Memaparkan catatan dengan label Omega Guard. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omega Guard. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Oktober 2015

Asma - Omega Guard Anti Radang

Salam.. Korang tau tak asma berpunca dari radang pada salur pernafasan. Salur pernafasan yang menguncup menyebabkan sesak nafas, mengah & batuk berterusan.

Tahu tak, di Malaysia antara 2.5 ke 5% dari populasi Malaysia mengidap asma? Tahu tak, asma ni pelbagai?

Jenis asma:
- batuk
- sesak nafas
- rasa ketat pada dada
- mengah melakukan aktiviti seperti naik tangga

Setiap penghidap asma mempunyai keadaan yang berbeza. Jadi kalau ada anak-anak yang menghidap asma selain kena kenal pasti jenis alahan / penyebab asma, kena tahu juga macam mana keadaan dia waktu asma. Penting tu.. Supaya kita tahu bila nak bagi inhaler, nak bawa ambil nebulizer.

Omega Guard


Asma tak boleh dirawat, tapi boleh dikawal. Saya selalu cadangkan ambil Omega Guard sebab sifat Omega 3 yang anti radang / anti inflamasi.

Khamis, 15 Oktober 2015

Omega Guard & GLA Complex

Salam.. hari ni kita sentuh sikit mengenai GLA Complex & Omega Guard - Dua-dua sedang promosi bulan ni tau.

Unsur aktif dalam GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 (gamma-linolenic acid). Di dalam tubuh GLA akan ditukarkan kepada prostaglandin yang boleh mengurangkan inflamasi.

GLA Complex adalah salah satu produk dalam set kesuburan bagi yang mencuba untuk hamil. Caranya dengan mengambil dari hari pertama haid hingga hari ke-14 (atau hari ovulasi).

GLA Complex tak boleh di ambil masa mengandung. Bukan tak selamat, tapi tidak ada kajian yang menyokong ianya selamat atau tidak diambil sewaktu waktu hamil kerana kajian klinikal tidak boleh dijalankan ke atas ibu hamil. Jalan selamat adalah tidak mengambilnya.

Promosi bulan ni


Ibu yang hamil, di galakkan untuk mengambil Omega Guard (Omega-3), cuma kena berhenti mengambil apabila mencecah 8 bulan untuk mengelakkan pendarahan sewaktu bersalin.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Promosi Omega Guard

Salam.. harap semua sihat. Hari ini jerebu makin teruk di negeri pantai barat selatan. Sampai pukul 7 petang tadi, bacaan IPU di Melaka dah cecah 157. Tengok Seremban pun dah cecah 176, Rasanya ramai yang tak puas hati dengan bacaan IPU kali ni. Memang nampak lagi teruk. Susah juga nak beritahu anak-anak.

Petang tadi bila saya beritahu tak boleh pergi taman nanti sakit, katanya biarlah sakit. Memang kena pastikan anak-anak ambil lebih Omega Guard. Tak boleh skip. Setakat ni Alhamdulillah, yang asma tu pun tiada masalah. Dah lama tak kena asma. Anak-anak yang ada asma memang kena jaga jangan demam. kalau demam lagi cepat naik asma.

Bulan Oktober ni pun promosi Omega Guard. Wajib stok semula.

Promosi bulan ni je

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Jumaat, 2 Oktober 2015

Korang Tau Tak? - Otak

.. kadang-kadang korang rasa tak otak tepu. Dulu masa belajar selalu juga 'tepu'. Kononnya lah..

Bagus juga kalau otak ada suis.. boleh on bila-bila suka


Nak bagi tips kat adik-adik yang masih belajar (siapa-siapa pun boleh guna sebenarnya). Bila belajar / buat apa-apa (contoh soalan matematik ke) buat sampai pening. Lepas tu pergi tidur. Bacalah Bismillah ye. Bangun nanti insyaAllah korang akan ingat / boleh buat soalan matematik tu.

Petua ni pensyarah saya ajar dulu. Kadang-kadang jadi.. kadang-kadang tak, tapi ada logiknya. Bayangkan kita masih boleh ingat tentang satu-satu kejadian masa kita kecil-kecil. Kuncinya fokus. Sesuatu yang kita fokus, kita akan ingat dengan baik.

.. sekarang ni nak fokus blogwalking blog kawan-kawan pulak.

