Isnin, 7 Julai 2014

Taiwan 2014 Day 1 - Part 3

Assalamualaikum, Sambung cerita saya pada hari pertama di Taipei. Hotel yang kitorg stay hari tu cuma 5 minit je dari Dongmeng station. Lepas rehat & solat, kitorg kembali ke MRT station. Kali ni kitorg nak ke night market. Kira pasar malam la tu. Nama pun night market hehe. Jadinya.. Untuk ke Ximending night market cuma ambil masa dalam 15minit. Sekejap. Memang convenient. Kat sini kalau nak guna pengangkutan awam hatta tandas pun sila beratur yer. No cilok2. Ada line yang di sediakan bagi tempat menunggu. Kalau guna eskalator pulak sila berada di sebelah kanan. Ha kenapa?? Sebelah kiri di khaskan untuk mereka yang nak bergerak bukan menunggu eskalator sampai atas.

Kat Ximen, ada historical building. So kitorg jalan2. Banyak gerai makanan. Tapi tak boleh beli. My friend je beli. Saya cuma beli jus peria + madu. Peria dia lain macam sikit. Besar warna kuning. Rasa tak la pahit. Tak juga manis sebab madu tu. Just nice.
Peria kuning yang dibuat jus.. sedap. so kalau u all pergi Taiwan, jangan lupa try :)

Dari Ximen, kitorg ke 101. Tahun lepas saya tgk dari Dr. Sun Yat Sen Memorial Hall jer. Tak de apa la sangat. Lagipun dah pukul 10 mlm kan. Ambil gambar then kitorang ambil train balik hotel. Memandangkan last meal saya atas flight td malam ni saya rendam mee segera 😊. Zzzzzzz

Esok nya more interesting. Subuh awal.. Pukul 3.35 pg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...