Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Selasa, 20 Oktober 2015

Tip Mudah Gulung T-Shirt

Salam korang.. Korang tau tak? Disebabkan cuti 2 hari ni (anak-anak la, ibu dia kena kerja juga), mood cuti tiba-tiba.

Bila-bila nak travel yang pening ialah beg tak cukup besar. Bila dah pandai sikit, rupanya kena gulung. Barulah baju pun tak mudah berkedut.

Ni saya bagi tip mudah nak gulung t-shirt. 


Cara ni simple tapi kemas hasilnya

Mulakan dengan lipat dari bahagian dalam ke luar di bahagian bawah baju. Lipat bahagian tepi & gulung dari atas. Di bahagian hujung tu ada bukaan kan, cuma pusingkan bukaan ke bahagian baju yang kita gulung tadi. 

Hasilnya...


Memang jimat ruang beg & baju pun tak bersepah. Boleh susun kat bahagian bawah sebelum kita hamparkan seluar panjang / jeans. 

Agak-agak bila nak habis jerebu ni. Jangan time nak pergi holiday pun jerebu lagi, nangis.

Sabtu, 17 Oktober 2015

DIY Guna Semula - Baja Kulit Telur

Salam.. Sambil-sambil tunggu husband & anak-anak mandi kolam, nak kongsi tips sikit. Tips DIY ni saya ambil dari facebook Resepi Shiela Rusly.

Sekarang ni Melaka dah mula kuat kuasakan pengasingan buangan / sampah. Dengan DIY ni boleh juga kurangkan sampah buangan. Sementelah lagi, saya pun tak beli baja. 

Baja organik dari kulit telur

Basuh kulit telur & jemur di tengah panas. 
Tumbuk / blend hingga hancur.
Kemudian bolehlah tabur pada tanah tanaman

Mudah tapi berbaloi tips ni


Baja dari kulit telur ni, mengekalkan kalsium. Mudahkan? Mula simpan kulit telur ye.

Selasa, 8 September 2015

Tips Memilih Suplemen

Salam.. sebagai panduan, jangan tertipu:


  • Baca label
  • Di label tertulis ' Dietary Supplement ' (Dietary Supplement Health & Education Act of 1994 - DSHEA
  • Terdapat nama pengeluar, alamat pengeluaran
  • Tarikh tempoh
  • Jumlah nutrisi & saiz hidangan (ingat setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza)
  • Cara pengambilan

Shaklee Vita-Lea membekalkan 100% keperluan vitamin & mineral penting

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Sumber Rapi Ogos 2015


Selasa, 25 November 2014

Masa untuk Timbang Berat

??

Yang komited dengan berat, mesti ada penimbang sendiri kat rumah. Biasanya kita orang perempuan mesti ada punyalah... Tapi bila masa yang sesuai nak timbang? Terutamanya kalau dalam proses nak turunkan berat.

Pagi. Bangun pagi lepas buang air terus timbang. Jangan minum apa-apa dulu. Lepas tu baru minum 2 gelas air untuk lancarkan sistem tubuh selepas satu malam tidur.

Tips nak timbang berat:

  • Timbang seminggu sekali, waktu yang sama
  • Pakai baju yang nipis & sama setiap kali menimbang
  • Jangan timbang hari-hari atau kejap-kejap timbang

Berat kita berubah sepanjang hari. Yerlah lepas makan minum mesti berat sikit. Kalau timbang hari-hari tengok scale tak turun mesti cepat give up kan.

Kira BMI 


Selamat menimbang... 



Khamis, 20 November 2014

Nak ambil suplemen apa??


Assalamualaikum….
Masih tertanya-tanya nak ambil suplemen apa?? Berikut jawapan Dr. Oz yang terbit di web Oprah. Dah lama rasa tak tengok rancangan Dr. Oz Show… miss it.


Suplemen
Keperluan / Manfaat
Multivitamin
  • Membekalkan keperluan vitamin yang kurang / tidak diambil secara terus
  • Sekurang-kurangnya 10 jenis vitamin (A,C,D,E,K) & mineral (Pottasium, Zink, Iodin). Iodin penting untuk jantung, tiroid & organ penting lain
 
Omega-3 / Minyak Ikan
  • Meransang otak, melindungi jantung & arteri, melawan kedutan & melancarkan sendi.
  • 60% tisu otak dibentuk dari asid lemak.
  • DHA mengikut kajian juga penting sebagai anti stress
  • Berikut 3 jenis asid lemak Omega-3 dan sumbernya
  • ALA (Alpha Linelinic Acid) terdapat pada walnut
  • DHA (Docosahexaenoic Acid, EPA (Eicosapentaenoic Acid). DHA & EPA paling banyak didapati dari minyak ikan
  • Asid lemak Omega-3 tidak dihasilkan tubuh

Kalsium & magnesium
  • Mengelakkan osteoporosis
  • Memastikan kesihatan tulang & otot (kalau yang pregnant penting ni untuk elakkan simpul biawak / cramp)
  • Magnesium mengelakkan sembelit yang disebabkan oleh kalsium (jadi minum susu sahaja tak cukup!)
  • Ambil kalsium dengan sekurang-kurangnya 1 gelas air
  • Elakkan 1-2 jam dari waktu pengambilan multivitamin.
 
