Selasa, 9 Disember 2014

Rumah Terbalik

Assalamualaikum.. Semalam sehabis je Family Day di A Famosa Water World, husband cakap nak pergi tengok rumah terbalik kat Melaka Raya. Teruja juga. Macam mana rupanya agaknya. Macam yang kat Sabah tu ke.

Rupanya orang mengajak tak tau tempat nya kat mana exactly. hrmm. So saya search address, tak la susah sangat. alhamdulillah orang pun tak ramai. Tiket masuk RM15 untuk dewasa & RM10 untuk kanak-kanak. Husband bayar RM54 selepas diskaun katanya. Saya tak tanya pulak diskaun berapa sebab terkejut sikit dengan harga. 

Ingatkan rumah, rupanya cuma shop lot. Tak pasti berapa harga tiket rumah terbalik di Tamparuli Sabah tu, tapi rasanya harga tiket masuk ke sini agak tidak berbaloi dengan apa yang ada kat dalam tu. cuma ada 2 ruang yang di bahagi dinding. Ruang tamu bersambung dengan ruang dapur & ruang bilik kanak-kanak dan bilik dewasa bersama 1 open toilet. Perabot / perkakas yang ada kat sini pun tak banyak mana. RM54 untuk setengah jam agak mahal. Diorang takde la hadkan masa cuma duk lama-lama pun macam tu lah juga. Maybe diorang target pelancong luar. Harga tiket tu untuk Malaysian.. Kalau non Malaysian harga lain ya.

Anyway still a good experience for my kids. Becok mulut bertanya, sama ada diorang guna magnet ke tak, kenapa ada rumah terbalik macam ni.. fewww. Jom tengok spiderman beraksi.

My 2 models


spiderman



Tandas

Ni consider bilik utama


Ibu dia pun excited juga



Kuat juga gam diorang pakai, peti ais pun lekat

Ada yang nak ke rumah terbalik ni just like facebook page Upside Down House Melaka. Ada address & map direction kat situ.

5 ulasan:

  1. MENARIK JUGAK NI...DEKO UMAH PUN CANTIK.
    ADA TERBACA JUGAK PASAL RUMAH TERBALIK MELAKA NI TAPI LUPE DAH KAT MNE..

    BalasPadam
  2. wah mcm best je...hana stdy kt melaka btw x pnh pegi lagi....

    BalasPadam
  3. Salam ziarah & dah pun follow blog ruslanafiq,

    Sesekali jalan2 beriadah ke tempat camni memang seronok.. Unik, satu hari nanti saya pun cadang ke sini.. Thank you for sharing.. :-)

    BalasPadam
  4. haiii3, sekali pergi ok la, takat nk selfie, nk tahu je, hehee~
    nnti nk g gak lahh, belajor kt melaka 3 tahun, tp tak tahu punn, sng ckp, mls jalan2,

    tQ infooo

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...