Isnin, 20 Oktober 2014

Tips - Kahak & Asma

Assalamualaikum.. Saya doakan semuanya sihat hari ni. Musim demam juga sekarang ni. Cuaca tak menentu.  Opps.. bukan saya demam kali ni, tapi anak. Selsema, berkahak. . Saya paling tak suka kalau berkahak. Biasanya lepas demam / selsema, mesti ada kahak. 
Susah nak bernafas. Kita sendiri pun rasa susah nak tidur, kalau boleh nak sedut keluar, inikan pulak anak-anak. Belum pandai nak urus diri sendiri apatah lagi penyakit sendiri
Tips ni saya petik dari wikiHow.com tentang cara-cara nak atasi masalah kahak
Melalui makanan:
1)      Teh yang dicampur dengan jus lemon & madu – kandungan asid dalam lemon mencairkan kahak & madu akan melegakan tekak yang tak selesa (teringat pulak Honey Lemon Tea kat Secret Recipe... segarnya)

Minum madu setiap pagi dengan air suam sebaik bangun dari tidur

2).     Makanan pedas – boleh cuba wasabi / lada hitam
3)      Minum air suam – teh atau sup

Air panas / wap dari air panas melegakan tekak. Boleh juga sedut wap dari air yang diletakkan dengan sedikit vicks


4)      Berkumur dengan air garam (bancuh ½ sudu garam bersama air suam)

Kalau ada garam bukit lagi baik ni..


5)      Makan roti bakar – yang saya tak pernah cuba, katanya roti bakar akan membantu menarik kahak yang melekat pada dinding kerongkong sewaktu kita menelan secara lembut & dikumuhkan
6)      Minum la banyak air – Kahak terjadi spontan menghalang pencemaran luar / bakteria (menunjukkan dah mula ada jangkitan) & system imun sedang berkerja keras. Secara logiknya tubub kita memerlukan cukup air untuk melawan jangkitan / serangan luar
7)      Minum sesudu cuka epal

Cuba elakkan:
Merokok – Haram & tak baik untuk kesihatan pun disamping merokok meningkatkan kebarangkalian penyakit berkaitan paru-paru. Kesian kat orang sekeliling anda.
Produk tenusu – khusus untuk mereka yang alah pada lemak tenusu
Bau  dari asap / bahan kimia


Shaklee pun ada juga produk yang boleh membantu..
Omega-3 seperti Omega Guard membantu pesakit asma yang biasanya berpunca dari kahak yang banyak terutamanya kanak-kanak
Anak-anak suka makan camtu jer.. diorang boleh kunyah kapsul & minum air

Pengalaman saya dengan anak yang ada asma, biasanya kahak memang banyak. Takde cara lain nak hilangkan kahak kena ambil nebulizer. Sejak 5 bulan lepas, saya bagi dia Meal Shakes & Omega Guard tiap-tiap hari. Kali ni dia cepat kebah. Dalam tempoh 2 hari jer. Takde bagi antibiotik pun. Saya cuma bagi double dose. Biasa makan 1 kapsul, jadi 2 kapsul sehari. 
Ada banyak cara nak sediakan Meal Shakes untuk anak-anak. Boleh jer campur dengan minuman coklat atau di buat smoothies / ice blended


Meal Shakes tetap macam biasa. Dia suka Meal Shakes dia shake dengan susu coklat untuk sarapan. Malam sebelum tidur, bagi dia makan ubat sapu vicks kat dada dia. Alhamdulillah tengok dia cepat sembuh memang seronok sangat. Kalau dulu, mesti ponteng sekolah 2 hari, tu pun tak betul-betul baik. Dah 2 kali dalam 2 bulan ni dia kena selsema & kahak. Dua-dua kali pun takde ambil antibiotik. 
Kat rumah memang dah tak boleh miss 2 benda ni untuk anak-anak.Ibunya yang happy.
 Normala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...