Jumaat, 31 Oktober 2014

Stress??

Ok... I'm stress. Bukanla stress sampai nak hantuk kepala. Hehe.. Apa ke halnya kan? Kepala sendiri yang sakit. Hari rabu baru ni, saya attend workshop untuk supervisory skills.. Semua staff yang ada sub-ordinate ke hadir. Biasanya kitorang memang nak je attend training. Ada makanan.. Banyak & foc :p. Lecithin standby.

Ni rupanya module 1. Oo ada lagi 2 modul nanti. Kali ni dia fokus kat mengenal diri sendiri termasuklah sama ada kita sedar atau tidak kita ni stress. Kalau stress pulak level berapa.

Memandangkan hari jumaat saya tiba-tiba je stress.. Suka hati dia jer nak buat kita stress. So lepaskan kat blog lah. Mujur juga dah last day work



Untuk hilangkan stress:
Siapkan report cepat-cepat
Balik tepat pukul 5.30 (padahal hari-hari pun balik time tu juga.. Efficient :p
Off email dari handphone



Sampai sekarang belum buka email lagi. Isnin je kita baca. Ada yang whatsapp.. No laptop. Tak boleh buka email. Senang. Tak payah meroyan bagai.. Tinggalkan je stress tu kat office. Balik rumah boleh je ketawa. 

Update: jumpa ni... Saya kalau stress (normally sebab last minute task/work) saya suka set priority. Mana yang penting jalan dulu.. Kena buat 'To Do List' & tengok priority. Bila yang so called 'urgent' dah settle, dah boleh senyum. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...