Memaparkan catatan dengan label program detoks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program detoks. Papar semua catatan

Rabu, 29 Oktober 2014

Jom Detoks


Assalamualaikum..

Pernah dengar kawan-kawan kita kata supplemen yang diorang makan tak berkesan? Atau kita sendiri pun pernah rasa. Masa mula-mula ambil supplemen dulu saya pun macam tulah juga. Kadang-kadang tu rasa geram jer, beli macam-macam supplement, tapi tak jadi apa. Badan terus sakit, kepala pening. Rupa-rupanya tertinggal satu step.. saya tak pernah detoks. Dalam usus ni dah bersarang segala benda.. Saya dah lupa bila kali terakhir saya makan ekstra fiber untuk bersihkan usus. fuhhh macam manalah nak serap segala vitamin & supplemen yang saya makan tu.

Jom tengok antara tanda-tanda badan kita dah penuh toksin..

Keletihan yang melampau
Kalau kita rasa letih walaupun cukup tidur, itu mungkin tanda tubuh kita berkerja keras untuk membuang toksin. Minum kopi atau makan mengambil makanan yang manis hanya menambah masalah. Masalah letih mungkin juga sebagai response gangguan hormon pada sistem imun

Lemak degil
Jika sukar menurunkan berat badan walaupun bersenam setiap hari & mengira kalori tetapi berat semakin naik kebarangkalian ada masalah hormon. Anehkan.. tetapi fungsi natural hormon boleh terganggu disebabkan toksin dari makanan / produk penjagaan diri.

Kulit gelap / hitam
Kulit gelap/ hitam macam kat celah-celah peha, bawah lengan, sekeliling pinggang
Nafas busuk
Nafas busuk biasanya berpunca dari masalah pencernaan, tak mustahil juga disebabkan hati sedang berkerja keras membuang toksin.

Sembelit
Usus kita dicipta Allah untuk membuang toksin setiap hari. Apabila sembelit, toksin sedang disimpan. Selain dari masalah sakit perut, sembelit boleh menyebabkan pening kepala,  sakit badan & keletihan

Sensitif pada bau
Jika reaksi anda pada bau  terutamanya wangian, kemungkinan anda sensitive juga pada bahan kimia. Kalau anda rasa sakit perut & pening kepala hanya kerana bau, ini mungkin masalah.

Sakit otot
Biasa sakit-sakit badan / otot sehari selepas senaman / aktiviti lasak? Kebarangkalian toksin sedang menyerang otot & sendi.. lebih-lebih lagi jika anda rasa kesakitan otot yang kerap

Masalah kulit
Jerawat, akne, ruam & masalah kulit lain menandakan pengumpulan toksin. Akne  boleh jadi berkait dengan toksin pada diet atau produk penjagaan kulit. Mata bengkak, eczema, psoriasis menandakan tubuh toksin sudah berada pada paras maksimum



Tips:
Bantu hati untuk detoks dengan mengambil sumber semulajadi seperti teh dandelion, milk thistle, daun parsley & cilantro (DTX Complex – Produk Shaklee khusus untuk detoks hati)
Minum banyak air – 1 liter bagi setiap 25kg
Bersenam membantu melancarkan darah sambil membuang toksin
Berus lidah
Pernafasan – bernafas dalam-dalam membantu membuang toksin melalui paru-paru (alkisahnya)
Gunalah produk penjagaan kulit yang bebas pewangi, sulfate, parabens & sebarang bahan yang berkemungkinan bertoksin
Pilihlah produk organik / semulajadi

Antara produk Shaklee yang disarankan khusus untuk detoks:




 Mengandungi esktrak biji benih Milk Thistle, artichoke, dandelion untuk membantu hati membuang toksin




Herb-lax
Mengandungi senna yang secara alaminya adalah julap. Herb-Lax membantu mencuci usus dari segala kekotoran yang bersarang & termendap pada dinding usus. Bila usus bersih, mudah khasiat diserap. 



Herb-Lax boleh diambil 2 - 3 kali seminggu

Jom detoks

Normala
+6010-2251708


Ahad, 26 Oktober 2014

DTX Complex dan Hati

Ada yang menghidap atau menghadapi satu dari masalah seperti di bawah?
  • Penyakit Hati seperti siriosis
  • Eczema
  • Hepatitis
  • Ketagih Alkohol
  • Anemia (Kurang Darah)
  • Masalah Ginjal & Pundi Kencing
  • Proriasis

 
Kedudukan hati dalam sistem tubuh

Antara yang di atas berkait dengan hati..Hati adalah organ paling besar dalam tubuh sepertimana ovum sel paling besar. Hati sinonim dengan fungsi buah pinggang.

Fungsi hati:

  • Detoks - untuk menyingkirkan toksin dalam darah melalui perkumuhan buah pinggang serta menukarkan ammonia  hasil dari metabolisma tubuh. 
  • Menukarkan makanan berlebihan kepada lemak yang seterusnya di simpan di dalam tisu lemak. 
  • Menukarkan glikogen pada gula ringkas (glukos) apabila paras glukos dalam darah menurun. Selain itu, rembesan hempedu yang dikeluarkan penting untuk proses penghadaman.
  • Pencernaan -  lemak memerlukan hempedu untuk memecahkan lemak pada pecahan lebih kecil, penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,K & turut menukarkan beta-carotene kepada vitamin A.




 Apabila fungsi hati terganggu, biasanya akan menyebabkan masalah toksin terkumpul yang akhirnya antara akibatnya adalah system tubuh kita tidak boleh / sukar menyerap kebaikan dari supplemen yang diambil.

Bahan semulajadi di dalam DTX Complex


Shaklee menyarankan DTX Complex. Jom tengok apa kandungan DTX Complex & kebaikannya:

  • Ekstrak biji benih dari Milk Thistle – mengandungi 80% silymarin yang kaya dengan anti oksida. Milk thistle melindungi hati dari pada toksin termasuk racun, dadah & bahan kimia. Ia turut merawat masalah hati seperti hepatitis & sirosis. Membantu mereka yang ketagihan alkohol untuk mengelakkan kerosakan hati lebih teruk, mencegah / merawat masalah batu karang serta masalah kulit psoriasis & eczema
  • Artichoke – membina sel-sel hati & meransang pengaliran hempedu
  • Dandelion – Membantu fungsi hati, membantu masalh bengkak hati (hepatitis) & jaundice, untuk penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu dari hati & pundi hempedu, merawat endemetriosis, masalah sembelit, bagi penghidap anemia dengan meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi, melawan tumor & kanser, merendahkan paras gula dalam darah juga untuk masalah kembung & lebihan air
  • Kunyit / turmeric – anti oksida (curcumin), anti radang untuk mengurangkan kesakitan
  • Reishi mushrooms (Ling Zhi) – meningkatkan imun dalam mencegah & merawat kanser, mengurangkan masalah brokitis, sinusitis, sindrom letih yang kronik serta membantu mencegah penyakit jantung
  • Schizandra – anti oksida, meransang sintesis (pencernaan) protien, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk proses detoks & memperlahankan pembentukan toksin



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor jika penyakit berlarutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...