Reading selepas 1 jam sarapan :) |
Lambat.. kena la duduk belakang |
Sebelah petang pula, ada health talk. Hari ni
diorang cerita pasal diabetes aka kencing manis (my daughter selalu cakap
kencing masin.. confuse budak nih huhu). Saya tadi sebab ada meeting pukul 2,
lepas present cepat-cepat lari ke board room nak dengar. Dah half way.. oklah
dari tak dengar lansung.
Masuk jer, pegawai tu dah mula terangkan pasal
komplikasi diabetes. Mata buta antara komplikasi.. & yang mengejutkan
katanya ada pesakit yang umur 24 tahun buta mata tiba-tiba je bila bangun pagi.
Puncanya sebab kandungan gula / glucose yang tinggi menyebabkan saraf di
bahagian mata rosak secara tiba-tiba (katanya burst.. meletup??) No treatment, takde rawatan untuk tu. Kesian
betul.
Amputation (bahasa
kita potonglah) adalah kompilakasi lain bagi pesakit diabetes. Bagi yang ada family, mak, ayah yang menghidap diabetes mesti tau. Kena jaga betul-betul supaya takde sebarang luka. Parah akibatnya sebab lambat baik.
Saya sempat
snap beberapa gambar dari slide beliau yang menunjukkan komplikasi / masalah
kaki yang membawa kepada kaki terpaksa dipotong. Scary!
Pesakit diabetes kena make sure cuci & keringkan kaki elok-elok setiap hari |
Kuku kaki kena potong lurus! |
Kematu / corn |
Masalah berpunca daripada pemakaian kasut yang salah.. contoh kasut yang muncung A |
Pencegahan lebih baik dari merawat semestinya.
Salam dari saya.. Normala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan