Selasa, 11 Ogos 2015

Hari pertama di Amsterdam

Ini entry tertunggak. Esok sambung cerita Shaklee. Teringat pulak nak update cerita di Amsterdam.

Cerita travel saya di Norway tahun lepas belum habis. Sememangnya kami plan nak singgah di Amsterdam. Alang-alang dah transit, nak la tengok Amsterdam kan? Akhirnya dapatla delay 1 hari untuk flight balik dari Amsterdam ke KL.

Sebenarnya kawan saya nak stay 2 hari, tapi saya memang tak sempat. Dahla husband ambil cuti seminggu, kalau stay 2 hari dia kena sambung sampai Isnin. Tak tergamak la pulak, kesian dia habis cuti, wife gi jalan-jalan. Next time la yer.

Flight kamu awal pagi. Saya plan tak nak bawa beg besar kami ke hotel. Ingat Sebelum pergi saya dah google, boleh simpan bag di airport. Cuma kena guna credit card & di Europe, diorang guna pin. Kalau bayar di kaunter agak mahal.

Bila kitorang sampai kat Schipol Airport, jumpa tempat tu, tapi tak boleh scan credit card. Masa di Malaysia, saya dah call bank untuk release card transaction seminggu. Ada tanya juga no pin tu. diorang kata tak payah. Bila tanya di kaunter, diorang pun tak suggest untuk bayar di kaunter, sebab nanti kami kena bayar untuk 48 jam gitulah lebih kurang. Apa-apa pun, customer service dia memang sangat membantu. Layan jer kitorang.

Akhirnya dah malas nak buang masa, kitorang angkut jer beg tu pi hotel. Punah harapan nak terus gi jalan-jalan. Masa tu rasa geram juga kat bank.. haha.

Bila berkelana ni (:P) kita lebih menghargai orang lain.

Di Zanse Schaans

Tempat ni memang cantik sangat. Nanti kita sambung.

6 ulasan:

  1. Amsterdam.. bestnya.. nanti tunjuk gambar tempat-tempat menarik ea.. ^_^

    BalasPadam
  2. Itulah kadang kita ni jujur ikut kata pegawai bank tu last bila dah diperantuan lain jadinya
    Tak dheret beg itu nak sangkut kat mana pulak kan... tak apalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini namanya perancangan tak menjadi Kak Zakie

      Padam
  3. Saya suka betul tempat ni.Cantik je pemandangan kat sini rasa tak nak balik.Kena pergi lagi kalau singgah Amsterdam.Terlepas nak posing dekat terompah besar tu hari tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...