Rabu, 23 September 2015

Puasa Hari Wukuf

Salam.. Hari ini mungkin ramai yang sudah dalam perjalanan balik kampung. Saya dah sampai kampung.. Alhamdulillah. Raya kali ni kami di kampung suami. Cantik sangat, kena dengan cuti sekolah. Anak-anak tak sabar-sabar nak balik, boleh jumpa sepupu katanya. Kami pun cadang nak buat aqiqah untuk anak. Harap tahun ni tak ada halangan untuk selesaikan aqiqah si kecil.

Oh ya, ada tak yang puasa hari ni? Sebab awal lagi ni kalau ada yang dah bangun tu alang-alang sahur lah sekali. hari ni 9 Zulhijjah, hari wukuf. Di galakkan berpuasa. Kalau tak perasan tadi, selagi tak masuk zohor dan belum makan apa-apa dari subuh tadi boleh niat puasa sunat.

Dari Page Dr. Zakir Naik

Amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah:


  1. Puasa 9 Zulhijjah (Semoga puasa kita akan menghapus dosa setahun yang lalu & setahun yang akan datang)
  2. Puasa sunat Isnin & Khamis
  3. Puasa ganti (ni terutamanya untuk wanita lah)
  4. Banyakkan bertakbir & berzikir
  5. Doa 


Bukan selalu 9 zulhijjah. Esok bolehlah makan puas-puas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...