Khamis, 15 Oktober 2015

Omega Guard & GLA Complex

Salam.. hari ni kita sentuh sikit mengenai GLA Complex & Omega Guard - Dua-dua sedang promosi bulan ni tau.

Unsur aktif dalam GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 (gamma-linolenic acid). Di dalam tubuh GLA akan ditukarkan kepada prostaglandin yang boleh mengurangkan inflamasi.

GLA Complex adalah salah satu produk dalam set kesuburan bagi yang mencuba untuk hamil. Caranya dengan mengambil dari hari pertama haid hingga hari ke-14 (atau hari ovulasi).

GLA Complex tak boleh di ambil masa mengandung. Bukan tak selamat, tapi tidak ada kajian yang menyokong ianya selamat atau tidak diambil sewaktu waktu hamil kerana kajian klinikal tidak boleh dijalankan ke atas ibu hamil. Jalan selamat adalah tidak mengambilnya.

Promosi bulan ni


Ibu yang hamil, di galakkan untuk mengambil Omega Guard (Omega-3), cuma kena berhenti mengambil apabila mencecah 8 bulan untuk mengelakkan pendarahan sewaktu bersalin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...