Entry kali ni saya nak cerita pasal transit. Bukan bas transit.. tapi transit sewaktu dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Ni cerita pertama kali uhuk..uhuk.
Hari tu kan saya pergi Taiwan, jadi minggu lepas Allah murahkan rezeki saya sekali lagi. Dapatla berkunjung ke Eropah (macam la pergi seluruh Eropah tu :p). Tujuan asal tu nak ke Norway. Tak pernah sampai negara Eropah, tup-tup terus pergi atas sekali. Suami pun terkejut, apsal jauh sangat? Dah rezeki nak pergikan.. apa kira jauh ke dekat. Tetapla suamiku kena ambil cuti seminggu untuk jaga my precious yang 3 orang tu. Okay.. confirm. cari punya cari takde penerbangan terus. Kena transit... ookayy. Apala susah sangat kan?
Kitorang pun pilih Amsterdam (sebab tu jer yang kena dengan budget level2 kitorang haha). Boleh juga nak transit kat Bangkok, tapi tak berminat, sebab dah penah pergi (haha berlagak). Tiket pun confirm. Penerbangan ke Amsterdam dalam 12jam sebelah malam & sampai kat sana ~6 pagi (waktu Amsterdam). ~12 jam perjalanan. Waktu transit pulak 1 jam. Next flight pukul 6.55 pagi ke Oslo.
Sehari sebelum, boss cakap kalau nak transit lebih baik ambil 2 jam ke atas. huh.. tiket dah beli. Takpe la. Takkan la kena tinggal kan.. Kawan cakap, kalau lambat nanti diorang prepare kereta tu ambil kitorang bawa. yer lah tu. Masa sampai tu memang la sebelum pukul 6. Masa nak menunggu turun tu ambil masa dekat 10 ke 15 minit juga. Kami turun Gate C di Schipol Amsterdam Airport & kena menapak ke Gate E. Ingat dekat. Sambil jalan sambil cari wifi nak bagitau dah selamat sampai Amsterdam.. jeling2 signboard lagi 20minit. Memang lajula jalan. boarding 6.30 pagi. Cuak dah.
Sampai jer kat Gate E, mak aii ramainya orang. Masa tu dah 6.25. beratur panjang. Takde signboard untuk yang transit. Sudahnya nampak kaunter tingkap imigresen kat sebelah kanan. terus jer menerjah ke situ. Pegawai tu baru cakap kat sorang mamat orang putih ni. Bila saya tanya, dia selamba jer cakap.. 'same with you, the other side'. Aik belum tunjuk pun lagi boarding pass. Mujur juga boarding pass dah dapat kat KLIA. We wish we were in KLIA haha. Dah dia cakap tu, kitorang pun dengan muka terpinga2 dengan pantas follow mamat tu, excuse me.. excuse me habis kitorang redah line orang nak ke sebelah kiri. Gasak korang la, lepas ni tak jumpa dah. Sampai jer kat situ orang punya la ramai. Semua kena tahan & kitorang dengar macam pegawai tu cakap Oslo leaving.. leaving. Ah sudah. Angkat boarding pass (tak cakap dah).. dia terus bagi kitorang masuk. Kena lalu imigresen check lagi. Buka semua beg, keluarkan laptop.
Akhirnya berjaya juga kitorang transit di Amsterdam & naik kapal terbang ke Oslo.. lega. Dan bila sampai di Oslo.. luggage takde. Diorang cakap masih kat Amsterdam. Punya la penat berlari, beg tak naik rupanya & beg cuma dapat balik esok tengah harinya. Kalut. Tak bawa baju spare. Ada laptop jer nak keje esok. Kan dah kena beli baju baru.
Gambar hiasan masa penerbangan ke Oslo dar Amsterdam. Masa tu matahari baru naik. Tengok awan tu macam kapas. SubhanAllah cantik kan? |
Nak bagi tips la untuk yang first time transit cam kitorang:
- Pastikan waktu transit > 2jam, paling baik 3 jam.
- Bawa baju / keperluan untuk sehari dalam beg asing yang kita boleh bawa naik ke kabin sekali &
- sila google baik2 tempat yang kita nak pergi tu. Kat Oslo semua kedai tutup pada hari Ahad kecuali groceries / cafe & some tourist kiosk / shop. hahaha gulp!
Bye korang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan