Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex. Papar semua catatan

Selasa, 15 September 2015

Alfalfa Complex

Formula Shaklee Signature

Alfalfa (Medicago Sativa) dikenali sebagai Raja SegalaTumbuhan. Medicago Sativa mengambil masa selama 2 tahun untuk membesar. Akarnya boleh mencapai sehingga  20 kaki ke dalam tanah bagi menyerap pelbagai nutrisi.

Yang ni adalah alfalfa sprout.. khasiatnya kurang berbanding Alfalfa Complex Shaklee


Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman Alfalfa yang di tanam secara organik. tiada racun perosak / baja kimia yang digunakan. Daun Medicago Sativa mengandungi kadar klorofil yang tinggi. Daun-daun ini lah yang dikeringkan menjadi serbuk.

Inilah rupa sebenar pokok Alfalfa yang sudah besar, bunganya warna macam lavender (ungu)


Alfalfa merupakan tumbuhan yang digunakan sejak bertahun-tahun dahulu.  Kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 jenis enzim & fitokimia. Pengambilan 10 biji Alfalfa Complex menyamai dengan segelas susu.

Antara Kebaikan Alfalfa Complex:
  • Mencuci hati, darah & usus - Alfalfa adalah makanan beralkali yang membersih & mecantikkan kulit & otot
  • Melawan alahan - Memperbaiki kulit & hidung sensitif, bau badan & kulat air (athlete's foot)
  • Menyingkir lemak & kolestrol - fungsinya seperti span yang menyerap lemak / kolestrol
Pesakit SLE/ Lupus perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil produk ini.

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Sabtu, 29 Ogos 2015

Wanita Istimewa

Khas untuk wanita-wanita istimewa, jagalah kesihatan kita sebaik mungkin.

Setiap satu sebagai rencah kehidupan

Kenapa istimewa sangat? Kitalah


  • Pemandu bas sekolah
  • Master Chef
  • Cikgu bahasa, matematik, fizik, engineering
  • Pekerja sepenuh masa
  • Doktor
  • Jururawat
  • Pakar imej
  • Pakar motivasi
  • Pakar kritik
  • Pengurus

Ada lagi?...

Untuk wanita istimewa


Dapatkan suplemen ini dengan segera wahai wanita istimewa!

Normala
Pengedar Shaklee Melaka

Khamis, 13 Ogos 2015

Shaklee YES - Set Berpantang Shaklee

Salam.. Untuk entry kali ni, jom tengok Set Berpantang Shaklee. Bagi ibu yang telah bersalin, ini panduan khusus buat anda bagi memilih khasiat terbaik untuk memulihkan diri selepas 9 bulan mengandung dalam masa yang sama menyusu bayi baru lahir dengan kebaikan semulajadi.

Kenapa saya sarankan ibu-ibu selepas bersalin ambil produk ni?

  • Membantu memulihkan luka ibu selepas bersalin
  • Memberikan keperluan protien yang cukup untuk pembentukan & pemuliharaan tisu tubuh ibu & susu bagi anak
  • Membantu menambah & memekatkan susu ibu
  • Membantu mengembalikan bentuk badan ibu seperti selepas bersalin
  • Mencantikkan kulit
  • Mengelakkan osteoporosis
  • Membekalkan keperluan DHA untuk perkembangan otak bayi
  • Membekalkan 100% keperluan vitamin & mineral penting untuk kesihatan keseluruhan
  • Membantu ibu lebih bertenaga
  • Melawaskan pembuangan / mengelak sembelit

Hubungi +6010-2251708 untuk dapatkan produk ini


Set ini terdiri dari:

  1. ESP 
  2. Alfalfa
  3. Vita-Lea
  4. Omega Guard
  5. Ostematrix
  6. Vita C SR



Jumaat, 6 Mac 2015

Bau badan

Ahad lepas sambil-sambil menggosok baju sekolah sempat la menonton rancangan 'Assalamualaikum' kat TV Al-Hijrah berkisar bau badan. Yang memberi penerangan tu adalah pakar pemakanan dari UKM. Cantik orangnya...tak sempat nak catit nama. 

Bau badan berpunca dari peluh dan bakteria yang berada pada permukaan kulit. Tempat-tempat yang paling kerap berbau adalah pada bahagian yang mempunyai rerambut. Selalunya masalah bau badan pada remaja. Puncanya sebab kebersihan. Kebanyakannya baru nak belajar. 



Antara cara yang biasa yang kita guna untuk kurangkan bau badan dihidu orang sebelah - Deodoran & Anti-Perspirant.

Sebenarnya ramai antara kita yang tak pasti apa beza antara 'Deodoran' & Anti-Perspirant. Rasanya ramai yang janji ada, cukup.

Deodoran - bersifat asid. Jadi fungsinya adalah memastikan bakteria tidak membiak pada kawasan lembab. Sebab tulah orang tua-tua dulu bagi petua basuh / mandi dengan air limau. Bila keadaan berasid, bakteria lambat membiak, jadi takdelah bau.