Nak fokus? ==> Ambil makanan berasas Omega-3 mengandungi DHA seperti Omega Guard dari Shaklee

Ahad, 27 September 2015

Jerebu lagi

Salam.. Akhirnya sampai di rumah selepas 5 hari di kampung. Perjalanan semalam makan masa 12 jam. Pukul 3 petang semalam & sampai pukul 3 pagi tadi.

Mencabar sungguh perjalanan kalau balik ke pantai timur ni. Balik saja ke Melaka terus tak nampak langit. Jerebu datang lagi. Tengok IPU, Bandaraya Melaka dah 104. Kat Lembah Kelang dah masuk tahap tidak sihat. Kat sini pun, bila keluar, sakit mata. 

Boleh dapatkan sumber dari makanan / suplemen

Jadi jangan lupa minum air banyak & kekalkan tahap kesihatan tinggi. Antara tang penting, Omega-3. Omega-3 mencegah keradangan / inflamasi.

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega 3

Khamis, 10 September 2015

Jerebu...

Salam... Sekarang ni jerebu. Majoriti kawasan Malaysia sedang berdepan masalah jerebu. Puncanya, macam biasalah. Kebakaran hutan di Indonesia :(

Kat Melaka pun teruk juga jerebu kali ni, tapi belum seteruk tahun lepas. Dalam minggu ni, dah lepas 100, kira indeks tak sihat dah tu. Alhamdulillah hujan sejak 2 hari ni, jadi petang ni macam kurang sikit.  Tapi sebab angin monsun barat daya masih ada kemungkinan untuk jerebu tu datang lagi memang ada. Risau, sebab anak ada asma. Alhamdulillah setakat hari ni, dia nampak ok lagi. Rajin-rajin bagi makan Omega Guard. 

Musim-musim jerebu ni, jangan lupa minum banyak air kosong. Selagi air kencing tu tak jernih, minum sampai jernih. Tak payah kira pun tak pe. Setiap orang keperluan air tak sama. Lagi pun dengan minum air putih, boleh juga keluarkan toksin dalam badan yang kita dok sedut sebab jerebu tu. Bahaya weh.. 

Makan untuk sihat


Kalau dah tau memang ada masalah alahan, jangan lupa pakai mask. Paling baik pakai yang N95 tu. Lagi-lagi kalau mengandung & budak-budak.

Suplemen jangan lupa. Kang.. Jenuh pulak demam, batuk, sakit mata. Ish laa

Normala
Pengedar Shaklee Melaka

Cegah Jangkitan Selsema

Masa-masa jerebu ni, ramai yang ada masalah alahan kena jangkitan selsema



  • Ikan terutamanya ikan seperti Salmon, Tuna & makarel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 yang mengurangkan keradangan.
  • Zink sangat mujarab untuk melawan demam selsema. Masalahnya ramai yang tidak mengambil sumber Zink yang secukupnya dari makanan.




  • Cendawan membantu menggalakkan sistema imun & kaya dengan pottasiun, vitamin B & serat
  • Makanan kaya dengan beta-carotene untuk Vitamin A yang meningkatkan sistem imun




  • Selain menyedapkan makanan, alisin di dalam bawang putih membekalkan anti-oksidan 
  • Makanan yang diperkayakan dengan vitamin D seperti susu, jus oren & bijirin



Kalau kita mampu untuk semua jenis makanan ni sehari, takde masalah, tapi hakikatnya tak macam tu. Itulah pentingnya suplemen untuk mencukupkan keperluan vitamin & mineral seharian.


Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi & diperakui selamat dengan lebih 100,000 ujian klinikal setiap tahun. 

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Ahad, 16 Ogos 2015

Ulser perut

Salam.. Sambung entry kelmarin mengenai ulser.

Ulser perut / ulser peptik (Peptic Ulcer Disease, PUD) bahasa ringkasnya luka dalam lapisan perut kerana hakisan dari asid perut. 

Sakit perut yang sering dianggap biasa / angin mungkin ulser


Penyebab ulser perut / usus:

  1. Jangkitan Helicobacter Pylori (H.Pylori)
  2. Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan seperti ibuprofen & aspirin

H. Pylori dikatakan boleh berjangkit melalui makanan, air atau sentuhan.

Selain dari 2 sebab di atas, ulser boleh jadi lebih buruk dengan cara kehidupan seharian seperti merokok, alkohol & stress. 

