Khamis, 17 September 2015

Jimat Dengan Basic H

Semalam cuti Hari Malaysia, kitorang buat operasi pembersihan rumah. Habuk yang dah seinci kat atas almari tu kena bersihkan. Tak tahan hidung ni. Dah lah alergi.
Saya panggil orang tolong bersihkan rumah. Sebenarnya ni pertama kali saya panggil orang tolong. Biasa buat sendiri. Faham-faham lah bila buat sendiri nak cepat, buat yang penting-penting je. Jadi saya sub kat dia untuk tolong saya cuci habuk, tingkap, pintu gelongsor  & mop lantai.

Dapur & bilik air saya cuci sendiri. Husband & anak-anak tolong kemas kat ruang tamu sebelum Mar (ni nama orang yang datang tu) vacuum & mop lantai. Sebelum Mar mop lantai, saya sendiri siapkan botol penyembur air & air dalam baldi untuk mop, tapi dia tak cakap apa pun. Masa dia mengemop tu, saya jenguk kat bilik & terus Mar beritahu. “Bersih lantai.. tadi akak letak sikit sangat” Hehe.. saya senyum jerlah.

Macam-macam pencuci toksik & bahan kimia kat rumah yang merbahaya


Memanglah kalau guna Basic H guna sikit jer. 1 sudu besar cukup untuk mop satu rumah. Untuk cuci tingkap & pintu kaca, saya letak 5 titik untuk 1 botol air. Sembur, lap dengan kain. Insyaallah bersih. Kalau ada makanan / air tumpah kadang-kadang tu saya suruh budak-budak lap sendiri je. Tak risau sebab bukan bahan beracun pun.

Tandas & bilik air pun boleh guna baki air mop dengan Basic H tadi, memang bersih. Biasa saya cuci bilik air sebelum mandi. Sembur, lepas tu berus lebih kurang & bilas. Tak sampai 10 minit pun, buat seminggu sekali cukup dah.

Basic H pencuci serbaguna


Basic H ni lah saya guna sejak tahun lepas. Dulu ada jer, yang lantai lain, bilik air lain, mangkuk tandas lain. Sejak saya guna Basic H, saya guna untuk mop lantai, cuci tingkap, bilik air, tandas, lap perabot, dapur masak malah oven masak tu pun saya cuci dengan Basic H. Tak lupa.. Anak-anak cuci kasut sekolah dengan Basic H. Semua malas nak berus teruk-teruk.

Suka sangat sebab tak de bau yang tak menyenangkan & tak perlu nak tonyoh sangat. Jimat masa. 

Lagipun Basic H ni bahan pencuci organic & diperbuat dari jagung. Tiada bahan kimia jadi tak risau merosakkan tangan kesan pada kesihatan. Basic H adalah pencuci serbaguna organic dengan pH yang seimbang untuk kulit & selamat untuk persekitaran. Kalau siram ke pokok pun takde masalah.

Belum cerita pasal harga lagi tu. Sebotol Basic H, berharga RM39.22 dan saya sendiri guna lebih dari 6 bulan. 

Normala
Pengedar Shaklee Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...