Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan

Jumaat, 6 November 2015

La Tahzan.. Jangan Sedih

Dah dua tiga hari tak berjenguk. Kesian kat blog saya ni tak bertuan.

Dalam dua tiga hari banyak juga yang berlaku. Ingat kot diri sendiri je kena uji sikit, ada orang lain diuji lebih lagi.

Takpelah.. Ujian mematangkan. Ujian tanda Allah sayangkan kita. Saya selalu ingat pesan kakak room mate saya dulu. Jadi jangan sedih-sedih. La tahzan, jangan sedih. Allah bersama kita.



Khamis, 29 Oktober 2015

Hujan

Alhamdulillah.. cuaca nampak makin baik. Jerebu makin hilang. Langit dah mula nak nampak biru. Sekurang-kurangnya, dah mula nampak awan. Nampak bukit, pokok hijau. Bangunan dah tak samar-samar.

Hujan dah mula turun.. Bila hujan macam ni, satu yang saya paling suka, tak payah siram pokok. Bukan pokok bunga pun, tapi pokok kunyit, limau, cenohom, pandan. Tadi baru tanam pokok bawang. Harap-harap hujan ni tumbuh elok. tak payah beli kat kedai. Tanam pun tadi dah malam, lepas maghrib. tu jer masa yang ada kalau sampai rumah pun dah gelap.

Hari ni sekadar cerita, saya tak de motif apa pun. Cuma dengan musibah jerebu baru ni, terfikir betapa kita merindui langit biru, hujan. Bila ada kita tak kisah pun. Samalah dengan orang sekeliling kita, bila ada tak nak ambil tahu, ego. Bila dah takde baru terasa.



Ni sambil layankan anak-anak bercerita.. ni jer masa yang ada. Masing-masing dah buka buku. Sorang dah hanyut. Ibu dia pun sat gi hanyut juga ni. 

Indahkan hidup!!

Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Sukan Negara Melaka

Salam.. Apa aktiviti korang hari ni? Hari ni  kami ke sambutan Hari Sukan Negara  di Mydin MITC Melaka. Banyak juga aktiviti. Ada lumba kereta drift, kereta control, dart la. Yang best nya ada panjat memanjat & flying fox juga. Terus anak nak cuba.

Ingat 2 tahun lepas dia nak buat flying fox ni masa kitorang pergi Lost World Tambun, tapi tak cukup berat. Diorang nak yang berat sekurang-kurangnya 25kg ke atas sebab takut sangkut kat tengah-tengah tasik. Dia dahlah kurus keding, masa tu tak sampai pun 20kg.

Yang ni je rajin, aktif & tak segan. Yang 2 tu malulah konon. Nampak gaya sorang ni jerlah ikut lasak ibu dia.

Adik-adik yang membantu kat sini memang baik hati

panjat.. separuh jer. oklah

tunggu giliran untuk flying fox

kena panjat tangga naik atas. 

Selamat turun


Teringat first time buat abseiling kat PD masa zaman kat U. Punyalah takut nak turun, saya tarik baju abang askar tu. Haha.. Gayat okay. Nasib baik abang tu tak jatuh ke bawah, dia tarik saya naik balik, tapi berjaya jugalah turun. 

Best juga idea Hari Sukan Negara. Mulai tahun depan setiap sabtu ke-2 bulan Oktober. Tanda kalendar :) lupa pulak.. semua tu percuma, tak payah bayar. 


Khamis, 24 September 2015

Salam Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha & bagi yang berkorban, selamat berkorban.. Tak nak cerita banyak. Nak layan lembu hari ni :)


Salam Aidiladha

Rabu, 23 September 2015

Puasa Hari Wukuf

Salam.. Hari ini mungkin ramai yang sudah dalam perjalanan balik kampung. Saya dah sampai kampung.. Alhamdulillah. Raya kali ni kami di kampung suami. Cantik sangat, kena dengan cuti sekolah. Anak-anak tak sabar-sabar nak balik, boleh jumpa sepupu katanya. Kami pun cadang nak buat aqiqah untuk anak. Harap tahun ni tak ada halangan untuk selesaikan aqiqah si kecil.

Oh ya, ada tak yang puasa hari ni? Sebab awal lagi ni kalau ada yang dah bangun tu alang-alang sahur lah sekali. hari ni 9 Zulhijjah, hari wukuf. Di galakkan berpuasa. Kalau tak perasan tadi, selagi tak masuk zohor dan belum makan apa-apa dari subuh tadi boleh niat puasa sunat.

Dari Page Dr. Zakir Naik

Amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah:


  1. Puasa 9 Zulhijjah (Semoga puasa kita akan menghapus dosa setahun yang lalu & setahun yang akan datang)
  2. Puasa sunat Isnin & Khamis
  3. Puasa ganti (ni terutamanya untuk wanita lah)
  4. Banyakkan bertakbir & berzikir
  5. Doa 


Bukan selalu 9 zulhijjah. Esok bolehlah makan puas-puas.


