Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Selasa, 8 September 2015

Buku

Salam.. saya sedang baca buku ni..




Baru bab kedua, tapi menarik sebab sebelum ni tak pernah pun saya tahu yang Rasullulah SAW sepanjang hayatnya cuma pernah sakit sebanyak 2 kali. Allahuakbar.. 63 tahun hayat Rasulullah SAW, sakit 2 kali. Semangat nak habiskan sebenarnya, nak tahu apa rahsia


Khamis, 6 November 2014

Diskaun 20%

Assalamualaikum..
Diskaun 20%! Banyak tu.
Code untuk diskaun

Saya baru je daftar online akaun di mphonline. Create new account & masukkan alamat email. MPH akan email code untuk diskaun 20% bagi pembelian pertama. Login balik ke akaun online tadi & pilih mana-mana buku yang kita nak. Lepas tu masukkan code yang diorang bagi. Ni kiranya subscribe melalui email. Kalau tak terima email, cuba check dalam junk email.
Boleh bayar guna maybank2u, cimbclicks, credit card atau paypal. Kalau pembelian di bawah RM50, kena bayar shipping cost, jadi tambah la apa-apa buku yang korang nak. Lagi pun ada diskaun 20% kan! Saya beli 4 buku baru RM64. Oh ya.. kalau bayar guna bank transfer bayaran Cuma akan update keesokan harinya. Terkejut juga hari tu, sebab lepas je transfer duit dari maybank2u, tak balik pada mphonline web. Siap call customer center diorang. Rupanya memang camtu kata dia. Esoknya check balik dah update, payment received. Lega. Adik tu kata kalau bayar kad kredit, terus update. Tak payah tunggu.
Sampai sudah

Puas hati sangat sebab cepat, order hari Selasa, Khamis dah sampai dengan pos laju. Tak la membelek di kedai bukukan. Kalau membelek di kedai buku memang makan jam juga, last-last tak beli.
Siapa beli RM100 dalam 1 resit automatik dapat keahlian morewards untuk 1 tahun. Lain kali kalau beli lagi dapat diskaun 10%. Yang 10% tu masuk tabung bukan beli ni 💄



Sabtu, 18 Oktober 2014

My Favourite... Enid Blyton

Assalamualaikum..

Antara cerita yang saya suka masa sekolah dulu buku karya Enid Blyton. My favourites.. Koleksi tak banyak mana pun. Yang ada tu beli masa tingkatan 3. Lain pinjam je kat library. 
Enid Blyton - St. Clare

Tadi bawa anak-anak gi Popular. Sibuk nak beli komik Lawak Kampus. Sekali ada sale le pulak. 1 set pulak tu. Sambar jer lah. Harga pun dah diskaun 75%. Kalau tak beli rugi ni.
Diskaun- pantang tengok 

Nanti dah habis baca simpan untuk anak-anak. 
Full set yeah..

Buku yang lama ni nak buat koleksi antik la kot. Nanti kita fikir apa nak buat. Sayang nak buang. Nak bawa ke library office siapa pulak nak baca buku budak-budak ni. Mak orang ni aje yang masih baca buku budak-budak.

Nak cari siri Faraway Tree lain kali.
Yang lama hard cover.. sayang weh

Normala



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...