Memaparkan catatan dengan label Bawang putih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bawang putih. Papar semua catatan

Rabu, 30 September 2015

Khasiat Bawang Putih Untuk Jangkitan Telinga - Part 2

Sambung entry tentang kegunaan bawang putih untuk jangkitan telinga. Sebelum tu, korang tau tak yang individu yang suka berenang pun mudah terkena jangkitan dalam telinga. Jadi berhati-hati, takut air masuk dalam telinga.

Selain penggunaan bawang putih mentah untuk melegakan sakit telinga, boleh juga gunakan minyak bawang putih seperti yang dikongsikan di homeremediesforlife.com


  • Panaskan minyak bawang putih dalam mangkuk air panas sehingga suam (bukan panas). Ni kalau guna kappsul, boleh terus titis dalam telinga
  • Titis minyak dalam telinga & biarkan 5 - 10 minit.
  • Kalau perlu, boleh tutup telinga dengan bebola kapas.


Cara ini akan membantu melembutkan cairan / tahi telinga & menghilangkan jangkitan.

Manfaat Garlic Complex dengan alisin semulajadi


Paling penting, dapatkan nasihat doktor. Untuk saya rasa selamat, kalau makan je Garlic Complex tu. Kalau setakat sapu-sapu di bahagian luar ni tiada masalah, tapi dalaman kita pun kena pastikan kebersihan & keselamatan.

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Selasa, 29 September 2015

Khasiat Bawang Putih Untuk Jangkitan Telinga - Part 1

 Salam.. Semalam saya ada kongsikan tentang khasiat bawang putih. Post kali ni saya nak kongsi juga tentang kegunaan bawang putih untuk menangani masalah jangkitan telinga.

Agaknya agaknya yang pernah kena sakit telinga. Apa-apa sebablah. Kalau suruh saya senaraikan sakit yang paling sakit, saya akan letak sakit telinga paling sakit selepas sakit bersalin. Sakit telinga lebih sakit dari sakit gigi. Sakit mati tak kira, sebab saya tak pernah rasa mati lagi (Alhamdulillah.. kalau tak, blog ni jadi blog hantu J) Walaupun sakit bersalin tu ada kategori rasa macam nak mati (tu saya lah), agaknya mati lagi sakit.. Astaghfirullah. Semoga Allah permudahkan kita semua.

Semua penyakit ada penawar (Allah janji dah tu) kecuali mati. Baru ni saya kena sakit telinga. Sebenarnya waktu saya taip ni pun masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Masih lagi berulang jumpa pakar telinga.

Ini bukanlah pertama kali saya kena sakit telinga. 5 tahun lepas 3 biji bisul naik dalam telinga. Sakitnya Allah jer yang tahun. Sementara menunggu bisul tu masak & pecah. Bila dah pecah pulak, nanah yang tersumbat dalam telinga tu menyakitkan sampai lah saya jumpa pakar untuk sedut keluar nanah tu. Lepas je sedut, terus hilang sakit.

Kali ni saya kena sebelum raya haji. Telinga tiba-tiba rasa berdenyut-denyut tapi tak sesakit yang dulu. Rupanya dah ada jangkitan kuman sekali dengan bisul. Dalam telinga dah bengkak. Takut juga tengok view dalam telinga. Bila doktor sedut bisul tu, nampak nanah & bahagian telinga yang berdarah dek bisul tu. Dalam sakit-sakit tu, tengok juga.

Nasihat saya, kalau ada yang terasa telinga gatal-gatal, jangan dok cuci sangat dengan putik kapas tu. Manalah tahu ada jangkitan yang kita tak tau. Apa yang saya baca, gatal-gatal juga merupakan tanda-tanda jangkitan dalam telinga. Kadang-kadang kita tak perasan, apatah lagi kalau kena pada kanak-kanak.

Balik pada topik, saya sebenarnya nak kongsi cara-cara menggunakan bawang putih untuk membantu mengatasi masalah jangkitan telinga. Jangkitan telingan berpunca dari pengumpulan cecair pada bahagian telinga, boleh disebabkan oleh selsema, alahan, bakteria & habuk.

Kenapa bawang putih? 
  • Bawang putih bersifat anti-bakteria, anti-viral & anti-oksidan membantu mengurangkan bengkak, sakit & jangkitan itu sendiri
  • Mengandungi alisin sebagai anti mikrob terbaik
  • Aroma bawang putih adalah anti septic & anti keradangan serta mudah diserap melalui kulit




Ada beberapa cara menggunakan bawang putih untuk jangkitan telinga. Hari ni saya kongsi satu dulu. 

  1. Ambil beberapa ulas bawang putih - hancurkan
  2. Balut bawang putih dengan kain
  3. Sumbat kain tadi dalam telinga (kat luar je tau, setakat menutup telinga macam kita pakai ear phone tu)
  4. Biarkan dalam 30 minit, rasa sakit telinga tu akan hilang.


Teringat dulu masa pantang selepas bersalin, orang tua suruh letak bawang putih kat telinga untuk elakkan masuk angin dalam badan.  Shaklee pun ada suplemen bawang putih, Garlic Complex. Boleh guna ni.





Isnin, 28 September 2015

Khasiat Bawang Putih

Si bawang putih.. bukan cerita bawang putih bawang merah ni. tapi bawang putih yang guna untuk masak ok.

Antara khasiatnya:
  • Sulfur dalam bawang putih mengatasi masalah kulit seperti kurap/jerawat kerana sifatnya yang seperti antibiotik
  • Menbantu mencegah tekanan darah tinggi
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
  • Membantu menurunkan paras kolestrol tidak baik, LDL penyebab stroke
  • Anti-tumor.
  • Antara khasiat lain ada juga yang menggunakan bawang putih untuk menurunkan berat badan sebagai pemecah lemak.


Si bawang putih




Shaklee Garlic Complex dihasilkan dengan formulasi unik bagi mengekalkan keaslian khasiat bawang putih jug amengandungi ekstrak Rosemary



Shaklee Garlic Complex

Normala
+6010-2251708
Pengedar Shaklee Melaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...