buat yang penting-penting je. Jadi saya sub kat dia untuk tolong saya cuci habuk, tingkap, pintu gelongsor  & mop lantai.

Dapur & bilik air saya cuci sendiri. Husband & anak-anak tolong kemas kat ruang tamu sebelum Mar (ni nama orang yang datang tu) vacuum & mop lantai. Sebelum Mar mop lantai, saya sendiri siapkan botol penyembur air & air dalam baldi untuk mop, tapi dia tak cakap apa pun. Masa dia mengemop tu, saya jenguk kat bilik & terus Mar beritahu. “Bersih lantai.. tadi akak letak sikit sangat” Hehe.. saya senyum jerlah.

Macam-macam pencuci toksik & bahan kimia kat rumah yang merbahaya


Memanglah kalau guna Basic H guna sikit jer. 1 sudu besar cukup untuk mop satu rumah. Untuk cuci tingkap & pintu kaca, saya letak 5 titik untuk 1 botol air. Sembur, lap dengan kain. Insyaallah bersih. Kalau ada makanan / air tumpah kadang-kadang tu saya suruh budak-budak lap sendiri je. Tak risau sebab bukan bahan beracun pun.

Tandas & bilik air pun boleh guna baki air mop dengan Basic H tadi, memang bersih. Biasa saya cuci bilik air sebelum mandi. Sembur, lepas tu berus lebih kurang & bilas. Tak sampai 10 minit pun, buat seminggu sekali cukup dah.

Basic H pencuci serbaguna


Basic H ni lah saya guna sejak tahun lepas. Dulu ada jer, yang lantai lain, bilik air lain, mangkuk tandas lain. Sejak saya guna Basic H, saya guna untuk mop lantai, cuci tingkap, bilik air, tandas, lap perabot, dapur masak malah oven masak tu pun saya cuci dengan Basic H. Tak lupa.. Anak-anak cuci kasut sekolah dengan Basic H. Semua malas nak berus teruk-teruk.

Suka sangat sebab tak de bau yang tak menyenangkan & tak perlu nak tonyoh sangat. Jimat masa. 

Lagipun Basic H ni bahan pencuci organic & diperbuat dari jagung. Tiada bahan kimia jadi tak risau merosakkan tangan kesan pada kesihatan. Basic H adalah pencuci serbaguna organic dengan pH yang seimbang untuk kulit & selamat untuk persekitaran. Kalau siram ke pokok pun takde masalah.

Belum cerita pasal harga lagi tu. Sebotol Basic H, berharga RM39.22 dan saya sendiri guna lebih dari 6 bulan. 

Normala
Pengedar Shaklee Melaka

Jumaat, 20 Mac 2015

Tip mencantikkan oven

Ini tip ringkas untuk cantikkan kembali oven yang dah berkarat. 

Bahan-bahan:
1 sudu Basic H

Cara-cara:
Campur Basic H dalam 1 botol air. Kalau nak senang pakai je botol spray.







Spray, lepas tu gosok je dengan berus dawai yang kita guna untuk basuh periuk tu. Dah siap, boleh lap dengan kain sampai kering. Senang kan? 

Sekian tip hari ini :P

Selasa, 28 Oktober 2014

Laksamana Do Re Mi

Sayur konon.. Mana rumput dia pergi kutip.. Sayur konon. Hehe. Siapa tahu? Apa lagi cerita P. Ramlee Laksamana Do Re Mi la.

Ha rendam dalam 5 ke 10 minit pun cukup

Biasa tak beli sayur, lepas tu dah layu. Ha.. Ni ada tips. Kalau nak segarkan balik sayur tu sebelum masak, rendam dengan Basic H, pencuci serbaguna Shaklee. Lepas rendam memang segar. Lagipun rendam dengan Basic H sambil tu cuci segala bahan kimia yang diorang guna sebagai racun perosak tu.

Aiseh.. Lupa pula ambil gambar lepas rendam. Dah tak sempat, nak masak. Lain kali top up yer ;)

Bukan setakat cuci sayur, tengok cerek I tu.. kilat. 

Tak mahal mana... Cer whatsapp +6010-2251708

Sabtu, 18 Oktober 2014

Tips mencuci

Tips mecuci dapur.

1 sudu kecil Basic H
1 botol spray 
Campur dengan air, kasi penuh.

Spray, spray, spray. Lap dengan kain. Bersih. Tak berminyak.. Tak sampai pun 5 minit.


1 botol spray ni tak habis pun. Nanti boleh pakai untuk cuci bilik air pulak

Sebelum ni leceh kerjanya.. Lap dulu minyak-minyak pakai tisu, kain buruk, bilas dengan air sabun, lepas tu lap lagi pakai air biasa. Dahla lambat, banyak pulak pakai tisu, sabun. Tu yang malas tu


Dah siap bolehla goreng cucur pulak.


Abaikan yang terkopek-kopek tu. Dapur dah 10 tahun. Banyak jasanya



Khamis, 9 Oktober 2014

Rawatan Alahan di Rumah

Assalamualaikum.. Selalu bersin? Allergic kot? Cuba perhati. Kalau kita kerap bersin tanpa berhenti boleh jadi ada masalah alahan. Ada yang alah pada makanan, ramai juga yang alah pada persekitaran. Tak boleh banyak habuk.


Jom tengok cara2 merawat alahan di rumah.
   
  • Buka tingkap. Pastikan udara bersih masuk. Kalau ada budget lebih bolehla beli penapis udara / pasang air cond yang boleh menapis 90 ke 95% partikel dari udara dalam bilik / rumah
  • Terapi herba – Alfalfa Complex adalah herba semulajadi yang sangat baik untuk mengatasi masalah alahan
    Alfalfa Complex
  • Mandi pabila pulang ke rumah & tukar pakaian – yer lah kita pun tak tau apa yang melekat pada pakaian / tubuh kita bile berada di luar kann
  • Vitamin D – Kajian menunjukkan kekurangan vitamin D mungkin menggalakkan syptom alahan. Jumlah yang disarankan 200IU setiap hari. 
  • Ambillah minyak / lemak ikan seperti tuna & salmon.
    Shaklee Omega Guard
  • Pakai topeng muka bila di luar – yang terbaik ialah N95
    Mask cam ni tak aci yer..
  • Diet sihat – makan lebih banyak sayur / buah segar
  • Guna Nasal Rinse – ubat pencuci hidung membantu memcuci hidung dari mucus / lendir & bakteria (Bagi yang muslim – disarankan memasukkan air / mencuci hidung sewaktu mengambil wuduk, kan ada hikmahnya tu)
  • Minum banyak air – Yang tak suka minum air, boleh minum jus buah @ boleh juga minum teh / sup panas. Wap panas dari teh / sup tu akan membantu melegakan hidung yang tersumbat
  • Bersihkan habuk disekitar rumah, tempat tidur / tempat berkerja – Mencuci dengan pencuci berkimia kadangkala mengakibatkan lebih masalah bagi yang memang mempunyai masalah alahan. Alternatif, gunalah produk organik / semulajadi seperti Shaklee Get Clean. Kalau rajin nak buat sendiri boleh campur cuka & baking soda (yang tak rajin beli Shaklee Get Clean dengan saya)
    Basic H - Tanpa kimia, selamat & boleh digunakan untuk lantai, mencuci sayur & buah, serta barangan keperluan bayi.. senangkan!
  • Guna wap panas – boleh juga campur dengan sedikit vicks. Tutup kepala dengan tuala & sedut wap tu. InsyaAllah lega

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...