Ahad, 23 November 2014

Pengambilan Vitamin C

Pelepasan berterusan memastikan Vitamin C kekal dalam darah
Assalamualaikum...... Apa aktiviti hari ini agaknya. Tadi saya balik dari Selangor. Memandu sendiri dengan 3 orang anak.. apa nak buat En Suami kerjalah pula hari ni. Bila kerja shift, macam nilah. Ilmu punya pasal sanggup ku redah jua walaupun masa balik tadi dalam hujan yang teramat lebat tak nampak jalan. Musim hujan ni ramai la yang demam, selsema. owh.. hari ni saya nak share pasal Vita-C SR & cara pengambilan.


Vitamin C memang kita tahu bagus untuk tingkatkan imun badan. Untuk Vita-C Plus Sustained Release, sebagai dos harian, kita boleh ambil sebiji sehari. Elakkan makan Vita -C bersama ubat / antibiotik (apa-apa suplemen pun sama, bukan Vita-C sahaja) dalam tempoh 2 jam untuk memastikan penyerapan ubat / suplemen yang berkesan.

Manfaat Vitamin C untuk tubuh yang perlu diambil dari luar


Vitamin C memang kena ambil dari pemakanan / suplemen tambahan sebab badan kita tak menghasilkan vitamin C sendiri. Bila kita ambil Vita-C Plus 2 biji sehari (ambil dalam jarak masa 5 jam bagi setiap tablet) mengikut kajian klinikal Shaklee ia mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam. Setiap jam tubuh kita cuma menyerap ~100mg vitamin C. Yang lebih-lebih tu... akan terbuang. jadi check label bila membeli Vitamin C.


Satu lagi tip, bila selsema/demam patahkan tablet Vita-C Plus SR untuk penyerapan lebih cepat.

Amaran!
1 batang rokok menghapuskan 50~100mg vitamin C....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...