Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Selasa, 20 Oktober 2015

Tip Mudah Gulung T-Shirt

Salam korang.. Korang tau tak? Disebabkan cuti 2 hari ni (anak-anak la, ibu dia kena kerja juga), mood cuti tiba-tiba.

Bila-bila nak travel yang pening ialah beg tak cukup besar. Bila dah pandai sikit, rupanya kena gulung. Barulah baju pun tak mudah berkedut.

Ni saya bagi tip mudah nak gulung t-shirt. 


Cara ni simple tapi kemas hasilnya

Mulakan dengan lipat dari bahagian dalam ke luar di bahagian bawah baju. Lipat bahagian tepi & gulung dari atas. Di bahagian hujung tu ada bukaan kan, cuma pusingkan bukaan ke bahagian baju yang kita gulung tadi. 

Hasilnya...


Memang jimat ruang beg & baju pun tak bersepah. Boleh susun kat bahagian bawah sebelum kita hamparkan seluar panjang / jeans. 

Agak-agak bila nak habis jerebu ni. Jangan time nak pergi holiday pun jerebu lagi, nangis.

Isnin, 7 September 2015

Inner Mongolia - The Great Mosque

Sambung lagi kisah saya di Nei Monggol (Inner Mongolia).. Lepas lunch hari tu, diorang bawa saya pusing-pusing kawasan muslim tu. Link sini

Majoriti kat situ muslim berbangsa Hui, Ada juga muslim dari Xin Jiang. Patut nampak muka macam orang Turki - Arab sikit. Lupa pulak nak snap gambar masa diorang meniaga batu permata kat situ.

Kalau ke Hohhot, jangan lupa singgah ke sini - The Great Mosque. Waktu baru lepas waktu Zohot

Masa makan petang tu, saya tanya apa pendapat diorang pasal kes di Xin Jiang, sebab kat Inner Mongolia ni saya tengok, diorang ok je. Kata diorang, majoriti penduduk Xin Jiang tak mahu keluar dari China. Kata diorang kat situ lebih pada masalah komunkasi. Saya tak tahu.. rasa rugi saya tak boleh faham bahasa diorang, nak juga saya tanya dengan orang-orang muslim kat situ apa sebenarnya yang berlaku. 

Berita dari China, tak banyak yang kita tahu. Bukan nak menyibuk pun, cuma nak juga tahu apa keaadaan saudara kita kat sana. Terus terang, saya tak nampak di mana orang muslim di luar kawasan Saihan ni (betul ke nama tempat ni, puas google belum jumpa lagi). Maksud saya, kat area tu nampak ramai muslim terutamanya warga emas, bertudung, berkopiah, tapi yang muda-muda susah sangat nak jumpa lagi-lagi bila dah keluar dari area tu. Tapi saya tak la nak buat conclusion, sebab saya pergi pun sekejap je, satu tempat jer pun. Mungkin ada lagi kat area lain. 



SEmpat juga snap tanpa orang


'Batu Bersurat' ni kat perkarangan masjid tu


Makcik-makcik kat masjid ni.. Peramah tapi saya tak faham apa diroang cakap


Ruang solat wanita kat tingkat atas

Saya singgah untuk Jamak Zohor & Asar kat The Great Mosque. Masa nak ambil wuduk tu, makcik-makcik tu tunjukkan saya tempat. Lepas tu diorang tunjuk tandas sambil buat isyarat untuk cuci. Pintunya separuh je, kalau berdiri terus nampak orang luar & sebelah. Tapi tandas tu kat dalam la, bukan terbuka. Ingat nak ambil gambar, tapi makcik-makcik tu dok tengok, terus tak jadi. Saya ambil wuduk jer, kebetulan dah pergi tandas masa lunch tadi.

Sebelum saya pergi ke Inner Mongolia, tu ada baca kat satu blog backpackers traveler ni pasal diorang ke Hohhot, tapi boleh lupa nak tulis nama blog dia. Harap-harap bila blogwalking nanti jumpa balik.





Jumaat, 4 September 2015

Inner Mongolia - Part 2

Salam.. sambung lagi cerita saya di Hohhot. Yang belum baca, sudi-sudi klik sini.

Lunch kami kat salah satu restoran muslim di area Saihan ni.

Kuda masih tradisi di Inner Mongolia

Di Inner Mongolia ni ada kawasan padang rumput, tapi agak jauh 6 jam dari bandaraya Hohhot, jadi saya tak pergi. Kalau yang berhajat nak naik kuda di padang rumput, dia, elok pergi masa summer lebih kurang August. Suasana pun cantik.

