Salam..,
Vape memang panas sejak dua-tiga minggu ni kan? Kejap haram, kejap tak. Saya sekadar nak kongsi apa yang saya dengar di 'Health Talk'.
Sebenarnya kali ni, cerita tentang masalah jangkitan respiratori. Masalah jangkitan respiratori ni ada yang berkait dengan merokok. Maaf, saya memang dari dulu tak suka orang merokok. Hidung ni sensitif. Kalau orang lepas merokok pun lalu belakang cepat jer menoleh. Tapi saya terpaksa hormat. Itu pilihan mereka kan!
Sebenarnya setakat ni belum ada lagi sebarang kajian mengenai kesan vape pada kesihatan. Makna kata, sama ada vape ni beri kesan yang sama, lebih atau kurang belum ada kajian tentang itu.
Doktor yang bagi ceramah tu merupakan pakar respiratori. Katanya kandungan nikotin dalam vape lebih tinggi dari rokok. Memang dalam vape kandungan racun rendah. Tetapi nikotin ni memberi insyarat pada otak untuk perokok mengambil lebih lagi.
Jadi katanya, dia memang tak galakkan mereka yang merokok mengambil vape untuk elakkan ketagihan rokok. Lagi susah nak berhenti nanti. Lebih baik jumpa doktor untuk cara lain.
Tapi ada juga doktor yang saya baca kata selamat untuk perokok ambil. Tak taulah, doktor pun ada pendapat berbeza kan?
Untuk saya yang paling saya risau kenapa yang tak merokok tu sibuk juga nak ambil vape ye? Yang nak berhenti tu kot yerlah atas nasihat doktor kot. Yang tetiba jer tu dah kenapa pulak?? Jerebulah.