Rabu, 3 Disember 2014

Diabetes & Kaki

Assalamualaikum.. Kami ada minggu kesihatan minggu ni. Jadi pagi tadi saya sempat check glucose. Kaunter yang buat checking untuk tekanan darah ramai sangat pula.


Reading selepas 1 jam sarapan :)


Lambat.. kena la duduk belakang

Sebelah petang pula, ada health talk. Hari ni diorang cerita pasal diabetes aka kencing manis (my daughter selalu cakap kencing masin.. confuse budak nih huhu). Saya tadi sebab ada meeting pukul 2, lepas present cepat-cepat lari ke board room nak dengar. Dah half way.. oklah dari tak dengar lansung. 

 
Masuk jer, pegawai tu dah mula terangkan pasal komplikasi diabetes. Mata buta antara komplikasi.. & yang mengejutkan katanya ada pesakit yang umur 24 tahun buta mata tiba-tiba je bila bangun pagi. Puncanya sebab kandungan gula / glucose yang tinggi menyebabkan saraf di bahagian mata rosak secara tiba-tiba (katanya burst.. meletup??) No treatment, takde rawatan untuk tu. Kesian betul.

 Amputation (bahasa kita potonglah) adalah kompilakasi lain bagi pesakit diabetes. Bagi yang ada family, mak, ayah yang menghidap diabetes mesti tau. Kena jaga betul-betul supaya takde sebarang luka. Parah akibatnya sebab lambat baik.

Saya sempat snap beberapa gambar dari slide beliau yang menunjukkan komplikasi / masalah kaki yang membawa kepada kaki terpaksa dipotong. Scary!


Pesakit diabetes juga menghadapi masalah tulang rapuh. Yang gambar kat atas ni, puncanya tulang tapak kaki patah  tapi pesakit tak sedar sebab saraf bahagian kaki dah tak sensitif. Bila terus berjalan jadi Charcot's Joint.


 
Ini pun masalah kasut

Pesakit diabetes kena make sure cuci & keringkan kaki elok-elok setiap hari

Kuku kaki kena potong lurus!

Kematu / corn




 Yang kematu ni menurut pegawai ni, jangan ambil mudah. Kita ingat perkara biasa. Sebenarnya kulit yang keras tu nanti akan menyucuk tapak kaki sewaktu berjalan. Masalah pesakit diabetes ni saraf diorang dah rosak / bemasalah & dah tak rasa sakit. Akibatnya bila dalam dah luka baru lah perasan / rasa sakit & masa tu dah terlambat. Pegawai tu ada tunjukkan gambar tapi saya tak sempat nak snap. Nanti nak baca lagi pasal ni

Masalah berpunca daripada pemakaian kasut yang salah.. contoh kasut yang muncung A



 Pencegahan lebih baik dari merawat semestinya.

Salam dari saya.. Normala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...