Isnin, 24 November 2014

Lupa

Pelupa. Sekejap ingat.. tapi lepas tu terlalai je sekejap, terus tak ingat. Puas la memikir.. Apa yer tadi? Biasa tak kena camtu?  Tak berhubung kihkih.. Bila lepas bersalin lagi la kuat pelupanya. Nak kena telan Lecithin lebih sikit kot (tak mengaku dah tua!)
Pelupa tahap kronik boleh mengundang bahaya.. Jangan anggap mudah

Lagi satu penyakit lalai. Dulu jangan harus pegang purse, kunci atau beg kecil-kecil kat tangan. Jenisnya bila pergi beli barang suka letak apa yang kat tangan tu sambil tengok barang apa nak beli. Dah sudah main jalan je. Masa matrik dulu, hilang kan kad bank ATM kawan dengan saya sendiri punya sekali. Alkisahnya kawan saya Rose ni kirim untuk keluarkan duit dari bank. Lepas jer keluarkan duit, saya letak kad dia & saya dalam plastik bag. Bag tu ada alat tulis baru beli kalau tak silap. Tak sedar & tak ingat pun dekat mana saya tinggalkan beg plastik tu sampai balik hostel. Mujur juga duit selit dalam poket baju. Kalau tak? Student kann.. manala ada duit banyak sangat. Takkan nak minta kat mak je. Yang ngeri-ngeri macam tinggalkan air tengah masak atas dapur pun ada juga, boleh siap pergi sarapan kat kedai lagi. Padahal masa tu belum kahwin – bersalin lagi. Tak tau la urat mana yang putus. Asyik berangan je mak kata :p
Lupa nama.. Kalau kita jumpa bagi namecard bergambar ye :p

Sebab tu saya lebih suka guna bag yang sandang / gantung. Insyaallah tak hilang. Semua barang duduk dalam bag. Biarla beg tu besar, gemuk macam anak gajah takpe. Takde istilah makcik-makcik kepit handbag kat ketiak ni. Confirm hilang ntah mana-mana. Kalau boleh bila balik kerja tu, botol air pun nak masuk dalam beg. Mujur anak tak masuk sekali.
Buku comel saya
Lagi satu sekarang ni kalau teringat apa-apa topik nak cerita kat blog, cepat-cepat tulis. Satgi mesti terlupa, lepas tu mulalah.. kalau nak tau entry pelupa ni keluar sebab dah terlupalah ni nak cerita apa, tadi ingat.…
Ohh.. ni lagi satu petua dari Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din kalau kita lupa. Cuba lah. InsyaAllah... 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...