Memaparkan catatan dengan label Zinc Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zinc Complex. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2015

Khasiat Untuk Rambut

Salam korang..

Tiada protein.. tiadalah rambut

Ada 22 jenis asid amino yng membentuk protien & rambut mempunyai 19 asid amino. Bermakna rambut adalah kategori protein lengkap. Sayang sangat sebab kita selalu mengabaikan pengambilan protein. Kurang pengambilan protein atau kualiti protein yang kita makan akan menyebabkan rambut mudah rapuh, gugur & kusam (bukan kulit je kusam).
Korang tau tak, manusia mempunyai kira-kira 120 ribu helai rambut & hilang hampir 100 helai setiap hari. Jadi, jangan dok lompat sangat bila rambut gugur.

Jom lihat apa lagi yang penting untuk rambut:


  1. Lecithin - setiap rambut mempunyai folikel sendiri. Di sinilah terletak akar rambut kita. Pernah tak dengar, dulu-dulu orang tua-tua ernah cakap, kalau nak cabut rambut, jangan sampai tecabut akarnya, nanti rambut tak tumbuh semula. Balik kisah folikel rambut ni tadi, di folikel ini tersimpan nutrien penting untuk rambut tumbuh termasuk sebum berminyak. Lecithin membekalkan asid lemak penting untuk melancarkan pertumbuhan rambut dari folikel.
  2. B Complex untuk rambut yang kuat & warna lebih sekata. B Complex selain membantu rambut tumbuh sihat, tidak mudah putus ia juga membantu mengekalkan warna rambut, jadi melambatkan rambut beruban.
  3. Vitamin A / Beta Carotene perlu di ambil bersama B Complex untuk rambut lebih bersinar.

Nutrien lengkap untuk rambut


      4.  Zinc juga membantu mengurangkan jumlah rambut gugur kerana khasiatnya.

Normala
Pengedar Shaklee Melaka


Khamis, 10 September 2015

Cegah Jangkitan Selsema

Masa-masa jerebu ni, ramai yang ada masalah alahan kena jangkitan selsema



  • Ikan terutamanya ikan seperti Salmon, Tuna & makarel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 yang mengurangkan keradangan.
  • Zink sangat mujarab untuk melawan demam selsema. Masalahnya ramai yang tidak mengambil sumber Zink yang secukupnya dari makanan.




  • Cendawan membantu menggalakkan sistema imun & kaya dengan pottasiun, vitamin B & serat
  • Makanan kaya dengan beta-carotene untuk Vitamin A yang meningkatkan sistem imun




  • Selain menyedapkan makanan, alisin di dalam bawang putih membekalkan anti-oksidan 
  • Makanan yang diperkayakan dengan vitamin D seperti susu, jus oren & bijirin



Kalau kita mampu untuk semua jenis makanan ni sehari, takde masalah, tapi hakikatnya tak macam tu. Itulah pentingnya suplemen untuk mencukupkan keperluan vitamin & mineral seharian.


Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi & diperakui selamat dengan lebih 100,000 ujian klinikal setiap tahun. 

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Ahad, 16 Ogos 2015

Ulser perut

Salam.. Sambung entry kelmarin mengenai ulser.

Ulser perut / ulser peptik (Peptic Ulcer Disease, PUD) bahasa ringkasnya luka dalam lapisan perut kerana hakisan dari asid perut. 

Sakit perut yang sering dianggap biasa / angin mungkin ulser


Penyebab ulser perut / usus:

  1. Jangkitan Helicobacter Pylori (H.Pylori)
  2. Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan seperti ibuprofen & aspirin

H. Pylori dikatakan boleh berjangkit melalui makanan, air atau sentuhan.

Selain dari 2 sebab di atas, ulser boleh jadi lebih buruk dengan cara kehidupan seharian seperti merokok, alkohol & stress. 