Terung diselit dengan daging masak sos

Dalam banyak-banyak makanan yang diorang hidang hari tu (dua-tiga je :P) yang kat atas ni special sikit. Terung tu diorang hiris, tebal dalam 1 1/2 inci, lepas tu selit dengan daging cincang. Goreng & tumis dengan sos. Biasa saya buat telur masak  macam tu. Tak pedas, tapi ada sikit-sikit rasa rempah.

Lagi satu kat Inner Mongolia ni daging memang bersepah.. segalanya daging. Kalau takde daging tak sah. Trip kali ni lah saya makan daging, sebelum ni biasanya layan vege jer.


Yang ni dinner petang tu sebelum balik hotel satay kambing


Rabu, 2 September 2015

Inner Mongolia - Part 1


Salam.. kisah saya di Inner Monggolia, belum habis lagi. Boleh intai-intai cerita sebelum ni di sini & sini.

Pertama kali saya dengan tentang Inner Monggolia, tahun 2012 kot. Masa tu bila colleague di Filipina beri tahu yang dia ke Filipina untuk audit supplier baru. Masa tu saya ingatkan Inner Monggolia ni dalam negara Monggolia. Rupa-rupanya dalam Negara China.

Jauh dari sasaran.. ingatkan pekan kecil je Hohhot ni

Sampai je di hotel (saya tinggal di Sheraton), terus cari katil. Colleague saya kata nak datang balik tengah hari untuk pergi lunch. ok sangat, badan ni sangat-sangat letih, terus tidur sampai pukul 11 lebih.

Tengah hari tu diorang bawa saya ke area muslim di Hohhot. Kalau tak salah nama tempat tu Saihan. Majoriti muslim di Hohhot, bangsa Hui.

Dari jauh dah nampak ciri-ciri bangunan islam

Nampak tak kubah yang jauh tu


Kalau boleh nampak, tulisan pada batu tu adalah bahasa Mongolia

Di Inner Mongolia ni, masih lagi tebal dengan cara-cara Mongolia. Kalau tengok kat papan-papan tanda pejabat, masih lagi guna tulisan Mongolia selain Mandarin.

Area dia agak luas & saya pulak cuma pakai sandal biasa, memang sakit kaki nak berjalan. tapi gagahkan juga, sebab fikir, bukan selalu boleh sampai sana. Mujur bawa Ostematrix.






Isnin, 31 Ogos 2015

Transit di Beijing

Salam.. sambung entry ke China. Part 1 kat sini

Flight dari KL, yang saya dengar sejak kes MH370 tu, dah takde lagi buat sebelah malam ke Beijing. Ada jer flight lain, tapi saya tak nak sebab MAS senang. Bab makan tak payah risau. Kalau yang nak solat pun ada ruang diorang sediakan. Tapi saya lagi selesa solat duduk.

Sampai di Beijing pukul 12 lebih 31 May 2015. Dah selesai kastam, imigresen semua, ters ke terminal domestik. Saya punya connecting flight pukul 6.15 pagi. Maknanya saya ada lebih kurang 6 jam kat situ.

Luggage terpaksa ambil, masa tu saya dok terfikir kalau boleh nak solat subuh lepas check in. Sekurang-kurangnya, saya tak leceh nak angkut beg pergi tandas ambil wuduk. Sampai situ hampa sebab, kaunter check in untuk domestik mula buka pukul 5 sedangkan subuh dah masuk pukul 3 lagi.

Saya cuba nak tidur, cari tempat majoriti penuh. dapatla duduk kat tepi tiang, tu pun tak boleh nak tidur sebab takut 1 hal, lagi satu diorang dok bagi announcement tentang safety, barang-barang yang tak boleh bawa naik kapal terbang. Sebab pengumuman tu 5 minit sekali, saya sampai dah faham apa yang diorang bagitau dalam bahasa China tu. Geram juga, sebab, kaunter check in belum buka, yang ko sibuk nak buat announcement tu kenapa!

Tengoklah ni.. pukul 3.30 pagi

Dalam 2.30 tu saya tengok dah makin ramai orang. Jadi saya pergi tandas (terpaksa la angkut beg besar). Siap ambil wuduk, saya cari spot kat tepi tiang dan solat subuh situ. Ada gak yang jeling-jeling, tapi diorang mungkin pelik jer kot (sedapkan hati).


Lepas solat tu, ramai orang dah mula beratur. Apa hal diorang ni beratur awal sangat? Rupanya lepas tu orang dah makin ramai. Nak tak nak, pukul 4.30 saya pun beratur jugalah. Sejam lebih juga kena beratur untuk check in. & 5.40 sampai di gate.

