Rabu, 24 September 2014

Taiwan 2014 - Day 2 part 3

Last entry on Taiwan... Finally haha.

Selepas YehLiu kami singgah dekat satu kedai ni. Katanya kedai ni jual barang2 yang tak lepas kastam (entahla lepas kastam ke tak lepas kastam.. dah lupa). Sebenarnya bagi saya barang kat kedai macam kedai biasa jer.. tak dela apa yang menarik. Saya beli payung (sebab hari dah mula hujan & saya lupa bawa payung :P).. & T-Shirt.
Lepas tu, Mr. Lai bawa kami panjat bukit.. naik kereta la. Kawasan ni katanya berasal dari lombong tembaga. Yang tinggal terowong paip & bangunan lama. Macam tak mantain sangat. Tapi dari atas boleh Nampak air laut tu macam ada 2 warna. Katanya sebab ‘copper’ kat dasar laut.
Air terjun tu pun ada warna emas.. sebab tu diorang panggil “Gold Fall”.
'Gold Fall'

Destinasi terakhir kami di Taiwan hari tu sebelum balik ke hotel ialah Jiufen. Tanah tinggi. Dulu2 itu kawasan pekerja lombong menghabiskan masa diorang waktu malam. Jalan naik ke atas tu kecil sempit. Lebih kurang dalam 1 meter lebar jer. Kiri kanan kedai & tempat ni memang sesak. Cantik tempat ni, tapi saya tak berapa suka sebab sesak sangat. Sebelum balik tu sempatla beli beberapa  fridge magnet & tanglung kecil untuk anak2. Siap ada lampu.



Ni pemandangan dari atas . Lebih kurang pukul 6

Kami tinggalkan JuiFen dalam pukul 6.45 & sampai hotel di TaoYuan lebih kurang pukul 7.30malam.
Esoknya isnin dah mula kerja.. Seminggu di Taiwan di HshinChu dan TaiChung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...