Khamis, 30 Oktober 2014

Resepi ESP ni kena cuba

Dok tengok orang share pasal Overnight Oat ni.. Jealousnya. Takkan nak tegok je. Alkisahnya hari tu pergi Jusco & anak bujang tu nak strawberry. Nak cicah coklat katanya. Teringat coklat yang dalam peti ais tu ada banyak lagi. Oklah.. Lepas tu anak dara pula pegang Raspberries. "Ibu jer pernah makan ni. Kitorang tak pernah pun". Ohw.. Dah pandai complaint!! Mesti dia teringat gambar yang ambil kat Norway hari tu. Oklah.. Ambil.. Ambil. Nanti ibu bayar.

Dah ada 2 buah. Banyak pula tu. Bukan nak makan banyak sangat budak-budak ni. Apa lagi.. Cari rolled oats & yogurt. Kalau guna berries, mahal sikitla kosnya kan. Oat & yogurt baru 15 ringgit. Itu pun boleh guna banyak kali. Tapi boleh aje ganti dengan pisang ke, kurma ke. Sedap juga ni buat sarapan.

Jom tengok cara nak buat. Resepi cedok kat blog Ummu Ainan

Ni bahan-bahan dia simple jer.. Oat, yogurt, buah yang korang suka lah

Saya guna plain yogurt
Campur yogurt dengan oats.. biar semalaman dalam peti sejuk

Pagi esoknya.. potong buah kecil-kecil. ikut suka hati lah. Rasa nak banyak letak banyak.
Letak air sikit, ESP 1 sudu.. kacau. dah boleh makan lah tu. Kalau rasa masam sangat boleh letak madu
Opps.. ni model berries :P


Lain kali nak cuba letak pisang. Mesti best

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...