Cuba kawal stress sebaik mungkin untuk mengelakkan ulser jadi lebih teruk


Tanda-tanda ulser perut:

  • Sakit berterusan pada bahagian bawah & atas perut. Rasa sakit boleh berterusan beberapa jam datang & pergi tanpa pesakit sedar
  • Kembung / banyak angin, terasa seperti gastrik boleh jadi lebih teruk jika perut kosong / lapar

Selain itu ada juga pesakit yang menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • Najis hitam
  • Muntah darah
  • Rasa mual / muntah-muntah
  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya
  • Sakit dada

Cara mengesan ulser:
Ujian darah bagi mengesan kehadiran virus Helicobacteria Pylori (untuk pengetahuan ujian ini tidak sama dengan ujian darah yang normal)
Ujian pernafasan (Urea Breath Test)
Doktor mungkin akan melakukan ujian endoskopi untuk melihat usus / perut

Oleh kerana ulser ni berkait dengan perut & usus, makanan memang boleh memulih / memburukkan lagi keadaan. 

Kawalan diet bagi pesakit ulser perut:
Elakkan kopi, walaupun decaf coffee, say no..no coffee. Kopi ni berasid jadi kena elakkan. Kang lagi kembung la pulak.
Merokok / alkohol
Kawal pengambilan makanan berlemak atau pedas
Elakkan susu (biasa yang kena gastrik pun doktor akan suggest minum soya)
Dapatkan berat badan ideal
Elakkan stress yang boleh meningkatkan kehadiran asid dalam perut seterusnya menyukarkan pemulihan.

Penting: ulser yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius. Jumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat



Makanan / suplemen yang dicadangkan:
Vivix (antioksidan) - mengimpakkan 4 mekanisma utama penuaan selular
Carotomax (antioksidan) - memelihara membran mukosa perut & usus
ESP - membantu pemulihan
Alfalfa Complex - Membantu mengurangkan keasidan usus & inflamasi
Nutiferon - melawan jangkitan & meningkatkan sistem imun
Vita-C Plus - untuk mengelakkan jangkitan
Omega Guard - Membantu mengelakkan saluran perut & usus menjadi ulser
Zinc Complex - menggalakkan pemulihan segera
Peppermint Ginger Plus - membantu pencernaan dengan menggalakkan penghasilan cecair pencernaan semulajadi






Khamis, 13 Ogos 2015

Shaklee YES - Set Berpantang Shaklee

Salam.. Untuk entry kali ni, jom tengok Set Berpantang Shaklee. Bagi ibu yang telah bersalin, ini panduan khusus buat anda bagi memilih khasiat terbaik untuk memulihkan diri selepas 9 bulan mengandung dalam masa yang sama menyusu bayi baru lahir dengan kebaikan semulajadi.

Kenapa saya sarankan ibu-ibu selepas bersalin ambil produk ni?

  • Membantu memulihkan luka ibu selepas bersalin
  • Memberikan keperluan protien yang cukup untuk pembentukan & pemuliharaan tisu tubuh ibu & susu bagi anak
  • Membantu menambah & memekatkan susu ibu
  • Membantu mengembalikan bentuk badan ibu seperti selepas bersalin
  • Mencantikkan kulit
  • Mengelakkan osteoporosis
  • Membekalkan keperluan DHA untuk perkembangan otak bayi
  • Membekalkan 100% keperluan vitamin & mineral penting untuk kesihatan keseluruhan
  • Membantu ibu lebih bertenaga
  • Melawaskan pembuangan / mengelak sembelit

Hubungi +6010-2251708 untuk dapatkan produk ini


Set ini terdiri dari:

  1. ESP 
  2. Alfalfa
  3. Vita-Lea
  4. Omega Guard
  5. Ostematrix
  6. Vita C SR



Isnin, 10 Ogos 2015

Shaklee YES - Set Hamil

Salam.. Selain Healthy Fitness & Healthy Young, ada dua lagi set yang wajib kena ambil dengan penjimatan berbaloi ni. Yang ni untuk bakal mak pula.. Set Hamil.

Set YES Pre-Natal


Dalam set ni pun ada 6 produk:

ESP
- Sumber protien 
- Tiada kolestrol untuk Kesihatan jantung
- Mengekal otot, memperbaiki tisu
- Mengekalkan paras gula dalam darah
-Rendah glisemik, membantu ibu hamil kurang lapar pada selang waktu makan(sebagai snack)

MInyak Ikan dlam Omega Guard bebas dari racun / logam berat seperti plumbum & merkuri


Omega Guard
- mengandungi EPA & DHA keperluan untuk perkembangan otak janin

Selain untuk sistem imun & kulit, Vitamin C juga penting untuk tulang & gigi


Vita –C Plus 
- menguatkan imun
- kulit yang cantik

B-Complex
- Mengandungi 8 Vitamin B
-  Membantu tubuh menukar protien, lemak & karbohidrat kepada tenaga
- Membantu pembentukan sel darah merah 
- Mengurangkan symptom morning sickness

Vita-Lea
-  Memastikan ibu mengandung mendapat kesemua khasiat yang tidak diperoleh melalui makanan
Vit B untuk metabolisma badan
-  Asid folic pertumbuhan bayi
-  Iron mengelak anemia/ kekurangan darah merah
-           

Ostematrix
- sumber kalsium untuk tulang & gigi
- Mengelakkan kekejangan (cramp)
- tidur lena
- tidak sembelit / melawaskan pembuangan


& yang lagi penting, semua produk ni boleh ambil waktu berpantang. Jimat kan?


Hubungi saya +6010-2251708

Isnin, 3 Ogos 2015

Asma

Assalamualaikum... Pagi isnin. Hari ni tak jadi pergi kerja. Lepak kat klinik kejap :P

Budak ni kalau dah terbaring berselimut bagai memang dah teruk lah tu


Budak sorang ni.. Memang dah lama tak kena asma. Rasanya tahun ni, ni kali ke-2 kot. Yang last tak tahu berapa lama dah. Semalam dah mula batuk-batuk. Pagi ni memang dah tak boleh lagi.. Mesti nak kena ambil neb.

Good progress dia. Kalau dulu, tiap-tiap bulan ambil neb. Sesekali kena lah juga kan. Asma memang payah nak hilang, tapi boleh dikawal & tak semestinya dengan ubat je. Bila perlu, kita bagi ubat, dalam keadaan dia sihat, kita top up dengan suplemen.

Omega Guard


Ibu dia dah tentulah pilih Shaklee Omega Guard

Jumaat, 28 November 2014

Ekzema

Assalamualaikum.. Ha ingat cerita pasal ekzema hari tu. Keadaan anak saya hari ni.

Tadi masa sapu Herbal Blend perasan dah tak merah


Kalau compare dengan hari tu...


Ni gambar sebelum


Masa post hari tu, masih nampak merah-merah lagi. Hari ni dah makin baik. Dah takde merah-merah. 

Untuk anak tersayang


Kalau anda nak dibantu.. Hubungi saya di nombor di bawah.

Normala





Khamis, 20 November 2014

Nak ambil suplemen apa??


Assalamualaikum….
Masih tertanya-tanya nak ambil suplemen apa?? Berikut jawapan Dr. Oz yang terbit di web Oprah. Dah lama rasa tak tengok rancangan Dr. Oz Show… miss it.


Suplemen
Keperluan / Manfaat
Multivitamin
  • Membekalkan keperluan vitamin yang kurang / tidak diambil secara terus
  • Sekurang-kurangnya 10 jenis vitamin (A,C,D,E,K) & mineral (Pottasium, Zink, Iodin). Iodin penting untuk jantung, tiroid & organ penting lain
 
Omega-3 / Minyak Ikan
  • Meransang otak, melindungi jantung & arteri, melawan kedutan & melancarkan sendi.
  • 60% tisu otak dibentuk dari asid lemak.
  • DHA mengikut kajian juga penting sebagai anti stress
  • Berikut 3 jenis asid lemak Omega-3 dan sumbernya
  • ALA (Alpha Linelinic Acid) terdapat pada walnut
  • DHA (Docosahexaenoic Acid, EPA (Eicosapentaenoic Acid). DHA & EPA paling banyak didapati dari minyak ikan
  • Asid lemak Omega-3 tidak dihasilkan tubuh

Kalsium & magnesium
  • Mengelakkan osteoporosis
  • Memastikan kesihatan tulang & otot (kalau yang pregnant penting ni untuk elakkan simpul biawak / cramp)
  • Magnesium mengelakkan sembelit yang disebabkan oleh kalsium (jadi minum susu sahaja tak cukup!)
  • Ambil kalsium dengan sekurang-kurangnya 1 gelas air
  • Elakkan 1-2 jam dari waktu pengambilan multivitamin.
 