 
 



So apa lagi… jom tengok apa yang ada kat dapur kita. Ada ke tak? Menurut Dr. Oz, ini yang asas. Lain daripada tu, tengok la keperluan kita, yang nak kurus, kurang makan protien, faktor umur atau ada masalah kesihatan lain. Tiap-tiap hari wajib ambil tu bukan sebulan sekali yer.. 

3 suplemen asas yang disarankan
 
Promosi Omega Guard bulan ni.. rugi tak beli. 1 botol cukup untuk sebulan.
  • Beli 2 botol diskaun 5%.
  • Beli 6 botol free 1 botol, free membership, bonus RM32++

Rabu, 29 Oktober 2014

Jom Detoks


Assalamualaikum..

Pernah dengar kawan-kawan kita kata supplemen yang diorang makan tak berkesan? Atau kita sendiri pun pernah rasa. Masa mula-mula ambil supplemen dulu saya pun macam tulah juga. Kadang-kadang tu rasa geram jer, beli macam-macam supplement, tapi tak jadi apa. Badan terus sakit, kepala pening. Rupa-rupanya tertinggal satu step.. saya tak pernah detoks. Dalam usus ni dah bersarang segala benda.. Saya dah lupa bila kali terakhir saya makan ekstra fiber untuk bersihkan usus. fuhhh macam manalah nak serap segala vitamin & supplemen yang saya makan tu.

Jom tengok antara tanda-tanda badan kita dah penuh toksin..

Keletihan yang melampau
Kalau kita rasa letih walaupun cukup tidur, itu mungkin tanda tubuh kita berkerja keras untuk membuang toksin. Minum kopi atau makan mengambil makanan yang manis hanya menambah masalah. Masalah letih mungkin juga sebagai response gangguan hormon pada sistem imun

Lemak degil
Jika sukar menurunkan berat badan walaupun bersenam setiap hari & mengira kalori tetapi berat semakin naik kebarangkalian ada masalah hormon. Anehkan.. tetapi fungsi natural hormon boleh terganggu disebabkan toksin dari makanan / produk penjagaan diri.

Kulit gelap / hitam
Kulit gelap/ hitam macam kat celah-celah peha, bawah lengan, sekeliling pinggang
Nafas busuk
Nafas busuk biasanya berpunca dari masalah pencernaan, tak mustahil juga disebabkan hati sedang berkerja keras membuang toksin.

Sembelit
Usus kita dicipta Allah untuk membuang toksin setiap hari. Apabila sembelit, toksin sedang disimpan. Selain dari masalah sakit perut, sembelit boleh menyebabkan pening kepala,  sakit badan & keletihan

Sensitif pada bau
Jika reaksi anda pada bau  terutamanya wangian, kemungkinan anda sensitive juga pada bahan kimia. Kalau anda rasa sakit perut & pening kepala hanya kerana bau, ini mungkin masalah.

Sakit otot
Biasa sakit-sakit badan / otot sehari selepas senaman / aktiviti lasak? Kebarangkalian toksin sedang menyerang otot & sendi.. lebih-lebih lagi jika anda rasa kesakitan otot yang kerap

Masalah kulit
Jerawat, akne, ruam & masalah kulit lain menandakan pengumpulan toksin. Akne  boleh jadi berkait dengan toksin pada diet atau produk penjagaan kulit. Mata bengkak, eczema, psoriasis menandakan tubuh toksin sudah berada pada paras maksimum



Tips:
Bantu hati untuk detoks dengan mengambil sumber semulajadi seperti teh dandelion, milk thistle, daun parsley & cilantro (DTX Complex – Produk Shaklee khusus untuk detoks hati)
Minum banyak air – 1 liter bagi setiap 25kg
Bersenam membantu melancarkan darah sambil membuang toksin
Berus lidah
Pernafasan – bernafas dalam-dalam membantu membuang toksin melalui paru-paru (alkisahnya)
Gunalah produk penjagaan kulit yang bebas pewangi, sulfate, parabens & sebarang bahan yang berkemungkinan bertoksin
Pilihlah produk organik / semulajadi

Antara produk Shaklee yang disarankan khusus untuk detoks:




 Mengandungi esktrak biji benih Milk Thistle, artichoke, dandelion untuk membantu hati membuang toksin




Herb-lax
Mengandungi senna yang secara alaminya adalah julap. Herb-Lax membantu mencuci usus dari segala kekotoran yang bersarang & termendap pada dinding usus. Bila usus bersih, mudah khasiat diserap. 