Anti-Perspirant - menutup liang roma & menghalang peluh dari keluar. Ringkasnya kurangla peluh yang keluarkan? Bila kurang peluh takla lembap.. Dan kebarangkalian untuk bakteria membiak kurang - tiada bau.

Jadi nak guna Anti-Perspirant atau Deodoran? 

Guna Anti-Perspirant pada waktu malam sebelum tidur. Sapu hanya 1 lapisan. Ia akan menutup liang peluh kita, supaya kurang berpeluh waktu siang. Pastikan cuci dulu dengan air dan lap kering.

Deodoran pula guna waktu siang. Sebaiknya selepas mandi. Lap kering baru sapu deodoran.

Selain dari guna di bahagian ketiak, Anti-Perspirant boleh juga guna di bahagian lain. Bagi yang kuat berpeluh, sampai tangan pun basah, boleh guna cara ni. Sapu Anti-Perspirant pada tapak tangan.  Sapu waktu malam sebelum tidur. Boleh juga sapu pada tapak kaki untuk mengurangkan peluh pada kaki keesokan harinya yang mengakibatkan kaki berbau.



Selain penggunaan Anti-Perspirant & Deodoran, hati-hati dengan pengambilan makanan yang berbau seperti bawang putih. Amalkan pengambilan herba seperti Alfalfa Complex yang membantu mencuci darah & usus. 

Nota: yang kata pakai Anti-Perspirant penyebab kanser tu setakat ni menurut pakar belum ada kajian yang mengesahkan, tapi Alfalfa Complex telah disahkan selamat bersandarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee & pihak ketiga. Anda pilih.

Normala
Hubungi 010-2251708 untuk konsultasi


Khamis, 8 Januari 2015

Testimoni Alfalfa Complex

Assalamualaikum... Ini saya nak share berkenaan testimoni Alfalfa Complex dati Bengkel Nutrisi di Shaklee yang saya attend 3 minggu lepas.

Kami ada sharing sikit sebelum start bengkel. Terkejut.. Umur adik ni baru awal 20an. Katanya sebelum ni 2 bulan dia tak boleh jalan sebab gout. Dia ada masalah asid uric berlebihan dalam badan. 

Dalam keadaan macam tu, dia cuba ambil Shaklee Alfalfa Complex & dia tak ambil masa yang lama untuk kembali pulih macam biasa. 

Antara manfaat Alfalfa Complex


Dan seorang lagi share pasal penyusuan susu ibu. Biasa kita ada turun naik output susu ni.. Tapi ibu seorang ni, ketiga-tiga anak-anak, susu memang payah nak keluar. Ingat lagi ayat dia hari tu.. Sampai tegang-tegang urat tengkuk perah dapat 2 aun je. Tapi semangat dia tinggi, untuk anak ke-3 dia mula ambil set penyusuan Shaklee yang ada Alfalfa Complex sebagai milk booster & ESP untuk memekatkan susu. Alhamdulillah untuk anak ke-3 beliau dapat menyusu sendiri.

Alhamdulillah seronok dengar.. Ini lah antara kenapa ramai shaklee distributor ni beriyer-iyer nak promote Produk Shaklee. Bukan semata-mata nak kejar untung tapi nak share. Ramai kat luar mungkin ada masalah yang serupa. Penyelesaiannya pun mungkin sama. Kita berusaha, Allah menentukan.

Jom join promosi bulan ni.
Alfalfa Complex
Vivix
Vita-Lea For Children

Normala
Pengedar Shaklee Melaka


Rabu, 29 Oktober 2014

Jom Detoks


Assalamualaikum..

Pernah dengar kawan-kawan kita kata supplemen yang diorang makan tak berkesan? Atau kita sendiri pun pernah rasa. Masa mula-mula ambil supplemen dulu saya pun macam tulah juga. Kadang-kadang tu rasa geram jer, beli macam-macam supplement, tapi tak jadi apa. Badan terus sakit, kepala pening. Rupa-rupanya tertinggal satu step.. saya tak pernah detoks. Dalam usus ni dah bersarang segala benda.. Saya dah lupa bila kali terakhir saya makan ekstra fiber untuk bersihkan usus. fuhhh macam manalah nak serap segala vitamin & supplemen yang saya makan tu.

Jom tengok antara tanda-tanda badan kita dah penuh toksin..

Keletihan yang melampau
Kalau kita rasa letih walaupun cukup tidur, itu mungkin tanda tubuh kita berkerja keras untuk membuang toksin. Minum kopi atau makan mengambil makanan yang manis hanya menambah masalah. Masalah letih mungkin juga sebagai response gangguan hormon pada sistem imun

Lemak degil
Jika sukar menurunkan berat badan walaupun bersenam setiap hari & mengira kalori tetapi berat semakin naik kebarangkalian ada masalah hormon. Anehkan.. tetapi fungsi natural hormon boleh terganggu disebabkan toksin dari makanan / produk penjagaan diri.

Kulit gelap / hitam
Kulit gelap/ hitam macam kat celah-celah peha, bawah lengan, sekeliling pinggang
Nafas busuk
Nafas busuk biasanya berpunca dari masalah pencernaan, tak mustahil juga disebabkan hati sedang berkerja keras membuang toksin.

Sembelit
Usus kita dicipta Allah untuk membuang toksin setiap hari. Apabila sembelit, toksin sedang disimpan. Selain dari masalah sakit perut, sembelit boleh menyebabkan pening kepala,  sakit badan & keletihan

Sensitif pada bau
Jika reaksi anda pada bau  terutamanya wangian, kemungkinan anda sensitive juga pada bahan kimia. Kalau anda rasa sakit perut & pening kepala hanya kerana bau, ini mungkin masalah.

Sakit otot
Biasa sakit-sakit badan / otot sehari selepas senaman / aktiviti lasak? Kebarangkalian toksin sedang menyerang otot & sendi.. lebih-lebih lagi jika anda rasa kesakitan otot yang kerap

Masalah kulit
Jerawat, akne, ruam & masalah kulit lain menandakan pengumpulan toksin. Akne  boleh jadi berkait dengan toksin pada diet atau produk penjagaan kulit. Mata bengkak, eczema, psoriasis menandakan tubuh toksin sudah berada pada paras maksimum



Tips:
Bantu hati untuk detoks dengan mengambil sumber semulajadi seperti teh dandelion, milk thistle, daun parsley & cilantro (DTX Complex – Produk Shaklee khusus untuk detoks hati)
Minum banyak air – 1 liter bagi setiap 25kg
Bersenam membantu melancarkan darah sambil membuang toksin
Berus lidah
Pernafasan – bernafas dalam-dalam membantu membuang toksin melalui paru-paru (alkisahnya)
Gunalah produk penjagaan kulit yang bebas pewangi, sulfate, parabens & sebarang bahan yang berkemungkinan bertoksin
Pilihlah produk organik / semulajadi

Antara produk Shaklee yang disarankan khusus untuk detoks:




 Mengandungi esktrak biji benih Milk Thistle, artichoke, dandelion untuk membantu hati membuang toksin




Herb-lax
Mengandungi senna yang secara alaminya adalah julap. Herb-Lax membantu mencuci usus dari segala kekotoran yang bersarang & termendap pada dinding usus. Bila usus bersih, mudah khasiat diserap. 



Herb-Lax boleh diambil 2 - 3 kali seminggu

Jom detoks

Normala
+6010-2251708


Khamis, 9 Oktober 2014

Rawatan Alahan di Rumah

Assalamualaikum.. Selalu bersin? Allergic kot? Cuba perhati. Kalau kita kerap bersin tanpa berhenti boleh jadi ada masalah alahan. Ada yang alah pada makanan, ramai juga yang alah pada persekitaran. Tak boleh banyak habuk.


Jom tengok cara2 merawat alahan di rumah.
   
  • Buka tingkap. Pastikan udara bersih masuk. Kalau ada budget lebih bolehla beli penapis udara / pasang air cond yang boleh menapis 90 ke 95% partikel dari udara dalam bilik / rumah
  • Terapi herba – Alfalfa Complex adalah herba semulajadi yang sangat baik untuk mengatasi masalah alahan
    Alfalfa Complex
  • Mandi pabila pulang ke rumah & tukar pakaian – yer lah kita pun tak tau apa yang melekat pada pakaian / tubuh kita bile berada di luar kann
  • Vitamin D – Kajian menunjukkan kekurangan vitamin D mungkin menggalakkan syptom alahan. Jumlah yang disarankan 200IU setiap hari. 
  • Ambillah minyak / lemak ikan seperti tuna & salmon.
    Shaklee Omega Guard
  • Pakai topeng muka bila di luar – yang terbaik ialah N95
    Mask cam ni tak aci yer..
  • Diet sihat – makan lebih banyak sayur / buah segar
  • Guna Nasal Rinse – ubat pencuci hidung membantu memcuci hidung dari mucus / lendir & bakteria (Bagi yang muslim – disarankan memasukkan air / mencuci hidung sewaktu mengambil wuduk, kan ada hikmahnya tu)
  • Minum banyak air – Yang tak suka minum air, boleh minum jus buah @ boleh juga minum teh / sup panas. Wap panas dari teh / sup tu akan membantu melegakan hidung yang tersumbat
  • Bersihkan habuk disekitar rumah, tempat tidur / tempat berkerja – Mencuci dengan pencuci berkimia kadangkala mengakibatkan lebih masalah bagi yang memang mempunyai masalah alahan. Alternatif, gunalah produk organik / semulajadi seperti Shaklee Get Clean. Kalau rajin nak buat sendiri boleh campur cuka & baking soda (yang tak rajin beli Shaklee Get Clean dengan saya)
    Basic H - Tanpa kimia, selamat & boleh digunakan untuk lantai, mencuci sayur & buah, serta barangan keperluan bayi.. senangkan!
  • Guna wap panas – boleh juga campur dengan sedikit vicks. Tutup kepala dengan tuala & sedut wap tu. InsyaAllah lega

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...