Ahad, 9 November 2014

Anak Ada Ekzema

Assalamulaikum..

Akhirnya paip dah di baiki :) Terpaksa juga tarik paip baru dari luar. Bocor nya kat dalam dinding tu & tak pasti kat mana. Dari 1 lubang, dah jadi 2 lubang air keluar. Patutla melembang (ni orang Perak tau la apa maksudnya ni) air kat dapur. Nak tak nak kena repair juga. Maka melayanglah duit hampir 600 ringgit. Tu rezeki diorang lah tu. Okaylah.. selesai semua, lega. Dah boleh buat kerja, kalau tidak berkecah kat dapur dengan air.

Cerita pasal air ni, nak kongsilah pasal ekzema. Masa kecil dulu, pernah kena bisul kat tangan. Penuh satu tapak tangan. Tak pasti pulak ekzema ke apa. Masa kena tu baru 5 atau 6 tahun. Mak kata air kotor. Rupanya itu petanda ekzema.
Anak yang ke-2 & ke-3 pun sama ada ekzema. Kes genetiklah ni. Yang paling teruk sekali diorang kena 5 tahun lepas. Bisul naik atas kepala sampai berdarah-darah. Masa tu macam-macam petua cuba. Bawa pergi pakar kulit, memang doktor advise untuk sentiasa lembabkan kulit dia. Kalau berpeluh sikit mulalah tergaru-garu.

Kesan-kesan macam melepuh yang besar-besar tu dah semakin baik. Parut pun takde
 Bagi yang ada ekzema atau alahan kulit ni & kena elakkan penggunaan sabun (mengeringkan kulit). Bila jumpa pakar, doktor bagi 4 jenis krim yang nak kena sapu setiap kali semasa & selepas mandi. Give up juga melayannya.

Herbal Blend yang pernah habis stok se Malaysia


Dengan produk Shaklee, senang cerita. Selain bagi Meal Shakes & Omega Guard,  saya guna Herbal Blend, Sapu je kat kulit diorang. Lepas sapu Herbal Blend, tak sampai 1 minit, biasanya gatal-gatal akan hilang. Kulit rasa lembab. Jadi diorang akan kurang menggaru. Lagipun kalau guna krim yang klinik bagi nak kena tengok, kena pastikan diorang tak masuk mulut ke apa sebab steroid & bahan kimia. Tapi dengan Herbal Blend sapu je. Kadang tu diorang sapu sendiri.

Ni suplemen  & krim wajib untuk anak-anak di rumah

Herbal Blend pun boleh guna untuk merawat kulit kering macam tumit pecah, siku, lutut, mengurangkan gatal sewaktu terkena chicken pox, penyakit kulit seperti kurap, sebagai krim untuk mengurangkan ruam lampin atau gatal-gatal akibat berpeluh.

Normala








4 ulasan:

  1. follow di sini..banyak info menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq Da.. Terima kasih jenguk sini. Saya follow juga yer

      Padam
  2. ya Allah.. seram pulak baca pasal bisul tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zizie.. Memang seram. Nak sikat rambut pun payah. Bila garu berdarah-darah. Kesian sebab budak-budak belum tau apa-apa

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...