5.40 pagi 31 May 2015 - Beijing

Naik je kapal, letak beg, saya terus tidur. Dah tak kisah apa dah. mata ni dah tak boleh celik lansung. Terlampau letih. Saya dah tak kisah, orang nak buat apa pun. Sedar-sedar, dah nak mendarat di Hohhot. Akhirnya sampai di Hohhot, Inner Mongolia.

Airport dia kecik jer. Saya terlambat sikit jer sebab pergi tandas, beg diorang dah bawa masuk office hehe.



Ahad, 30 Ogos 2015

Kali pertama

Salam.. seperti yang dijanjikan hari tu.. Ni cerita saya 2 bulan lepas.

Kali pertama saya ke China, kali pertama juga saya merasa naik bussiness class, kali pertama ke Inner Mongolia & kali pertama travel sorang-sorang.. hrmmm

Sebab pergi atas urusan kerja, jadi permohonan visa, tiket semua office yang handle. Saya bila dah confirm jer visa lulus, terus tukar duit. Masa tu lagi seminggu nak pergi.

Bila dapat jer tiket, flight ke Beijing bussiness class. Ingat kot salah, rupanya, saya dapat MH upgrade. wah, excited juga. Selama ni dok naik ekonomi jer. Manalah layak nak claim bussiness class. Doakan dapat Shaklee trip, bolehlah pergi 5 stars holiday (sesi berangan).

Ni masa kat lounge.. makan sorang jer, 

Lounge pun kali pertama gak masuk.


Luas

Duduk-duduk jer.. diorang serve refreshment

Ni baru travel like boss

satay on board - sedap
Lepas tu diorang serve dinner & supper jugak.. kira makan jer lah untuk 6 jam tu, tapi menu biasa-biasa jerlah.

Flight 6 jam ke Beijing (teringat plak ke MH370). Dari naik tu sampai le lepas area Vietnam, takut juga. Bacalah apa yang patut. Penumpang sebelah pun saya tengok tak berhenti doa (ikut kepercayaan dia lah). Setiap kali ada turbulence, takut jer semua.

Alien untuk seminggu

Akhirnya, sampai kat airport Beijing pukul 12 lebih. Saya kena transit sini sebelum naik domestic flight ke Hohhot. Menggagau juga mencari. Dahlah bahasa tak berapa nak faham & ini juga kali pertama saya di airport Beijing. Sebab cakap dah macam ayam & itik, saya terpaksa tanya 2 ke 3 kali untuk direction ke domestic terminal. Mujurlah dalam 1 bangunan jer walaupun kena menapak sikit.

Kita sambung next entry yer

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Khamis, 27 Ogos 2015

Travel

Trailer jer ni.. Bukan movie je ada trailer. Ke mana kita lepas ni?

Nanti yer.. Kena susun ayat. Mood datang, baru syok bercerita

Menunggulah ni


Bila travel, suplemen wajib ada:

  1. Vita-Lea
  2. B Complex
  3. Vita C 
  4. Omega Guard
  5. Ostematrix

Faham-fahamlah, jalan banyak, tidur tak cukup, stress tersesat, mudah berjangkit penyakit, macam-macam lagilah. Kalau ada banyak space boleh juga nak bawa lebih lagi. Tapi yang 5 ni selesa untuk saya & yang paling penting tak tinggal basic supplemen yang saya kena ambil tiap-tiap hari.

Nak cari mood jap

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka & worldwide

Ahad, 23 Ogos 2015

Amsterdam Part 4 - Zaanse Schaans

Salam.. sambung cerita di Zaanse Schaans.. ni antara rumah yang ada kat situ.

Macam-macam cheese diorang ada. Fenugreek, yang pedas

Cara-cara buat Cheese.. lama juga nak membuatnya

Cheese yang dah siap.. besar-besar sungguh

Kalau tengok harga tu lebih kurang kat Malaysia juga, tapi tak pernah la jumpa cheese besar gedabak macam ni kat Malaysia

Demo buat kasut kayu, boleh beli kat sini. Selain dari yang tradisional, diorang jual juga yang design biasa.

Ni lah rupanya kasut kayu tradisional tu. Tapi yang ni saya  beli di Dam Square

Tu jerlah pengalaman saya di Amsterdam, memandangkan kitorang singgah sehari je. Masuk dalam buku untuk pergi lagi & tengok tempat lain pulak.

Khamis, 20 Ogos 2015

Amsterdam Day 1 part 2

Salam.. sambung entry tertunggak di Amsterdam. Layan gambar. Banyak gambar, tapi upload sikit jer lah.




Yang ni di Schipol Airport tapi tak beli sebab tak pasti halal ke tak
Besar-besar cheese kat sini.. tak pernah tengok sebelum ni
Donne Chicken.. harga Euro5.50




Di Dam Square.. masa ni dalam pukul 6 petang
Yang ni Dam Square juga lebih kurang pukul 8




Dekat are Dam square ni ada banyak kedai cenderamata, cuba cari kedai-kedai kat belakang (bukan main road), lebih murah harga.. tapi murah2 pun in euro. Bila convert sakit juga

Ramainya orang, lansung tak dapat nak ambil gambar.. so saya tak suka tempat ni huhu


Flower market.. ada gerai-gerai yang diorang tak kasi ambil gambar





Jalan-jalan di Amsterdam, kami guna tram dengan 2 day pass. Boleh search GVB (Kalau tak silap.. nanti check balik). Harga 12 euro. Dia kira 48 jam dari masa pertama kita scan. Tak susah nak follow tram diroang, yang penting download siap-siap map dia. 
Dari airport ke central station 5 euro untuk 1 way.

OK.. entry lain kita pergi Zaanse Schaans pulak

Khamis, 13 November 2014

Hari terakhir di Ardal

Assalamualaikum..

3 hari kami di Ardal, hari ke-3 sebelah petang selepas kerja, kami jalan-jalan di sekitar kampung ambil gambar pemandangan.

Epal.. weh. jadi terlebih excited kejap tak pernah tengok pokok epal

Hari terakhir, selepas habis kerja, kami ke Sogndal untuk naik kapal terbang ke Oslo. Flight malam pukul 8.25, pukul 5 dah terpacak kat airport. Airport dia kecil je. Ada 1 pintu. Tiket boleh book di wideroe.no

Atas ferry.. bak kata Chef Wan.. Wonderful.

Perjalanan mendaki ke Sogndal aiport.. 1 lorong. Pemandu kat sini memang berani mati, bawa agak laju juga, bila sampai kat selekoh tak bunyikan hon ke apa ke.. macam dah biasa jer
Kat sini, saya kena check thoroughly sebab masa lalu tu alarm bunyi. Kena sabotaj ke apa ni??? Setiap kali keluar mesti ada tempat yang nak kena check habis- habisan. Ngeri juga. Masa kat bangkok airport dulu habis semua barang diorang keluarkan & laser pointer tu pulak yang jadi masalah. Salah sendiri juga sebab bawa sampai 3. Kebetulan kami kongsi beli & saya pegang tiga-tiga.

Itu jer lah airportnya..dengan gunung..
Masa pegawai tu panggil, saya tengok dia atas bawah. Dia nak check apa ni. Terus dia tanya kalau saya nak pegawai perempuan. Haha. Gila kau.. Diorang nak raba habis tu. Tapak kaki pun dia check. Saya tanya kalau dia boleh bagi pegawai wanita tu check sambil buat muka kesian. Alhamdulillah takde apa-apa. 

Lepas check in, kami lepak kat dalam hampir 3 jam. Eric yang bawa kami dah naik flight pukul 6. Tak de seat kosong untuk kami tukar. Eric ni konsultan sebenarnya, tapi dah 6 bulan dia full time konsultan di Ardal. Setiap minggu dia berulang alik Isnin datang & Jumaat balik.  Sebab tak nak susahkan supplier hantar kami lagi, kami naik je lah kereta dengan Eric ke Sogndal. Rupa-rupanya, Eric ada joint venture company di Perak untuk projek ternakan ikan tilapia. Dah lama juga dia buat bisnes ni. Tiap-tiap tahun sekurang-kurangnya 2 kali Eric mesti datang Malaysia. Partner saya tidur sebab mabuk kereta, mana taknya jalan macam Tapah - Cameron tu, jadi saya duduk depan ambil peluang bersembang & ambil gambar. Kami naik feri untuk melintas fjord lepas tu mendaki untuk ke airport. 

Inilah Eric berlatarkan gunung & langit


Sampai Oslo dah pukul 9.30. Takut juga naik kapal kecil ni. Bila nak berlepas & landing kecut perut. Bunyi dia menakutkan. Rasanya ni kalau naik dari Melaka camtu la agaknya.

Ada lebih dari 10 airport kecil di seluruh Norway kalau tak salah saya masa survey untuk tiket dulu

Sebab esoknya flight pukul  6 pagi, kami buat self check in & lepas tu ambil bas ke hotel. 15 minit je. Tambang 70 krone. 