 
 



So apa lagi… jom tengok apa yang ada kat dapur kita. Ada ke tak? Menurut Dr. Oz, ini yang asas. Lain daripada tu, tengok la keperluan kita, yang nak kurus, kurang makan protien, faktor umur atau ada masalah kesihatan lain. Tiap-tiap hari wajib ambil tu bukan sebulan sekali yer.. 

3 suplemen asas yang disarankan
 
Promosi Omega Guard bulan ni.. rugi tak beli. 1 botol cukup untuk sebulan.
  • Beli 2 botol diskaun 5%.
  • Beli 6 botol free 1 botol, free membership, bonus RM32++

Ahad, 9 November 2014

Anak Ada Ekzema

Assalamulaikum..

Akhirnya paip dah di baiki :) Terpaksa juga tarik paip baru dari luar. Bocor nya kat dalam dinding tu & tak pasti kat mana. Dari 1 lubang, dah jadi 2 lubang air keluar. Patutla melembang (ni orang Perak tau la apa maksudnya ni) air kat dapur. Nak tak nak kena repair juga. Maka melayanglah duit hampir 600 ringgit. Tu rezeki diorang lah tu. Okaylah.. selesai semua, lega. Dah boleh buat kerja, kalau tidak berkecah kat dapur dengan air.

Cerita pasal air ni, nak kongsilah pasal ekzema. Masa kecil dulu, pernah kena bisul kat tangan. Penuh satu tapak tangan. Tak pasti pulak ekzema ke apa. Masa kena tu baru 5 atau 6 tahun. Mak kata air kotor. Rupanya itu petanda ekzema.
Anak yang ke-2 & ke-3 pun sama ada ekzema. Kes genetiklah ni. Yang paling teruk sekali diorang kena 5 tahun lepas. Bisul naik atas kepala sampai berdarah-darah. Masa tu macam-macam petua cuba. Bawa pergi pakar kulit, memang doktor advise untuk sentiasa lembabkan kulit dia. Kalau berpeluh sikit mulalah tergaru-garu.

Kesan-kesan macam melepuh yang besar-besar tu dah semakin baik. Parut pun takde
 Bagi yang ada ekzema atau alahan kulit ni & kena elakkan penggunaan sabun (mengeringkan kulit). Bila jumpa pakar, doktor bagi 4 jenis krim yang nak kena sapu setiap kali semasa & selepas mandi. Give up juga melayannya.

Herbal Blend yang pernah habis stok se Malaysia


Dengan produk Shaklee, senang cerita. Selain bagi Meal Shakes & Omega Guard,  saya guna Herbal Blend, Sapu je kat kulit diorang. Lepas sapu Herbal Blend, tak sampai 1 minit, biasanya gatal-gatal akan hilang. Kulit rasa lembab. Jadi diorang akan kurang menggaru. Lagipun kalau guna krim yang klinik bagi nak kena tengok, kena pastikan diorang tak masuk mulut ke apa sebab steroid & bahan kimia. Tapi dengan Herbal Blend sapu je. Kadang tu diorang sapu sendiri.

Ni suplemen  & krim wajib untuk anak-anak di rumah

Herbal Blend pun boleh guna untuk merawat kulit kering macam tumit pecah, siku, lutut, mengurangkan gatal sewaktu terkena chicken pox, penyakit kulit seperti kurap, sebagai krim untuk mengurangkan ruam lampin atau gatal-gatal akibat berpeluh.

Normala








Sabtu, 8 November 2014

Oat vs Shaklee

Kadang- kadang kita jumpa orang yang pelbagai ragam. Ada yang dah kata orang tahap kritikal pun masih tak kisah. Macam orang yang menaip ni ha.. Dah tahap 'kritikal' berat ni, tapi still takde disiplin bab makan-makan. Tapi ambil juga la Lecithin & Alfalfa. Takut juga terbabas berlebihan.

Hari tu kawan kat pejabat beritahu yang keputusan kolestrol dia dah maksimum. Nampak dia risau. Kurus je orangnya. Baru awal 30an. Saya bagitahu suruh ambil oat je. Tak suggest pun Shaklee walaupun dia memang beli Shaklee dari saya. 

