Selasa, 11 November 2014

6 Jenis Teh

Di syarikat saya, tiap-tiap bulan akan ada tip kesihatan. Staff Nurse akan email out. Agak sibuk bulan lepas sampai miss email pasal ni. Sekali inbox penuh.. jadi tadi terpaksa juga transfer email & archive mana yang patut. Bulan oktober cerita pasal 'Green Tea'... Ada 6 jenis teh semuanya termasuk Teh hijau.

Khasiat Teh hijau
Semua 5 jenih teh berasal dari daun Camellia Sinensis.
Teh hitam mempunyai antioksidan tinggi seperti theaflavins & therubigins. Keduanya dikatakan boleh memastikan kadar kolestrol yang rendah. Kajian menunjukkan 3 cawan teh hitam sehari mengurangkan sehingga 21% kebarangkalian terkena stroke

Teh hijau mengandungi antioksidan catechins dan memang terkenal banyak khasiatnya. 1 cawan sehari mengurangkan sehingga 10% penyakit jantung.



Teh Oolong sama seperti teh hitam tetapi sudah diperam. Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, Teh Oolong mengaktifkan sejenis enzim yang memecahkan trygliseric (sejenis lemak) yang tersimpan dalam sel lemak.

Teh putih dipetik dari daun teh muda dan lebih rendah kafein, separuh dari yang lain. Sama khasiat seperti teh lain untuk kardiovaskular & melawan kanser.

Teh berperisa gabungan teh hijau, putih & hitam ditambah perisa seperti kayu manis atau lemon. Pastikan kalau beli yang dah dibotolkan tiada gula.. ;)

Teh herba bukan dari daun teh tetapi semata-semata campuran bunga, buah & herba yang dikeringkan. Elakkan teh herba untuk menguruskan badan yang mungkin mengandungi bahan laksatif berbahaya. Walaubagaimanapun sesetengah teh bunga mengikut kajian boleh membantu untuk tidur atau melegakan perut seperti chamomile & peppermint.


Baik minum Cinch Tea la...


Cinch Tea Mix tanpa gula atau pemanis tiruan

Normala
+6010-2251708

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...