Cuba kawal stress sebaik mungkin untuk mengelakkan ulser jadi lebih teruk


Tanda-tanda ulser perut:

  • Sakit berterusan pada bahagian bawah & atas perut. Rasa sakit boleh berterusan beberapa jam datang & pergi tanpa pesakit sedar
  • Kembung / banyak angin, terasa seperti gastrik boleh jadi lebih teruk jika perut kosong / lapar

Selain itu ada juga pesakit yang menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • Najis hitam
  • Muntah darah
  • Rasa mual / muntah-muntah
  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya
  • Sakit dada

Cara mengesan ulser:
Ujian darah bagi mengesan kehadiran virus Helicobacteria Pylori (untuk pengetahuan ujian ini tidak sama dengan ujian darah yang normal)
Ujian pernafasan (Urea Breath Test)
Doktor mungkin akan melakukan ujian endoskopi untuk melihat usus / perut

Oleh kerana ulser ni berkait dengan perut & usus, makanan memang boleh memulih / memburukkan lagi keadaan. 

Kawalan diet bagi pesakit ulser perut:
Elakkan kopi, walaupun decaf coffee, say no..no coffee. Kopi ni berasid jadi kena elakkan. Kang lagi kembung la pulak.
Merokok / alkohol
Kawal pengambilan makanan berlemak atau pedas
Elakkan susu (biasa yang kena gastrik pun doktor akan suggest minum soya)
Dapatkan berat badan ideal
Elakkan stress yang boleh meningkatkan kehadiran asid dalam perut seterusnya menyukarkan pemulihan.

Penting: ulser yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius. Jumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat



Makanan / suplemen yang dicadangkan:
Vivix (antioksidan) - mengimpakkan 4 mekanisma utama penuaan selular
Carotomax (antioksidan) - memelihara membran mukosa perut & usus
ESP - membantu pemulihan
Alfalfa Complex - Membantu mengurangkan keasidan usus & inflamasi
Nutiferon - melawan jangkitan & meningkatkan sistem imun
Vita-C Plus - untuk mengelakkan jangkitan
Omega Guard - Membantu mengelakkan saluran perut & usus menjadi ulser
Zinc Complex - menggalakkan pemulihan segera
Peppermint Ginger Plus - membantu pencernaan dengan menggalakkan penghasilan cecair pencernaan semulajadi






Khamis, 25 September 2014

Hemorrhoids (Buasir)

Hemorrhoids?? Buasir... bengkak pada salur darah Hemorrhoids ni ada 2. Dalaman & luaran Dalaman – Bengkak salur darah pada bahagian dalam anus (biasanya boleh menyebabkan pendarahan) Luaran – Bengkak salur darah pada bahagian bukaan anus (bengkak salur darah ini terkeluar & menyebabkan ketidakselesaan pada pengidap).

Gambar yang menunjukkan perbezaan antara buasir luaran & dalaman


Buasir terjadi apabila ada tekanan pada salur darah. Mengandung & bersalin adalah antara punca2 terjadinya buasir. Untuk kes sembelit yang teruk, meneran menyebabkan tekanan pada salur darah yang bengkak ni & berdarah. Cara yang terbaik untuk mengelakkan sembelit yang membawa kepada buasir tentulah dengan menjaga pemakanan. Kurangkanlah makanan berminyak, dan pedas, ambillah lebih fiber (sayuran, buahan), tapi tak dinafikan sebenarnya pengambilan sayur dikalangan kita sebenarnya jauh dari mencukupi.

Set suplemen bagi membantu masalah buasir

Bagi yang nak ambil supplemen, boleh cuba 3 produk Shaklee ni: Zinc Complex – merawat luka dari dalam, luka cepat sembuh (baik juga untuk ibu selepas bersalin) Ostematrix – Selain sumber Kalsium & Vitamin D, Ostematrik melancarkan pembuangan air besar & mengelak sembelit. Jadi takdelah proses meneran yang teruk tu.. insya Allah. Omega Guard – kaya dengan Omega-3 yang memang terbukti secara klinikal mengelakkan keradangan. Ambil Omega Guard untuk menyurutkan bengkak pada salur darah disamping memperbaiki kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Nak??

Normala
+6010-2251708
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...