Manfaat Omega-3 dalam Omega Guard


Bukan tak nak jual, tapi rasanya dia belum perlu. Dulu pun saya ambil oat beberapa bulan untuk turunkan balik kolestrol. 

Tiba-tiba semalam datang jumpa saya nak beli Lecithin. Katanya tak boleh tahan bau oat. Abang iparnya bagitahu Lecithin boleh pecahkan lemak. Betullah tu, tapi lebih baik Omega Guard. Omega Guard boleh melancarkan perjalanan darah. Kalau dah over limit kolestrol baru kita cadangkan Phytocol-ST. 

Nampak kerisauan dia. Padahal baru maksimum. Fikir-fikirkan...

Nota kaki: bulan ni ada promosi Omega Guard. Beli 6 botol, Shaklee bagi free 1 botol lagi. Beli 2 botol, dapat diskaun 5%. Apasal pemurah sangat ni??? 


Sabtu, 1 November 2014

Istimewanya Omega Guard



Omega Guard… supplemen pertama dari Shaklee yang saya beli. Masa beli tu pun ada promosi macam sekarang. Sampai sekarang Omega Guard sentiasa ada kat rumah. Dari seorang jer.. sekarang anak-anak pun sama. Saya pastikan diorang ambil Omega Guard tiap-tiap hari. Akhir-akhir ni, dah tak payah ingatkan. Yang bongsu akan ambil & agih-agih kat abang dengan kakak dia. 

Sejak ambil Omega Guard ni, asma boleh kata kurang sangat. Dah tak dengar lagi angah bersin bertalu-talu. Kalau dulu, asal demam jer, memang risau. Dia akan tidur dengan saya, sebab takut malam-malam dia batuk tak berhenti & sesak nafas. Kalau dulu, bila dia kena asma, malam kita pun susah nak tidur, kejap-kejap bangun. Tengok perubahan angah memang la lega sangat. Dulu masa dia mula-mula kena asma, baru 2 tahun. Doktor kata Ibu kena jaga dia sampai umur 15 tahun, lepas tu dia jaga sendiri.. sedih sangat dengar. Mesti kesian. Sekarang ni Alhamdulillah. Istimewanya Omega Guard ni..

Masalah kesihatan & mental berpunca dari kekurangan pengambilan Omega-3 dalam diet harian



  • Omega Guard bukan miyak dari hati ikan (fish liver oil). Minyak ikan yang diekstrak dari hati ikan kurang EPA & DHA nutrien penting untuk perkembangan otak. 
  • Minyak ikan Omega Guard diekstrak dari isi ikan laut air sejuk / laut dalam dari perairan laut Jepun. Omega Guard – ketumpatannya 3X lebih dari minyak hati ikan. Minyak ikan yang diekstrak dari hati ikan mempunyai kadar vitamin A & D yang tinggi. Lagi-lagi kalau wanita hamil, mana boleh terlebih vitamin A. Lagipun hati kan tempat toksin terkumpul..



Mannfaat utama Omega Guard

  1. Sumber Omega-3, asid lemak penting untuk tubuh. Badan kita tak menghasilkan Omega-3, nak tak nak memang kena ambil dari makanan.
  2. Melindungi jantung & salur darah
  3. Merendahkan kolestrol punca utama strok
  4. Kehamilan - Tumbesaran & perkembangan otak janin, system saraf & retina mata.
  5. Ibu menyusu
  6. Mengawal Obesiti
  7. Meningkatkan system imun
  8. Baik untuk masalah paru-paru, asma
  9. Meredakan alahan, ekzema
  10. Masalah sendi / arthritis & gout
  11. Imsomnia
  12. Menentang kanser

Setiap hidangan Omega Guard (3 kapsul) membekalkan 1000mg asid lemak EPA & DHA serta bebas dari bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin & PCB (toksik industri). 

Omega Guard dihasilkan dengan proses penyulingan bergred farmaseutikal menghasilkan minyak Omega-3 paling tulen & semulajadi tanpa logam berat & toksik

 Fikir apa lagi?? dah beribu orang ambil Omega Guard ni setiap hari & dah pun rasa kebaikan dia.

Jom.. tukar pada yang lebih baik bukan sekadar ambil cukuplah :)

Normala
+6010-2251708

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...