Pages

Sabtu, 15 November 2014

Budak 10 tahun berjaya selamat diri dari penculik

Assalamualaikum...hari ini dengar berita pasal kanak-kanak yang berjaya meloloskan dirinya dari tangan penculik di Kelantan. Kanak-kanak perempuan yang berumur 10 tahun tu lompat keluar dari kereta sewaktu kereta penculik tu tersekat diselut. Boleh baca berita kat Kosmo
Sekejap ni tadi dengar berita di TV yang budak perempuan ni diculik masa dia main basikal depan rumah dengan kawan dia. Kawan dia yang cuba menolong kena tendang dengan penculik tu. Alhamdulillah budak ni cerdik & lari selepas sejam kena culik & ada orang kampung yang jumpa.
Risau, sebab anak-anak ni pun main kat depan rumah. Dengan risau kereta motor yang lalu-lalang lagi, risau kalau-kalau kita terlepas pandang. Manalah ibunya tak jadi tarzan. Sekejap-sekejap jerit.. Sampai anak-anak pun confuse. Duduk dalam rumah main game kena marah, bila main basikal kat luar pun kena jerit. 
Takkan nak kurung memanjang.... Kadang-kadang kesian, dulu-dulu kita boleh ajer pusing 1 kampung naik basikal. Janji balik sebelum maghrib. 
Kalau jalan jauh sikit pun, nanti ada je mak bapak orang yang tegur suruh balik, walaupun kita tak kenal. 
Rasa macam budaya 'jaga tepi kain' orang tu perlu. 

Ha... Intai apa tu


Huh tak perasan membebel hari ni.. Maaflah ye.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan