Ahad, 20 September 2015

Aiskrim Homemade

Assalamualaikum.. apa khabar hujung minggu korang?

Ni cerita semalam, cuba-cuba buat aiskrim sendiri kat rumah. Bukan aiskrim Malaysia tu tau. Yang tu semua orang pun tau.

Ok.. Ni resepi. Sebenarnya ada resepi lain-lain juga yang saya tengok kat facebook & blog. Tapi bahan asas tetap kena ada susu. Sebab susu segar takde kat rumah, jadi saya guna resepi ni:

Sumber: facebook.. tak ingat dah page mana.

1 tin susu cair (boleh ganti dengan susu segar / susu coklat kalau nak)
suku tin susu pekat (kalau yang suka manis, bolehlah letak lebih)
1 sudu besar Ovalette (cari yang halal ye)
Perisa terpulanglah nak guna Oreo pun boleh atau nak guna coklat / koko / milo

Nak buat pun senang. Campur semua bahan kecuali perisa, putar sampai dia kembang macam aiskrim yang mula nak cair tu. Saya guna pemutar kek tu. Bila dah kembang elok, tambah perisa. Saya guna cip coklat. Bolehlah simpan dalam peti ais beku. Kurang-kurang pun dalam 5 ke 6 jam. Terlupa pula nak tambah Meal Shakes. Tak pe lain kali dah tau buat, letak Meal Shakes. Mesti lagi creamy.

Buat dengn anak-anak, semangat sikit.. semalam saya buat separuh sukatan je dapat separuh bekas aiskrim tu


Ada budak jilat lebih aiskrim dalam mangkuk


4 ulasan:

  1. Bestnya buat aiskrim. Resepinya simple je kan tapi yummyyy! Saya selalu buat dgn oreo :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hrmm.. nak cuba lain kali dengan oreo pulak

      Padam
  2. saya nak asikrim suruh anak buat. nasib dia suka buat. mama dia suka makan je hi hi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. kena tunggu anak-anak besarlah saya

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...