Jumaat, 18 September 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang berkah. Saya doakan kita semua mendapat keampunan dari Allah sempena Jumaat yang mulia ini.

Amiin

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah yer korang

Kredit photo: 1000 Good Deeds

Ahad, 13 September 2015

4 malaikat

Assalamualaikum.. kisah 4 malaikat yang mengunjungi anak Adam yang sakit

Malaikat pertama mengambil selera makan, kedua mengambil rezeki, ketiga mengambil kecantikan wajahnya & keempat mengambil dosanya. 

Bila dah sihat semula, Allah akan suruh malaikat pertama pulangkan yang pertama, kedua & ketiga. Hanya dosa tidak kembali.

Banyak-banyakkan doa & istighfar sewaktu sakit. Semiga Allah ampunkan kita.

Mungkinkah selepas sakit kita bersih dari dosa seperti anak kecil?

Sabtu, 12 September 2015

Selamat Pagi

Assalamualaikum korang.. ;)

Korang tau tak senyum pagi-pagi akan beri kita semangat. Jadi jangan pelik kalau kita tengok orang senyum sorang-sorang sambil memandu / berjalan.

Jangan lupa mulakan hari dengan sarapan yang baik juga.. Senyummm

Bismillah



Rabu, 9 September 2015

Cuti 2016

Salam.. Ada yang rasa-rasa nak pergi bercuti tahun depan. Saja jer nak share.. Biar korang terbakar rasa nak rancang percutian tahun depan.. Amik-amik.

Share dari facebook Nota Perempuan Backpacker

Isnin, 7 September 2015

Quotes of the Week

Assalmualaikum.. selamat pagi. Mulakan hari Isnin dengan ceria untuk minggu ini walaupun dah tahu minggu ni adalah minggu yang sibuk :P



Sayang semua

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Jumaat, 4 September 2015

Pertama Kali

Cerita minggu lepas... Kereta dah lama tak cuci, bawa gi masuk mesin auto tu. Punyala tak pernah masuk, ngeri teringat cerita CSI yang orang mati kena bunuh kat dalam tu.

Tak tau la macam mana boleh teringat ke situ, agaknya duduk dalam kereta tak nampak luar, tu yang rasa ngeri jer. Budak-budak bukan main excited lagi. Siap jerit kat diorang, jangan buka pintu. Ibunya yang terlebih takut.

Budak-budak pun ralit.. 1st time tengok cuci kereta automatik

Dah cuba pertama kali, lain kali tak la takut sangat. Hidup kalau takde pertama kali, payahlah.

Mula melangkah..

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka



Khamis, 3 September 2015

Senaman Mata

Assalamualaikum.. ada ke yang baca pagi-pagi ni? Siapa-siapa rasa nak tidur balik lepas subuh tu... Jom buat senaman mata!


1) Gunakan tapak tangan, tekan mata perlahan-lahan (janganla tekan kuat-kuat pulak) boleh redakan mata yang tegang. Buat 3 minit.



2) Urut mata perlahan-lahan untuk lancarkan aliran darah di sekeliling mata & muka



3) Tengok objek yang dekat dengan kita, lepas tu tengok objek yang lebih jauh untuk senaman otot mata



4) Ulang lagi, tengok ibu jari & gerakkan ibu jari jauh dari kita. Yang ni melatih mata untuk fokus




5) Buat bentuk lapan dengan mata Jangan buat dekat sangat, nanti .. nak tengok gerakan mata kita




6) Gerak mata kiri, kanan, atas bawah


Teringat dulu masa di USM, lepas lari sekeliling kampus, semua kena buat senaman setempat. Tiap-tiap orang kena buat satu senaman & yang lain ikut. Bila giliran Fizah, dah tak tau nak buat apa, dia pun bagi senaman mata.. semua pakat ketawa. Tak sangka memang ada senaman mata ni ha.

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Selasa, 1 September 2015

Free Wifi Di Johor

Wah syoknya.. semalam dah diumumkan rakyat Johor berpeluang untuk menikmati Wifi percuma mulai Januari 2016. Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni. Lebih 100 kawasan dikenal pasti.

Rasa nak pindah Johor pulak

Berita selanjutnya di Sinar Harian




Isnin, 31 Ogos 2015

Merdeka

Salam..

Google hari ini, kenapa ada teh tarik yer?


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.. Walaupun saya kat Shah Alam dari hari sabtu sampai hari ni, tak pergipun sambut. Aktiviti bila merdeka dari 'kerja rutin' mesti dengan anak-anak.. tak suka tempat yang sibuk.. alangkah damai bila dah 'merdeka kewangan'. Hari-hari boleh sama dengan anak-anak.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Tarikh luput

salam.. pernah tak check tarikh luput barang kosmetik? Tahu tak ada tarikh luput ni? ke main pakai jer sampai habis.

Saya tau, kebanyakannya orang perempuan ni memang alat make up cepat habis. Jadi memang tak kisahlah pasal tarikh luput ni kan. Habis, beli baru. 

