Jumaat, 22 Ogos 2014

Taiwan 2014 Day 2 - Part 2

Assalamualaikum.. Sambung cerita saya ke Taiwan. Sampai jer kat area Yeh Liu Park tu, Mr. Lai bawa kitorang gi makan dulu. Katanya nak jalan tu agak jauh, mungkin ambil masa dalam 2 jam.. ada pulak yang pengsan karang ni. Kat bawah tu ada gerai2 makan. Kat situ pun ada jual souveniers kalau kita nak beli cam key chain, magnet fridge ke. Batu permata yang buat gelang tu pun banyak juga. Saya tak makan sebab tak de gerai yang saya jumpa yaking boleh makan.. dah pergi Negara yang majority bukan islam kan, kenala terima hakikat.. so saya jalan2 kat gerai tu. Kawasan gerai tu berbumbung. Sebelum keluar tu saya beli jus mangga yang di campur susu. 1 cawan tu 70 Taiwan dollar. Mak aii mahal.. tapi dah order ambik jer la. Mujur sedap ekekek.. kalau tak mau menyesal. Lepas diorg habis lunch, kitorang gerak ke entrance. Sebelum nak masuk, pergi tandas dulu. Kat dalam tak de tandas kata Mr. Lai. Oo tips untuk muslim, kalau pergi jalan tempat orang ni bawalah botol air mineral yang kosong tu. Bukan apa nanti tandas diorang semua takder paip. Boleh la isi air dalam botol tu kat sinki luar. Mr. Lai belikan tiket tapi dia tak ikut. Means kitorang jalan sendiri.. dalam hati bayangkan jalan hutan sebab ‘Park’. Kalau sesat camner.. punyalah penakut rupanya tapi tak cakap.. senyap2 jer hehe. Mula2 masuk tu, memang jalan masuk tu agak redup dengan pokok2. Kalau korang pergi tak de banyak masa, jalan jer dulu terus sampai hujung, masa nak balik tu kira akan pusing jalan yang sama, masih boleh ambil gambar lagi. Memang cantik.. batu2 tu terbentuk naturally uols. Tak de tangan yang mengukir. Hanya dengan air laut (ombak). SubhanAllah. Sebelum masuk tu, memang Mr. Lai dah pesan, guna imagination sendiri untuk tengok batu2 tu. Ada macam2 bentuk. Ada yang kalau tengok dari jauh lebih mudah nampak apa bentuknya. Orang punya la ramai.. tapi kebanyakannya saya rasa dari Tanah besar China, Korea & Jepun. Ada juga terserempak dengan beberapa orang Indonesia.. maybe diorg ni kerja kat Taiwan.

Saya ambil gambar ni kat pintu luar sebelum masuk tu. Tengok ler ada macam2 bentuk
 

On the way keluar tu, ada beberapa lagi ‘figura’. Saya agak musykil camner batu tu boleh ada agak jauh dari tepi laut..masa tu tak terfikir nak tanya.. tapi nak tanya sapa hrmmm. Nak ambil gambar pun kena beratur. Tengah syok2 ambil gambar hujan mula turun. Hiiii. Ni lagi satu tips, sila bawa payung. Lagi cantik kalau bawa baju hujan. Kat Taiwan ni, pulau kan. Kalau hujan angin pun kuat. Tahun lepas saya pergi bulan Ogos lepas raya, kena time ribut. Taiwan (sama juga dengan Filipina) biasa berlaku ribut tropika ni antara bulan Julai ke September. Summer time. Sebab tu tahun ni saya adjust sikit schedule ke June… kitorang tak beli apa2 souvenier pun kat sini. Mr. Lai janji nak bawa ke kedai kawan dia.

Ha nilah mango juice yang berharga 70 NT dollar tu :( & pisang tu lunch saya hari ni :P
 Lagi murah katanya..

 Oklah.. nanti saya sambung lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...