Hotel yang kami duduk ni terasa macam container.. Tak tau la betul ke tak.. Sebab memang tak nampak apa-apa. Kat luar pun gelap tak berlampu. Macam manapun selesa. Dalam pun luas.

Tidur je lepas mandi & solat. Esok nak bangun awal lagi. Bila trip ni penatnya sebab tidur lambat, bangun awal.


Isnin, 3 November 2014

Norway Day 3 - Ardalstangen

Assalamualaikum..
Sambung cerita hari ke-2 di Ardalstangen, Norway. Petang tu lepas habis kerja, kitorang di bawa naik gunung. Nama tempat ni Seimsdal. Kalau winter, tempat ni antara yang popular untuk diorang main ski.
Jalan naik memang berliku.. biasalah kan. Lalu terowong yang agak panjang & agak curam juga, tapi bila dah sampai kat tempat tu, aduii rasa macam tak terakam dengan kamera. Kalaulah boleh transfer apa yang terlihat di mata ni. Cantik sangat.. dengan warna daun pokok yang tengah nak bertukar, air jernih. Saya bayangkan, agaknya kalau saya datang dalam tempoh lagi 2 ke 3 minggu, mesti pemandangan lagi la cantik. Masa tu mesti hampir separuh daun-daun dah bertukar warna sebelum jengah ke November kan? Sambil turun balik tu, kami singgah sekejap ambil gambar kat jeram.. ada air terjun yang comel & cantik. SubhanaAllah yang mencipta. 
Jom tengok gambar…
 
Nak naik tu kena lalu terowong.. gelap dalam tu. Satu lorong je

Ni tempat ski masa winter... daun pokok dah mula bertukar.. cantik.
Berry.. katanya raspberry. tengah fikir kenapa tak serupa, mungkin kecil lagi kot
Ni kat belakang kabin

Comel kan?? Nak berendam memang tak sanggup la.. 10deg C tu

 Tak lama pun kat atas.. dah dekat pukul 7. Turun balik. Nak dinner.






Jumaat, 24 Oktober 2014

Norway Day 3 - Ardalstangen

Assalamualaikum.. sambung entry tertunggak pasal trip ke Norway bulan lepas. Nak tulis pasal travel kena ada feeling, baru taipan cerita tu lancar (bahasa apakah ini :P)
Hari ke-3 di Norway & hari ke-2 di Årdalstangen.. tu ejaan yang betul A dengan bulat kat atas. Norwegian language. Sebutannya.. Ordal.
 Dalam tempoh 2 hari kat sini saya tukar 2 kali arah kiblat.. tak tau nak kata apa. Ada apps tapi asyik tukar-tukar saya sendiri tak pasti kenapa. Masa sampai tu matahari baru nak terbenam, tapi sebab kawasan ni lembah, sekeliling gunung jadi Cuma nampak cahaya matahari kat puncak gunung. Saya agak-agak dari situ sebab apps pun macam tak berapa stabil. Tapi malam tu arah lain pulak kat phone. Tengok luar tak nampak bintang.. ingatkan betulla siang semalam tu dah salah arah, rupanya pagi ni tengok arah matahari terbit, ada yang tak kena….Aduhai. Inilah dianya bila ‘bergantung’ pada telefon pintar.. confuse, apps tu pakai wifi kot yer. Nak kena godek la pasni sebelum travel.

Snap dari ruang makan masa sarapan

 Hari ni hari kerja… Kat Norway waktu kerja diorang mula pukul 7pagi, jadi kami pergi office pukul 8 la. Hotel ni sebelah fjord kan.. pagi-pagi sambil sarapan tengok air & gunung memang cantik. Nyaman jer.. dengan cuaca sejuk bawah 10 deg. 

Sebelum pergi office.. sempat lagi tu hehe


Tengahari tu kami lunch kat kilang je.. How I wish to have office like this..haha berangan tak habis-habis.

Kalau korang perasan, kat langit yang biru tu ada bayang-bayang lampu.. saya ambil gambar ni waktu lunch dari kantin diorang.. cool kan? makan sambil tengok view yang yang cantik, sejuk mata memandang

sekeliling kantin diorang ni memang kaca - tengok gunung pulak. salah seorang staff kat situ tinggal kat rumah area tu & ada ladang rapsberries.. nangis tak dapat pi tengok

Lagi :P

Lunch saya.. orang putih style. Ingatkan dapat makan fresh salmon rupanya tak hihi.. ni 1st time makan jeruk buah zaitun, biasa makan yang dah jadi topping pizza jer


Nanti saya sambung cerita sebelah petang kami ke Seimsdal.. tempat orang main ski masa winter.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...