Memaparkan catatan dengan label Netherlands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Netherlands. Papar semua catatan

Khamis, 20 Ogos 2015

Amsterdam Day 1 part 2

Salam.. sambung entry tertunggak di Amsterdam. Layan gambar. Banyak gambar, tapi upload sikit jer lah.




Yang ni di Schipol Airport tapi tak beli sebab tak pasti halal ke tak
Besar-besar cheese kat sini.. tak pernah tengok sebelum ni
Donne Chicken.. harga Euro5.50




Di Dam Square.. masa ni dalam pukul 6 petang
Yang ni Dam Square juga lebih kurang pukul 8




Dekat are Dam square ni ada banyak kedai cenderamata, cuba cari kedai-kedai kat belakang (bukan main road), lebih murah harga.. tapi murah2 pun in euro. Bila convert sakit juga

Ramainya orang, lansung tak dapat nak ambil gambar.. so saya tak suka tempat ni huhu


Flower market.. ada gerai-gerai yang diorang tak kasi ambil gambar





Jalan-jalan di Amsterdam, kami guna tram dengan 2 day pass. Boleh search GVB (Kalau tak silap.. nanti check balik). Harga 12 euro. Dia kira 48 jam dari masa pertama kita scan. Tak susah nak follow tram diroang, yang penting download siap-siap map dia. 
Dari airport ke central station 5 euro untuk 1 way.

OK.. entry lain kita pergi Zaanse Schaans pulak

Sabtu, 27 September 2014

Cerita Pasal Transit

Assalamulaikum..

Entry kali ni saya nak cerita pasal transit. Bukan bas transit.. tapi transit sewaktu dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Ni cerita pertama kali uhuk..uhuk.

Hari tu kan saya pergi Taiwan, jadi minggu lepas Allah murahkan rezeki saya sekali lagi. Dapatla berkunjung ke Eropah (macam la pergi seluruh Eropah tu :p). Tujuan asal tu nak ke Norway. Tak pernah sampai negara Eropah, tup-tup terus pergi atas sekali. Suami pun terkejut, apsal jauh sangat? Dah rezeki nak pergikan.. apa kira jauh ke dekat. Tetapla suamiku kena ambil cuti seminggu untuk jaga my precious yang 3 orang tu. Okay.. confirm. cari punya cari takde penerbangan terus. Kena transit... ookayy. Apala susah sangat kan?

Kitorang pun pilih Amsterdam (sebab tu jer yang kena dengan budget level2 kitorang haha). Boleh juga nak transit kat Bangkok, tapi tak berminat, sebab dah penah pergi (haha berlagak). Tiket pun confirm. Penerbangan ke Amsterdam dalam 12jam sebelah malam & sampai kat sana ~6 pagi (waktu Amsterdam). ~12 jam perjalanan. Waktu transit pulak 1 jam. Next flight pukul 6.55 pagi ke Oslo.

Sehari sebelum, boss cakap kalau nak transit lebih baik ambil 2 jam ke atas. huh.. tiket dah beli. Takpe la. Takkan la kena tinggal kan.. Kawan cakap, kalau lambat nanti diorang prepare kereta tu ambil kitorang bawa. yer lah tu. Masa sampai tu memang la sebelum pukul 6. Masa nak menunggu turun tu ambil masa dekat 10 ke 15 minit juga. Kami turun Gate C di Schipol Amsterdam Airport & kena menapak ke Gate E. Ingat dekat. Sambil jalan sambil cari wifi nak bagitau dah selamat sampai Amsterdam.. jeling2 signboard lagi 20minit. Memang lajula jalan. boarding 6.30 pagi. Cuak dah.

Sampai jer kat Gate E, mak aii ramainya orang. Masa tu dah 6.25. beratur panjang. Takde signboard untuk yang transit. Sudahnya nampak kaunter tingkap imigresen kat sebelah kanan. terus jer menerjah ke situ. Pegawai tu baru cakap kat sorang mamat orang putih ni. Bila saya tanya, dia selamba jer cakap.. 'same with you, the other side'. Aik belum tunjuk pun lagi boarding pass. Mujur juga boarding pass dah dapat kat KLIA. We wish we were in KLIA haha. Dah dia cakap tu, kitorang pun dengan muka terpinga2 dengan pantas follow mamat tu, excuse me.. excuse me habis kitorang redah line orang nak ke sebelah kiri. Gasak korang la, lepas ni tak jumpa dah. Sampai jer kat situ orang punya la ramai. Semua kena tahan & kitorang dengar macam pegawai tu cakap Oslo leaving.. leaving. Ah sudah. Angkat boarding pass (tak cakap dah).. dia terus bagi kitorang masuk. Kena lalu imigresen check lagi. Buka semua beg, keluarkan laptop.

Akhirnya berjaya juga kitorang transit di Amsterdam & naik kapal terbang ke Oslo.. lega. Dan bila sampai di Oslo.. luggage takde. Diorang cakap masih kat Amsterdam. Punya la penat berlari, beg tak naik rupanya & beg cuma dapat balik esok tengah harinya. Kalut. Tak bawa baju spare. Ada laptop jer nak keje esok. Kan dah kena beli baju baru.

Gambar hiasan masa penerbangan ke Oslo dar Amsterdam. Masa tu matahari baru naik. Tengok awan tu macam kapas. SubhanAllah cantik kan?

Nak bagi tips la untuk yang first time transit cam kitorang:
  • Pastikan waktu transit > 2jam, paling baik 3 jam.
  • Bawa baju / keperluan untuk sehari dalam beg asing yang kita boleh bawa naik ke kabin sekali & 
  • sila google baik2 tempat yang kita nak pergi tu. Kat Oslo semua kedai tutup pada hari Ahad kecuali  groceries / cafe & some tourist kiosk / shop. hahaha gulp!

Bye korang...

Rabu, 24 September 2014

Coklat

Hot Choc with chocolate chips biscuit.. Untuk minum petang
Hot Choc drink with chocolate chip cookies 


Ni cara nak buat hot choc yang simple tapi marvellous. Rasa memang sedap & berbeza dari yang biasa saya minum. Almaklumlah selalu guna yang 3 in 1 :p

Hari tu masa singgah transit di Belanda, sempatla jenguk Zaanse Schaans, lebih kurang 20 minit dari Amsterdam Central Station menaiki keretapi. Antara rumah2 yang kami masuk, adalah Cacao Lab. Ada demo buat coklat.  Yang mengejutkan! Mesti ada yang tak percaya. Coklat putih tu sebenarnya adalah lemak semata2. Bila coklat dihasilkan, diorang asingkan guna teknik pemanasan. Jadi terhasillah coklat (yang warna coklat) dan coklat putih (lemak koko). Huhuu.. Terkejut sekejap. Lemak koko ni nanti di campur gula & jadilah coklat putih (white chocolate) yang biasa ada tu. Tapi takla pulak merbahaya kalau ambil sikit jer sebab asalnya pun dari tumbuhan. Cuma kandungan gula tu awas hehe.

Oklah.. Ni nak share cara2 buat hot choc yang sedap. Kebetulan masa tu dah seminggu kat Norway, asyik2 tengok kopi. Sekali ada, so memang tak lepas peluang la kan? Kawan saya cakap lagi sedap dari yang jual kat kedai kopi mahal tu. Tak taula.. Tak pernah masuk. Tak tau pulak diorang ada jual air koko.

Membebel pulak. Salinla yer;

1 sudu serbuk koko
1 sudu gula perang (suka hati boleh kurangkan)
1 cawan kecil susu (susu segar / kotak, susu pekat manis tak aci). Cawan dia saiz cawan ubat tu jer.

Koko, gula & susu campur & kacau sebati sampai berkilat tekstur dia.
Pastu campur dengan susu panas. Kalau nak sejuk campur yang sejuk & aisla. Nak shake pun boleh. Boleh campur dengan ESP @ MealShakes. Masa kat situ kena bayar 2 euro baru dapat susu panas tu hehe.. Tapi best.

Tu cara tradisional untuk keluar minyak/lemak pada koko

Tengok yang perempuan tu pegang coklat & yang putih tu adalah lemak koko


Nanti nak cerita pasal trip ke Norway & Amsterdam. Best. Lagi best kalau family dapat ikut sekali hari tu. Bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...