Ahad, 16 Ogos 2015

Ulser perut

Salam.. Sambung entry kelmarin mengenai ulser.

Ulser perut / ulser peptik (Peptic Ulcer Disease, PUD) bahasa ringkasnya luka dalam lapisan perut kerana hakisan dari asid perut. 

Sakit perut yang sering dianggap biasa / angin mungkin ulser


Penyebab ulser perut / usus:

  1. Jangkitan Helicobacter Pylori (H.Pylori)
  2. Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan seperti ibuprofen & aspirin

H. Pylori dikatakan boleh berjangkit melalui makanan, air atau sentuhan.

Selain dari 2 sebab di atas, ulser boleh jadi lebih buruk dengan cara kehidupan seharian seperti merokok, alkohol & stress. 

Cuba kawal stress sebaik mungkin untuk mengelakkan ulser jadi lebih teruk


Tanda-tanda ulser perut:

  • Sakit berterusan pada bahagian bawah & atas perut. Rasa sakit boleh berterusan beberapa jam datang & pergi tanpa pesakit sedar
  • Kembung / banyak angin, terasa seperti gastrik boleh jadi lebih teruk jika perut kosong / lapar

Selain itu ada juga pesakit yang menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • Najis hitam
  • Muntah darah
  • Rasa mual / muntah-muntah
  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya
  • Sakit dada

Cara mengesan ulser:
Ujian darah bagi mengesan kehadiran virus Helicobacteria Pylori (untuk pengetahuan ujian ini tidak sama dengan ujian darah yang normal)
Ujian pernafasan (Urea Breath Test)
Doktor mungkin akan melakukan ujian endoskopi untuk melihat usus / perut

Oleh kerana ulser ni berkait dengan perut & usus, makanan memang boleh memulih / memburukkan lagi keadaan. 

Kawalan diet bagi pesakit ulser perut:
Elakkan kopi, walaupun decaf coffee, say no..no coffee. Kopi ni berasid jadi kena elakkan. Kang lagi kembung la pulak.
Merokok / alkohol
Kawal pengambilan makanan berlemak atau pedas
Elakkan susu (biasa yang kena gastrik pun doktor akan suggest minum soya)
Dapatkan berat badan ideal
Elakkan stress yang boleh meningkatkan kehadiran asid dalam perut seterusnya menyukarkan pemulihan.

Penting: ulser yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius. Jumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat



Makanan / suplemen yang dicadangkan:
Vivix (antioksidan) - mengimpakkan 4 mekanisma utama penuaan selular
Carotomax (antioksidan) - memelihara membran mukosa perut & usus
ESP - membantu pemulihan
Alfalfa Complex - Membantu mengurangkan keasidan usus & inflamasi
Nutiferon - melawan jangkitan & meningkatkan sistem imun
Vita-C Plus - untuk mengelakkan jangkitan
Omega Guard - Membantu mengelakkan saluran perut & usus menjadi ulser
Zinc Complex - menggalakkan pemulihan segera
Peppermint Ginger Plus - membantu pencernaan dengan menggalakkan penghasilan cecair pencernaan semulajadi






2 ulasan:

  1. Gigih saya baca, huhu takut sy ada penyakit ni sbb selalu sakit perut :')

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...