Herb-Lax boleh diambil 2 - 3 kali seminggu

Jom detoks

Normala
+6010-2251708


Isnin, 20 Oktober 2014

Tips - Kahak & Asma

Assalamualaikum.. Saya doakan semuanya sihat hari ni. Musim demam juga sekarang ni. Cuaca tak menentu.  Opps.. bukan saya demam kali ni, tapi anak. Selsema, berkahak. . Saya paling tak suka kalau berkahak. Biasanya lepas demam / selsema, mesti ada kahak. 
Susah nak bernafas. Kita sendiri pun rasa susah nak tidur, kalau boleh nak sedut keluar, inikan pulak anak-anak. Belum pandai nak urus diri sendiri apatah lagi penyakit sendiri
Tips ni saya petik dari wikiHow.com tentang cara-cara nak atasi masalah kahak
Melalui makanan:
1)      Teh yang dicampur dengan jus lemon & madu – kandungan asid dalam lemon mencairkan kahak & madu akan melegakan tekak yang tak selesa (teringat pulak Honey Lemon Tea kat Secret Recipe... segarnya)

Minum madu setiap pagi dengan air suam sebaik bangun dari tidur

2).     Makanan pedas – boleh cuba wasabi / lada hitam
3)      Minum air suam – teh atau sup

Air panas / wap dari air panas melegakan tekak. Boleh juga sedut wap dari air yang diletakkan dengan sedikit vicks


4)      Berkumur dengan air garam (bancuh ½ sudu garam bersama air suam)

Kalau ada garam bukit lagi baik ni..


5)      Makan roti bakar – yang saya tak pernah cuba, katanya roti bakar akan membantu menarik kahak yang melekat pada dinding kerongkong sewaktu kita menelan secara lembut & dikumuhkan
6)      Minum la banyak air – Kahak terjadi spontan menghalang pencemaran luar / bakteria (menunjukkan dah mula ada jangkitan) & system imun sedang berkerja keras. Secara logiknya tubub kita memerlukan cukup air untuk melawan jangkitan / serangan luar
7)      Minum sesudu cuka epal

Cuba elakkan:
Merokok – Haram & tak baik untuk kesihatan pun disamping merokok meningkatkan kebarangkalian penyakit berkaitan paru-paru. Kesian kat orang sekeliling anda.
Produk tenusu – khusus untuk mereka yang alah pada lemak tenusu
Bau  dari asap / bahan kimia


Shaklee pun ada juga produk yang boleh membantu..
Omega-3 seperti Omega Guard membantu pesakit asma yang biasanya berpunca dari kahak yang banyak terutamanya kanak-kanak
Anak-anak suka makan camtu jer.. diorang boleh kunyah kapsul & minum air

Pengalaman saya dengan anak yang ada asma, biasanya kahak memang banyak. Takde cara lain nak hilangkan kahak kena ambil nebulizer. Sejak 5 bulan lepas, saya bagi dia Meal Shakes & Omega Guard tiap-tiap hari. Kali ni dia cepat kebah. Dalam tempoh 2 hari jer. Takde bagi antibiotik pun. Saya cuma bagi double dose. Biasa makan 1 kapsul, jadi 2 kapsul sehari. 
Ada banyak cara nak sediakan Meal Shakes untuk anak-anak. Boleh jer campur dengan minuman coklat atau di buat smoothies / ice blended


Meal Shakes tetap macam biasa. Dia suka Meal Shakes dia shake dengan susu coklat untuk sarapan. Malam sebelum tidur, bagi dia makan ubat sapu vicks kat dada dia. Alhamdulillah tengok dia cepat sembuh memang seronok sangat. Kalau dulu, mesti ponteng sekolah 2 hari, tu pun tak betul-betul baik. Dah 2 kali dalam 2 bulan ni dia kena selsema & kahak. Dua-dua kali pun takde ambil antibiotik. 
Kat rumah memang dah tak boleh miss 2 benda ni untuk anak-anak.Ibunya yang happy.
 Normala

Sabtu, 18 Oktober 2014

Tips mencuci

Tips mecuci dapur.

1 sudu kecil Basic H
1 botol spray 
Campur dengan air, kasi penuh.

Spray, spray, spray. Lap dengan kain. Bersih. Tak berminyak.. Tak sampai pun 5 minit.


1 botol spray ni tak habis pun. Nanti boleh pakai untuk cuci bilik air pulak

Sebelum ni leceh kerjanya.. Lap dulu minyak-minyak pakai tisu, kain buruk, bilas dengan air sabun, lepas tu lap lagi pakai air biasa. Dahla lambat, banyak pulak pakai tisu, sabun. Tu yang malas tu


Dah siap bolehla goreng cucur pulak.


Abaikan yang terkopek-kopek tu. Dapur dah 10 tahun. Banyak jasanya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...