Tapi kan.. jenis yang beli alat make up lama-lama sekali tu better ambil tahu. Yerlah, saya guna bedak compact sampai 2 tahun. Sampai naik jemu tengok bedak yang sama. hari-hari dok fikir, bila la nak habis.

Sebenarnya takde undang-undang khusus pun untuk tarikh luput pada alat-alat kosmetik ni, tapi untuk produk Eorpah, diorang guna kod macam 12M atau 24M


12M ni maksudnya 12 bulan dari tarikh di buka



Yang ni pun 12 bulan dari tarikh di buka

Nak cari contoh lain, tapi tak jumpa.. Dah tak banyak alat make up. tu jer yang ada. Sebab tak suka make up, sebab tu saya amalkan ESP. Saya nak kulit cantik tanpa perlu make up. Cukup dengan rutin asas & pelembap.

Ha.. apa lagi, pergi check alat make up kat dalam almari tu, jangan-jangan dah terlebih tarikh.

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Khamis, 27 Ogos 2015

Telefon bimbit

Sekarang telefon bimbit dah jadi darah daging. Rasanya saya pun kalau tertinggal telefon bimbit kat rumah, sanggup patah balik. Lambat takpe.

Tapi bila dah obses sangat dengan telefon bimbit payah juga.

Dah beberapa kali kena, duk mengekor la kereta kat depan, apsal slow sangat. Rupa-rupanya tengah bertelefon ataupun bermesej. Paling tak tahan, ada yang mata tengok telefon bimbit, dok drive kat are sekolah.  Kalau ko terlanggar budak sekolah, apa cerita tu? Agak-agakla..

Mungkin saya patut cadangkan orang-orang camni ambil lebih Shaklee Omega Guard. Biar otak tu berhubung sikit.

Rasanya idea kat bawah ni bagus.. boleh praktikkan untuk pejalan kaki. Kadang-kadang tu, bila dah mengadap telefon bimbit, orang belakang nak lalu pun payah. Tengok gambar dari Google.

Tak pasti kat mana ni

Kalau ko terlanggar orang kang, pandai-pandailah yer

Ni kat China

Dah habis dah membebeal.. peringatan untuk diri kita sendiri jugaklah, mana tau kot-kot terlepas pandang. Kalau nak bermesej, tunggu kereta berhenti kat traffic light ok. Kalau saya lambat balas whatsapp tu maksud tengah drive :P

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Rabu, 26 Ogos 2015

Kenapa saya pilih Shaklee

Kenapa saya pilih Shaklee?? flashback.. sebelum join Shaklee, pernah juga buat perniagaan lain.. kononnya online bussiness. masa mula-mula buat tu tahun 2008. Internet nak kata baru, tak la juga, tapi takla sehebat sekarang.

Masa tu takut, kalau dedahkan nama sendiri di web, jadi gabungkan nama anak. datangla email dengan nama 'RuslanAfiq'.

 Pastu fikir nak guna nama samaran apa pulak ni? kalau boleh lansung tak nak orang tau nama sendiri. Akhirnya.. gabungkan nama anak ayng sulung & kedua.. jadilah 'Afiqah'. Bila bersalin jer anak nombor 3, perempuan terus letak nama Afiqah.. hihi. Senang kerja maknya.

Sebab masih guna email address sama, nama profile tu pun keluar 'ruslanafiq'. Nak gi godek-godek, tukar nama sendiri. Ingat pesan Puan Guru Ainon, berniagalah dengan nama sendiri supaya orang percaya.

Bijak memilih perniagaan yang kita nak buat
Kenapa saya pilih Shaklee adalah sebab di atas:

  • Modalnya cuma RM65, 
  • Tak perlu sewa kedai (blogspot, facebook free, bayar jer internet),
  • Boleh buat sorang-sorang, pagi-pagi buta atau malam-malam buta
  • Produk memang dah established & berkualiti

Sekian.. celoteh hari ni

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Doa

Salam semua.. Saya doakan hari ini menjadi yang terbaik buat kita semua. Lupakan kesedihan, tinggalkan runsing, jauhkan kata-kata nista orang kepada kita.

Bak kata Prof Muhaya, dalaman kita menentukan luaran kita. Tidak ada orang yang mampu membuat kita nampak buruk di mata orang lain kecuali diri kita sendiri. doa.. doa .. & doa



Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Jumaat, 21 Ogos 2015

Pappa Rich Soya dengan Cendol & Red Bean

Salam... Hari ni lunch di Pappa Rich untuk majlis perpisahan. Jadi hari ni saya order laksa asam & soya cendol & kacang merah.

Inilah rupanya


Sedap juga cendol dengan soya. Biasa minum cendol dengan santan. Ini kurang manis, boleh dikatakan tak rasa lansung manis. Cuma rasa manis kacang merah je. 

Boleh lah cuba buat kat rumah. Jimat RM8.50

Isnin, 5 Januari 2015

18 waktu doa mustajab

Doa... Doa... Doa. Yang wajib jangan lupa. Berdoa kerana Allah suruh kita meminta padaNya.. Bukan pada manusia

Sumber: google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...