Isnin, 29 September 2014

Hari Kopi Antarabangsa

Muka depan Kosmo & NST hari ni



Hari ni Hari Kopi Antarabangsa. Minuman kegemaran masa belajar dulu sebab senang nak berjaga malam. Kalau minum kopi lepas pukul 3 petang confirm tidur pukul 3 pagi. 

Kopi dikatakan berasal dari Etiopia kira-kira 1000 SM. Biji kopi ditemui pengembala kambing yang nampak kambingnya cergas semacam lepas makan sejenis beri. Biji kopi dibawa pedagang Ke tanah Arab. Arabica Beans & Robusta, ni lah 2 jenis biji kopi. Arabica Beans paling berkualiti.
Biji kopi Arabika

Biji kopi jadi ekslusif di negara Arab hinggalah ada pedagang yang berjaya membawa keluar benih kopi keluar & sampai ke Eropah & Asia. Kafe pertama sebenarnya dibuka pada zaman Khalifah Uthmaniah.

Ramai yang cakap kopi tiada khasiat, sebenarnya kopi (kafein) pun membantu meningkatkan metabolisme. Kopi kaya antioksidan. Kalau ambil secawan dua tiap-tiap hari ok jer kan? Hrmm teringat kopi dulu-dulu. Kena tapis. Petang-petang cicah dengan biskut (orang Perak panggil roti empat segi)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...