Khamis, 29 Oktober 2015

Hujan

Alhamdulillah.. cuaca nampak makin baik. Jerebu makin hilang. Langit dah mula nak nampak biru. Sekurang-kurangnya, dah mula nampak awan. Nampak bukit, pokok hijau. Bangunan dah tak samar-samar.

Hujan dah mula turun.. Bila hujan macam ni, satu yang saya paling suka, tak payah siram pokok. Bukan pokok bunga pun, tapi pokok kunyit, limau, cenohom, pandan. Tadi baru tanam pokok bawang. Harap-harap hujan ni tumbuh elok. tak payah beli kat kedai. Tanam pun tadi dah malam, lepas maghrib. tu jer masa yang ada kalau sampai rumah pun dah gelap.

Hari ni sekadar cerita, saya tak de motif apa pun. Cuma dengan musibah jerebu baru ni, terfikir betapa kita merindui langit biru, hujan. Bila ada kita tak kisah pun. Samalah dengan orang sekeliling kita, bila ada tak nak ambil tahu, ego. Bila dah takde baru terasa.



Ni sambil layankan anak-anak bercerita.. ni jer masa yang ada. Masing-masing dah buka buku. Sorang dah hanyut. Ibu dia pun sat gi hanyut juga ni. 

Indahkan hidup!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...