Jumaat, 6 Mac 2015

Bau badan

Ahad lepas sambil-sambil menggosok baju sekolah sempat la menonton rancangan 'Assalamualaikum' kat TV Al-Hijrah berkisar bau badan. Yang memberi penerangan tu adalah pakar pemakanan dari UKM. Cantik orangnya...tak sempat nak catit nama. 

Bau badan berpunca dari peluh dan bakteria yang berada pada permukaan kulit. Tempat-tempat yang paling kerap berbau adalah pada bahagian yang mempunyai rerambut. Selalunya masalah bau badan pada remaja. Puncanya sebab kebersihan. Kebanyakannya baru nak belajar. 



Antara cara yang biasa yang kita guna untuk kurangkan bau badan dihidu orang sebelah - Deodoran & Anti-Perspirant.

Sebenarnya ramai antara kita yang tak pasti apa beza antara 'Deodoran' & Anti-Perspirant. Rasanya ramai yang janji ada, cukup.

Deodoran - bersifat asid. Jadi fungsinya adalah memastikan bakteria tidak membiak pada kawasan lembab. Sebab tulah orang tua-tua dulu bagi petua basuh / mandi dengan air limau. Bila keadaan berasid, bakteria lambat membiak, jadi takdelah bau.

Anti-Perspirant - menutup liang roma & menghalang peluh dari keluar. Ringkasnya kurangla peluh yang keluarkan? Bila kurang peluh takla lembap.. Dan kebarangkalian untuk bakteria membiak kurang - tiada bau.

Jadi nak guna Anti-Perspirant atau Deodoran? 

Guna Anti-Perspirant pada waktu malam sebelum tidur. Sapu hanya 1 lapisan. Ia akan menutup liang peluh kita, supaya kurang berpeluh waktu siang. Pastikan cuci dulu dengan air dan lap kering.

Deodoran pula guna waktu siang. Sebaiknya selepas mandi. Lap kering baru sapu deodoran.

Selain dari guna di bahagian ketiak, Anti-Perspirant boleh juga guna di bahagian lain. Bagi yang kuat berpeluh, sampai tangan pun basah, boleh guna cara ni. Sapu Anti-Perspirant pada tapak tangan.  Sapu waktu malam sebelum tidur. Boleh juga sapu pada tapak kaki untuk mengurangkan peluh pada kaki keesokan harinya yang mengakibatkan kaki berbau.



Selain penggunaan Anti-Perspirant & Deodoran, hati-hati dengan pengambilan makanan yang berbau seperti bawang putih. Amalkan pengambilan herba seperti Alfalfa Complex yang membantu mencuci darah & usus. 

Nota: yang kata pakai Anti-Perspirant penyebab kanser tu setakat ni menurut pakar belum ada kajian yang mengesahkan, tapi Alfalfa Complex telah disahkan selamat bersandarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee & pihak ketiga. Anda pilih.

Normala
Hubungi 010-2251708 untuk konsultasi


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...