Isnin, 27 Oktober 2014

Resepi: Vadai

Assalamualaikum... Vadai. Ada orang panggil masalavadai. Apa pun namanya.. Ini kuih kegemaran anak saya. Biasa beli kat pasar malam, tapi sejak kebelakangan ni memang jarang sangat pergi pasar malam. Kalau kat Ipoh dulu bila naik bas mesti pergi beli kat uncle yang jual kacang putih kat bus station Ipoh... kenangan.

Hari tu tengok rancangan kanak-kanak dekat TV2, tengok budak-budak tu buat vadai, teringin pula nak membuatnya. Jadi apa lagi.. Google.

Resepi ni saya ambil dari blog Tentang Dia (tak ingat link nya.. nanti update)

Bahan-bahan:
1/2 kg kacang dal rendam 4 jam / semalaman kisar. Separuh kisar halus, separuh lagi kasar-kasar
Daun kari - gunting kecil- kecil
Cili merah (saya tambah cili hijau)
2 biji bawang besar (potong dadu) - saya letak sebiji je
4 ulas bawang putih potong halus - saya letak seulas je
Biji ketumbar, jintan manis, jintan putih - tumbuk halus - saya guna serbuk ketumbar & jintan tu tumbuk kasar
Ajinomoto - tak letak
Garam secukup rasa

Campur semua bahan & bentukkan leper, goreng sampai kuning keemasan.
Kalau kacang dal tu berair sangat lepas kisar, cuba tapis pakai tapis santan tu, sebab nanti bila berair susah nak bentukkan & pecah bila goreng.

Kacang yang sudah direndam

Dah gaul semua bahan



Siap.. silakan lah.

Oklah tu kan?.. Janji boleh makan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...