Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Rabu, 14 Oktober 2015

Resepi Churros

Tadi cari resepi Churros. Nampak macam senang, jadi saya cuba buat untuk minum petang. Sebab pertama kali buat Churros terus jadi, maknanya resepi ni memang best. Rasa pun sedap, anak-anak boleh terima, jadi kita tepek sini resepi Churros untuk rujukan lain kali. Resepi ni saya ambil di blog Azhafizah

Bahan-bahan:

1 cawan air
1 sudu gula
1 sudu mentega
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam 
Esen vanilla (yang ni saya tak letak)

Didihkan air dengan gula, mentega & garam. Kecilkan api & masuk tepung, kacau. Berketul sikit takpe. Tutup api. Pukul telur & campur sekali, uli. 

Tekan guna piping bag & goreng. Takde piping bag jadi saya gentel-gentel je Churros ni dengan tangan jadi macam jari & goreng.

Inilah rupa churros tanpa acuan


Malas nak cairkan coklat, jadi saya letak gula halus (icing sugar). Siaplah Churros versi saya. Lain kali nak cuba dengan coklat la pula.

Sabtu, 8 November 2014

Nugget Roll

Assalamualaikum..

Gara-gara paip yang bocor dah belum dibaiki.. Hilang mood nak masak. Nak keluar pulak dok tunggu manalah orang ni tak datang-datang lagi tengok. 

Pagi tadi dah datang sorang uncle ni, tapi  suami tak nak katanya mahal sangat. Tunggulah sorang lagi datang. Kata pukul 2 ni dah pukul 3 (masa menaip entry tadi)

Pagi tadi lepas uncle tu balik, buat rolls untuk sarapan.

Pakai nugget ayam tempura Ramly je. Goreng nugget, potong kecil-kecil. 
Panaskan roti atas kuali letak je nugget, sos, keju mozarella, mayonaise. Gulung ikut suka & potong 2. Tak sempat nak snap yang dah siap gulung. Licin.
Nugget ayam tempura goreng & potong kecil

Saya guna garlic wrap


Untuk anak-anak, pakai sos tomoto. No sayur-mayur nanti tolak tepi semua

Ha ni special sikit. The more the merrier sampai tak boleh nak gulung :P

Ni petang ni rasa nak bakar pizza pula. Guna mission wrap tu juga. Hari ni tak makan nasi la kaedahnya.





Isnin, 27 Oktober 2014

Resepi: Vadai

Assalamualaikum... Vadai. Ada orang panggil masalavadai. Apa pun namanya.. Ini kuih kegemaran anak saya. Biasa beli kat pasar malam, tapi sejak kebelakangan ni memang jarang sangat pergi pasar malam. Kalau kat Ipoh dulu bila naik bas mesti pergi beli kat uncle yang jual kacang putih kat bus station Ipoh... kenangan.

Hari tu tengok rancangan kanak-kanak dekat TV2, tengok budak-budak tu buat vadai, teringin pula nak membuatnya. Jadi apa lagi.. Google.

Resepi ni saya ambil dari blog Tentang Dia (tak ingat link nya.. nanti update)

Bahan-bahan:
1/2 kg kacang dal rendam 4 jam / semalaman kisar. Separuh kisar halus, separuh lagi kasar-kasar
Daun kari - gunting kecil- kecil
Cili merah (saya tambah cili hijau)
2 biji bawang besar (potong dadu) - saya letak sebiji je
4 ulas bawang putih potong halus - saya letak seulas je
Biji ketumbar, jintan manis, jintan putih - tumbuk halus - saya guna serbuk ketumbar & jintan tu tumbuk kasar
Ajinomoto - tak letak
Garam secukup rasa

Campur semua bahan & bentukkan leper, goreng sampai kuning keemasan.
Kalau kacang dal tu berair sangat lepas kisar, cuba tapis pakai tapis santan tu, sebab nanti bila berair susah nak bentukkan & pecah bila goreng.

Kacang yang sudah direndam

Dah gaul semua bahan



Siap.. silakan lah.

Oklah tu kan?.. Janji boleh makan.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...