Selasa, 18 November 2014

Diarrea Pengembara


Setiap tahun 10juta pengembara antarabangsa menghidap diarea. 

Teringat semasa ke Taiwan bulan Jun yang lepas. Partner saya kena diarea ni pada hari ke-3 semasa di TaoYuan. Tak pasti apa yang dia makan, tapi esoknya dia memang lembik betul. Sementara kami habiskan kerja, terpaksa minta supplier benarkan dia tidur di klinik. 

Puncanya kebiasaannyalah kena diarea sebab air & makanan. Diarea adalah gangguan saluran pencernaan yang kebiasaannya menyebabkan najis menjadi lebih cair & perut / abdomen rasa kejang / cramp. Kalau kena masa kita travel, mesti la tak sanggup. Nak-nak pula kena hari yang kita kena travel dari satu tempat ke satu tempat.




Punca
Ada kes yang disebabkan oleh stress ataupun perubahan jenis makanan. Yang paling biasa.. bakteria E-Coli. E-Coli melekat pada dinding usus & mengeluarkan toksin menyebabkan diarea & kekejangan abdomen. Kebiasaanya risiko terkena diarea adalah mereka yang mempunyai daya tahan (imun) yang lemah, penghidap diabetes & mereka yang mempunyai masalah usus.

Bagi pembaca yang nak melancong / mengembara mungkin boleh cuba beberapa tips ini:
Telur, ayam, itik antara makanan yang biasanya dikhuatiri mengandungi bakteria ini

Elakkan!


  • Membeli makanan yang di beli dari penjaja di tepi jalan
  • Susu / hasil tenusu yang tidak di pasteur (termasuk aiskrim)
  • Daging, ikan, kerang-kerangan yang mentah / separuh masak
  • Makanan lembap yang ditinggalkan pada suhu bilik seperti sos
  • Air paip / telaga / tidak di masak (ada negara yang air paip mereka boleh diminum macam tu je)


Pastikan!


  • Makan makanan yang panas & dimasak sempurna
  • Buah / sayur yang dikupas sendiri (untuk mengelakkan pencemaran)
  • Gunakan air dalam botol untuk minum, memberus gigi
  • Tutup mulut semasa mandi
  • Untuk bayi, guna air dalam botol / di masak
  • Yang penting kalau dah terkena, kena minum air banyak & cuba dapatkan rawatan doctor secepat mungkin terutama kalau kanak-kanak. Boleh juga bawa bekal ubatan / makanan tambahan sebelum melancong seperti ubat cirit-birit / paracetamol (demam).

Selamat travel..
 
 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...